Wednesday 17 September 2014

Punca sebenar kemalangan dahsyat lori terbalik di Lebuhraya Genting Highland-KL

Posted By: TTO Admin - 17.9.14
Satu gambar tersebar di media sosial menunjukkan kemalangan dahsyat sebuah lori panjang terbalik di Lebuhraya Genting-Highland-KL. Kemalangan itu mengakibatkan jalan raya terhadang dan tidak boleh dilalui oleh mana-mana kenderaan.


Berita lanjut:
Kuala Lumpur: Seorang pemandu lori dikhuatiri maut dalam kemalangan di kilometer 14.2 Jalan Genting Highland-Kuala Lumpur kira-kira jam 6.30 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohammad Mansor Mohammad Nor berkata, lori yang dipandu mangsa terbabas sehingga merempuh pembahagi jalan.

Menurutnya, penumpang lori itu berjaya keluar manakala pemandu lori terbabit tersepit.
"Pihak bomba masih berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit.

"Setakat ini, polis masih belum memperolehi maklumat keadaan mangsa," katanya ketika dihubungi Harian Metro

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab