Tuesday, 30 September 2014
Siapa sebenarnya Gadis terima Ph.D pada usia 24 Tahun
Posted By: TTO Admin - 30.9.14Hazzirah Izzati Mat Hassim dilahirkan pada 18 Mei 1990 di Kota Bharu, Kelantan. Beliau merupakan anak kedua daripada 8 orang adik beradik, anak kepada pasangan Mat Hassim bin Daud, seorang Penolong Pegawai Perubatan di Unit Kecemasan, Hospital Tumpat, Kelantan dan Martinawati bt. Salleh, seorang guru Bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 1.
Hazzirah memulakan pengajian peringkat awal di Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian (1) pada tahun 1997. Pada tahun 1999, beliau menduduki peperiksaan Penilaian Tahap Satu (PTS) yang membolehkannya melangkau ke Tahun 5 pada usia 10 tahun. Kelulusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) telah melayakkannya untuk diterima masuk bagi meneruskan pengajian di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Krai pada tahun 2002 selama 3 tahun. Selepas tamat Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) dengan keputusan 8A, beliau memohon untuk ke MRSM Bitara Pengkalan Chepa bagi meneruskan pengajian tingkatan 4 dan 5. Peluang belajar di MRSM Bitara Pengkalan Chepa dimanfaatkan sepenuhnya sehingga ditawarkan untuk turut serta dalam Program Ekspress UTM-MARA di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor Bahru : sebaik sahaja tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2006 dalam usia 16 tahun. Pemilihan pelajar untuk mengikuti program ini adalah berdasarkan keputusan peperiksaan percubaan SPM. Beliau kemudiannya mengikuti Program Persediaan Pra-Ijazah selama enam (6) bulan di UTM Johor Bahru bermula Januari 2007 hingga Jun 2007. Berdasarkan keputusan SPM (7A1, 3A2) dan keputusan peperiksaan akhir Program Ekspress UTM-MARA beliau berjaya untuk menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik) dengan mendapat pinjaman boleh ubah dari MARA.
Selepas tiga (3) tahun mengharungi pengajian, beliau berjaya menamatkan pengajian dan bergraduasi pada Oktober 2010 dan telah dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik) dengan Kepujian Kelas Pertama dalam usia 20 tahun. Ekoran daripada itu, pihak MARA telah menukarkan pinjaman boleh ubah kepada biasiswa penuh. Beliau kemudiannya ditawarkan pula oleh UTM untuk melanjutkan pengajian terus ke peringkat Doktor Falsafah (Ph.D) di bawah program Ph.D Fast Track UTM. Beliau menerima tawaran dan memilih untuk menjalankan kajian dalam bidang Matematik Tulen di Jabatan Sains Matematik, Fakulti Sains, UTM Johor Bahru dan menerima biasiswa MyPhD yang ditawarkan oleh pihak KPT. Beliau menerima tawaran dan memilih untuk menjalankan kajian dalam bidang Matematik Tulen di Jabatan Sains Matematik, Fakulti Sains, UTM Johor Bahru dan menerima biasiswa MyPhD yang ditawarkan oleh pihak KPT.
Di bawah seliaan Prof. Dr Nor Haniza Sarmin dan Dr Nor Muhainiah Mohd Ali, objektif utama tesis Ph.D beliau yang bertajuk “The Homological Functors of Bieberbach Groups with Cyclic Point Groups of Order Two, Three and Five” adalah untuk menentukan beberapa struktur matematik baru bagi kumpulan kristalografi bebas kilasan yang dikenali sebagai kumpulan Bieberbach. Sepanjang pengajian, beliau telah berjaya menerbitkan beberapa kertas kerja dalam jurnal-jurnal berindeks dan tidak berindeks (lihat lampiran untuk senarai penerbitan beliau). Selain itu, beliau turut menyumbang dalam penerbitan buku “Advances in Group Theory, DNA Splicing and Complex Analysis” melalui dua bab bertajuk “The Nonabelian Tensor Squares of Some 2-Engel Groups” serta “Homological Functors of Some Finite Two-Generator Two-Groups of Nilpotency Class Two”. Beliau juga telah berjaya mendapatkan hakcipta dari UTM untuk projek beliau yang bertajuk “GAP Algorithms on the Computation of the Nonabelian Tensor Squares and Homological Functors of 2-Engel Groups of Order at Most 16 (GAP_NTS&HF2E)”.
Bagi meluaskan jaringan penyelidikan yang dijalankan, beliau terlibat secara aktif dalam kolaborasi penyelidikan bersama penyelidik dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Di samping itu, dalam menyempurnakan kajian projek Ph.D, beliau telah mengikuti Penyelidikan Sangkutan (Research Attachment) di bawah penyeliaan penyelidik ternama dari universiti di dalam dan luar negara termasuk UPSI, Perak pada April 2012, Januari 2013 dan April 2013; Ferdowsi University of Masshad, Iran pada Januari – Februari 2012, University of Palermo, Itali pada April 2012 dan University of Brasilia, Brazil pada Mei 2013. Beliau juga telah membentangkan hasil penyelidikannya di persidangan antarabangsa seperti Iranian Algebra Seminar di Sabzevar, Iran pada Januari 2012 , Biennial International Group Theory Conference di Istanbul, Turki pada Februari 2013, Asian Mathematical Conference di Busan, Korea pada Julai 2013, Algebra Seminar di University of Brasilia, Brazil pada Mei 2013 dan Algebra Seminar di Bandung, Indonesia November 2013. Tidak hanya tertumpu pada akademik dan penyelidikan, beliau turut bergiat aktif dalam persatuan Pasca Siswazah di peringkat Jabatan dan Fakulti serta terlibat dalam penganjuran beberapa program seperti Bengkel LATEX, Bengkel Groups, Algorithms and Programming (GAP), Bengkel Penyediaan Tesis dan Jurnal serta persidangan peringkat antarabangsa termasuk Biennal International Group Theory Conference (BIGTC) yang diadakan pada Februari 2011 dan International Science Postgraduate Conference (ISPC) pada November 2012. Di samping itu, beliau turut melibatkan diri sebagai ahli jawatankuasa pelaksana beberapa program anjuran Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) seperti Olimpiad Matematik Kebangsaan (2010-2014) dan Anugerah PERSAMA (2010-2012).
Tidak hanya tertumpu pada akademik dan penyelidikan, beliau turut bergiat aktif dalam persatuan Pasca Siswazah di peringkat Jabatan dan Fakulti serta terlibat dalam penganjuran beberapa program seperti Bengkel LATEX, Bengkel Groups, Algorithms and Programming (GAP), Bengkel Penyediaan Tesis dan Jurnal serta persidangan peringkat antarabangsa termasuk Biennal International Group Theory Conference (BIGTC) yang diadakan pada Februari 2011 dan International Science Postgraduate Conference (ISPC) pada November 2012. Di samping itu, beliau turut melibatkan diri sebagai ahli jawatankuasa pelaksana beberapa program anjuran Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) seperti Olimpiad Matematik Kebangsaan (2010-2014) dan Anugerah PERSAMA (2010-2012).
Pada 1 April 2014, Hazzirah telah menjalani Peperiksaan Lisan bagi pengajian Doktor Falsafahnya dan tesis Ph.D beliau telah diluluskan dengan pembetulan kecil. Setelah menyiap dan menghantar pembetulan tesis, beliau telah diperakukan oleh Jawatankuasa Senat UTM dan lulus Ijazah Doktor Falsafah pada usia 24 tahun 2 bulan.
Sumber: News UTM
Luahan hati Aliff Aziz didapati bersalah curi 2 telefon bimbit
Posted By: TTO Admin - 30.9.14Heboh dunia hiburan hari ini apabila rata-rata media melaporkan berita mengenai penyanyi kelahiran seberang, Aliff Aziz yang dijatuhkan hukuman denda $2,000 setelah didapati mencuri dua telefon bimbit.
Ekoran tersebarnya berita tersebut, ramai yang ternanti-nanti ulasan daripada Aliff Aziz sendiri. Melalui Twitter rasmi @Aliffaziz, dia memuatnaik beberapa status seolah-olah tuduhan mencuri itu tidak betul dan media tidak mengetahui cerita sebenar.
Kelab Penyokong Aliff Aziz (@aliffAziz_FC) juga turut mempertahankan artis tersebut melalui ruangan twitter. Mereka menyeru para peminat agar tidak mempercayai berita fitnah itu dan menunggu penjelasan sebenar yang akan dibuat oleh Aliff Aziz sendiri.
Sebelum ini, desas desus kes kecurian ini dapat dihidu oleh media hiburan. Menurut sumber, Aliff berhadapan dengan tuduhan mencuri telefon bimbit, Tetapi bukanlah bermakna dia yang melakukan jenayah tersebut. Dengar cerita akibat terlalu percaya dengan rakan Aliff pula yang kena tuduh.
Mungkin pada waktu pemeriksaan pihak berkuasa, barang bukti itu berada di badan Alif, mahu tidak mahu terpaksa jugalah dia disiasat kini.
Apapun, kita tunggu sahaja lah apakah penjelasan yang akan dibuat oleh Aliff Aziz dalam masa terdekat kerana kes seperti ini pasti akan menjatuhkan maruah beliau. Malah, karier sebagai artis juga mungkin akan berkubur. -Tengoktvonline
Jijik- Tikus ditemui dalam rak sayur di Aeon Big, Midvalley (2 Gambar)
Posted By: TTO Admin - 30.9.14Seorang pengguna media sosial, Chia Yoke Fong memuatnaik dua gambar jijik penemuan tikus dalam rak sayuran di Aeon Big, Midvalley.
Masalah kebersihan ini suatu yang serius kerana ramai rakyat Malaysia maut akibat kencing tikus. Semoga ada tindakan pihak berkuasa bukan sahaja di premis-premis kecil malah di pasaraya-pasaray besar. -Tengoktvonline
"Hidup lebih tenang tanpa Alvin" - Luahan hati Vivian
Posted By: TTO Admin - 30.9.14Kehidupan Vivian Lee, bekas teman wanita kepada blogger s#ks Alvin Tan, sebenarnya 'lebih aman dan tenang' dalam tempoh tiga bulan sejak lelaki berusia 26 tahun itu lari dari jaminan dan mendapatkan perlindungan di Amerika Syarikat (AS).
"Kami banyak bergaduh. Kebanyakan pergaduhan berpunca daripada perkara-perkara kecil," kata Vivian, 25.
Vivian, dalam mesej Facebook kepada The Star Online berkata dia kini menganggap hubungan mereka secara rasmi telah terputus sejak kehilangan Alvin yang melarikan diri ke AS.
"Oleh kerana dia sah berada di Amerika Syarikat dan telah terputus semua komunikasi dengan saya, saya anggap kami telah putus secara rasmi. Saya masih rindukan dia sekali-sekala, tetapi saya fikir saya perlu melepaskannya," kata Vivian.
Katanya, tidak dapat berpisah dengan Alvin dengan cara yang matang dan 'mengucapkan selamat tinggal dengan cara yang baik' adalah salah satu daripada perkara yang dikesali, sambil menambah banyak yang telah dipelajari daripada Alvin yang dianggap 'seorang lelaki menawan'.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepadanya untuk masa kami bersama, yang baik dan buruk. Saya bersyukur kerana orang ramai lebih berminat dengan dia, yang membolehkan saya meneruskan hidup tanpa perhatian yang amat nyata," kata Vivian.
Dia berkata fokus semasa Alvin dalam membuat kenyataan politik dan mencabar pihak berkuasa telah membuatkan kerjasamanya dengan lelaki itu sebelum ini dalam blog s#ks 'Sumptuous Erotica' yang tidak lagi berfungsi dan saluran YouTUbe 'S#xcussions with Alvivi' 'seolah-olah tidak penting'.
"Mereka membuatkan nama saya menjadi sebutan sebelum ini, tetapi sekarang saya berpuas hati menjalani kehidupan yang tenang dan mudah," kata Vivian yang bekerja di sebuah pejabat, namun enggan mengulas lanjut mengenainya.
Alvin dan Vivian yang dikenali sebagai pasangan Alvivi menjadi perhatian ekoran blog s#ks mereka yang kini tidak lagi berfungsi menghadapi dua pertuduhan di bawah Akta Penapisan Filem dan Akta Hasutan kerana 'ucapan Ramadan' yang tidak sensitif yang disiarkan di blog mereka pada tahun lepas.
Alvin gagal hadir ke mahkamah untuk sebutan semula kesnya pada bulan lalu.
Mahkamah Sesyen telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Alvin dan tindakan itu menyebabkan mahkamah bersetuju untuk hanya melucutkan hak jaminan sebanyak RM20,000 daripada RM30,000.
Alvin mengejutkan ramai pihak apabila memuat naik entri terbaharu di laman Facebooknya pada 26 September lalu dengan memaklumkan dia kini berada di Los Angeles, California.
Punca sebenar lelaki mati dibumbung rumah diceritakan keluarga (3 Gambar)
Posted By: TTO Admin - 30.9.14Beberapa keping gambar yang dimuatnaik oleh Pihak Bomba Jitra, Kedah yang menurunkan mayat lelaki dipercayai meninggal di atas bumbung menimbulkan persoalan oleh pengguna media sosial. Caption bomba seperti dibawah:
KHIDMAT KHAS - Menurunkan mangsa yang berada di atas bumbung rumah yang dipercayai telah meninggal dunia pada pukul 2.33 ptg td di Kg Paya Bkt Hantu, Kodiang, Kedah. Mangsa berjaya diturunkan dan diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan lanjut. Operasi berkenaan dilakukan oleh BBP JitraMenurut sumber ahli keluarga itu sendiri, punca sebenar diceritakan bahawa mangsa yang berumur 79 tahun terkena serangan jantung ketika membaiki atap yang bocor.
Bt pengetahuan semua arwah sihat org nya sblm Ani..biasalah sakit biasa2 aja....79 umurnya...dia naik ke bumbung untuk membaiki kebocoran atap..mungkin serangan jantung...tp apakan daya allah lebih menyayanginya..kami sekeluarga redha dengan kekentuan ilahi..Takziah kepada keluarga mangsa. Semoga mangsa ditempatkan dalam golongan orang beriman. -TengokTVonline
Cerita sebenar Ibu pukul anak sampai mati, buang dalam semak (3 Gambar)
Posted By: TTO Admin - 30.9.14Bukit Mertajam: Seorang ibu tergamak menghumban mayat anaknya ke dalam kawasan semak di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Tongkang, Jalan Pematang Tinggi, di sini, bagi menyembunyikan perbuatannya yang dikatakan secara tidak sengaja memukul kanak-kanak lelaki berusia lima tahun itu sehingga meninggal dunia.
Berikutan panik dengan kejadian itu, wanita berusia 30 tahun itu dengan teman lelakinya berusia 24 tahun, bertindak membuang mayat kanak-kanak itu di kawasan berkenaan.
Ketika ditemui kira-kira jam 12 tengah hari semalam, mayat mangsa berada dalam keadaan masih lengkap berpakaian dan dibungkus menggunakan selimut.
"Polis menerima laporan daripada ibu kanak-kanak itu pada Sabtu lepas mendakwa anaknya hilang ketika mereka bersiar-siar di Padang Kota, George Town pada pukul 2.30 petang," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Lokasi mayat kanak-kanak dibuang
Polis yang menjalankan siasatan mendapati keterangan yang diberi wanita berusia 30 tahun itu bercanggah dan mencurigakan menyebabkan wanita itu ditahan bagi membantu siasatan.
"Susulan penahanan itu, polis turut menahan teman lelaki wanita berkenaan di Klang, Selangor bagi membantu siasatan," katanya, dan menambah, lelaki berusia 24 tahun itu tidak bekerja.
Mazlan berkata hasil soal siasat yang dijalankan mendapati wanita yang tidak bekerja itu mengaku memukul anaknya hingga mati di rumah mereka di Kulim, Kedah.
Mangsa juga dipercayai sudah meninggal dunia sejak beberapa hari lalu selepas pemeriksaan dijalankan anggota forensik hanya menemui rangka kanak-kanak berkenaan.
"Wanita itu mendakwa anaknya telah mati kira-kira pukul 4.30 petang pada 20 September iaitu tiga hari sebelum dia membuat laporan polis berhubung kehilangan kanak-kanak berkenaan.
Teman lelaki wanita terbabit dilihat dibawa sepasukan anggota polis untuk menunjukkan lokasi di mana mayat mangsa dibuang.
Selimut yang digunakan untuk membungkus mangsa juga dikatakan dipenuhi ulat berikutan keadaan mayat kanak-kanak itu yang sudah mereput.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian dan berkata siasatan lanjut sedang dilakukan.
Sumber: HMetro, mStar
Monday, 29 September 2014
"Dia ingat boleh lari, buru hingga lubang cacing" - Ketua Polis Negara
Posted By: TTO Admin - 29.9.14Itu tegas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika diminta mengulas mengenai tindakan yang sedang dilakukan pihak polis terhadap penulis blog kontroversi, Alvin Tan yang semakin biadab memuat naik status dan gambar di laman sosial Facebook miliknya yang dilihat cuba memalukan beberapa pemimpin negara.
Menurut Khalid, kenyataan berbaur menghina serta mencabar pihak berkuasa itu adalah suatu perbuatan yang tidak boleh dimaafkan.
"Dia (Alvin) ingat dia boleh lari. Bagaimanapun, setiap negara ada peraturan dan kita akan cari dia hingga ke lubang cacing," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Alvin atau nama sebenarnya Tan Jye Yee yang kini berada di Los Angeles, California berdasarkan lokasi terkini yang dikemas kini di laman Facebooknya menghilangkan diri selepas Mahkamah Sesyen membenarkan penyerahan sementara pasportnya atas alasan ingin pergi ke Singapura bagi tujuan penggambaran sebuah dokumentari.
Pada bulan lepas, sebahagian wang jaminannya turut dilucutkan berhubung tuduhan mempersendakan umat Islam dan bulan Ramadan bersama pasangannya Vivian Lee.
Dia turut menghadapi pertuduhan mengikut Subseksyen 5 (1) Akta Penapisan Filem 2002 iaitu mempamerkan gambar-gambar yang didapati lucah di laman blognya di http://aIviviswingers.tumblr.com/ tahun lepas.
Tidak habis di situ, Alvin turut bertindak biadab dengan mengubah suai gambar hidung beberapa pemimpin negara dan Khalid sendiri dengan hidung seekor khinzir serta menuduhnya menyalahgunakan kuasa sebagai seorang pemimpin.
Menurut khalid. siasatan terhadap kes tersebut telah dimulakan dan beliau turut memberi amaran keras kepada mereka yang menyalahgunakan media sosial untuk mengaibkan para pemimpin.
"Tiada maaf lagi kepada sesiapa yang menggunakan rangkaian media bagi menghina dan menghasut," katanya. -Utusan Online
Lelaki gigit pipi anak lelaki hingga parah selepas bertengkar dengan isteri
Posted By: TTO Admin - 29.9.14Kuala Lumpur: Seorang lelaki berusia lewat 20-an kini menjadi buruan polis kerana selepas ‘menggigit’ pipi anak lelakinya hingga cedera parah di rumah mereka di Subang Jaya, di sini, Jumaat lalu selepas isterinya enggan memberi wang dimintanya.
Perbuatan kejam suspek jam 11 malam menyebabkan kanak-kanak berusia setahun tiga bulan itu menerima sekurang-kurangnya empat jahitan di pipi.
Menurut sumber, sebelum kejadian suspek bertengkar dengan isterinya yang berusia awal 20-an kerana wanita terbabit tidak mahu memberinya RM200 yang dimintanya dipercayai untuk membayar hutang.
“Suspek mengancam akan menggigit anak mereka seperti biawak yang menyerang kanak-kanak perempuan di Pulau Tioman minggu lalu, namun ugutannya itu tidak diendahkan isterinya kerana menyangka suaminya hanya mahu menggertaknya,” kata sumber itu.
Menurut sumber itu, suspek terus mendesak isterinya memberinya wang menyebabkan pasangan itu bertengkar selama lebih 30 minit. myMetro
Sunday, 28 September 2014
Bayi 10 bulan melecur didera pengasuh
Posted By: TTO Admin - 28.9.14MELAKA: Seorang bayi perempuan berusia 10 bulan melecur di bahagian punggung dipercayai didera pengasuh di sebuah rumah di Bertam Hulu di sini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, ACP Raja Shahrom Raja Abdullah berkata kejadian itu disedari ibu bayi tersebut, berusia 30-an ketika menukar lampin pakai buangnya sebaik tiba di rumah mereka di kawasan perumahan berhampiran pada 8.30 malam, Selasa lepas.
Beliau berkata bayi berkenaan tidak henti menangis ketika diambil dari rumah pengasuh tersebut bersama seorang lagi anak perempuannya berusia 10 tahun, sejam sebelumnya.
"Pada mulanya ibu dan bapa bayi tersebut tidak mengesyaki sebarang kejadian menimpa anaknya sehingga ibunya melihat kesan melecur teruk di kedua-dua belah punggung mangsa," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, Ahad.
Katanya bayi itu kemudian dibawa ke klinik berdekatan untuk mendapatkan rawatan sebelum dirujuk ke Hospital Melaka dan masih dirawat di hospital tersebut.
Raja Shahrom berkata bapa bayi itu yang berusia 30-an membuat laporan di Balai Polis Tanjung Minyak pada Rabu lepas.
Katanya polis menahan pengasuh berusia 30 tahun terbabit di rumahnya pada 2.40 petang hari sama bagi membantu siasatan dan dibebaskan dengan jaminan polis keesokan harinya.
Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
3 Gambar ngeri peragut kelar tangan mangsa demi gelang emas
Posted By: TTO Admin - 28.9.14Seorang wanita dikelar di bahagian pergelangan tangan oleh peragut yang mahu meragut gelang emas wanita tersebut. 3 Gambar tersebut tersebar secara meluas melalui aplikasi Whatsapp.
Kejadian dilaporkan berlaku di Petron Pasir Puteh, Kelantan pada 27 September, pukul 2 petang. Menurut sumber, mangsa adalah seorang pemilik kedai telur.
Peragut kini semakin tidak berperikemanusian. Di harap para wanita diluar sana berhati-hati dan elakkan memakai banyak barangan kemas ketika berada di tempat awam.
Penduduk Kampung gempar temui 18 CoIi saiz besar!
Posted By: TTO Admin - 28.9.14Klaten: Penduduk sebuah kampung di daerah Jawa Tengah ini gempar apabila 18 coIi ditemui tersidai di jemuran belakang rumah seorang penduduk, kelmarin.
Sehubungan itu, ketua polis daerah berkenaan, Suginoto berkata, pihaknya akan menyiasat dan menjejaki pemilik pakaian dalam itu.
“Kami sudah menerima laporan dan sudah mengambil coIi itu untuk menjalankan siasatan.
“Kami juga ingin tahu motif orang yang meletakkan coIi itu di rumah berkenaan,” katanya.. seperti yang dipetik akhbar tempatan, Jateng Pos.
Polis mengambil coIi berkenaan untuk memastikan tidak ada perkara buruk berlaku. Selain itu, beberapa kenyataan daripada penduduk juga diambil.
Penemuan coIi itu menggemparkan penduduk kampung berkenaan kerana khabar angin mendakwa ia milik puntianak.
Seorang penduduk, Eko, 22, yang mendiami sebelah rumah tempat coIi itu ditemui berkata, sebelum ini, 17 coIi bersaiz besar ditemui di tempat sama.
“Ini kejadian kedua. Sebelum ini pernah berlaku. Dulu jumlahnya 17 dan saiznya juga besar. Penduduk membakar semuanya,” kata Eko.
Menurutnya, coIi itu berada di ampaian jirannya secara tiba-tiba.
“Ada penduduk mendakwa melihat wanita tua, berkuku dan berambut panjang di kawasan itu,” katanya.
Cerita penemuan coIi itu tersebar begitu pantas, termasuk ke kampung berhampiran menyebabkan ramai yang datang ke rumah terbabit untuk melihat sendiri coIi yang tergantung itu.
Mulanya jumlah coIi yang ditemui 18. Tetapi, ketika polis tiba, jumlah berkurangan kepada 17.
“Mungkin ada yang datang untuk melihat mengambil satu coIi itu,” kata Eko. - JPNN
Friday, 26 September 2014
8 Gambar Cara Kreatif Sindir YB Makan Gaji Buta!
Posted By: TTO Admin - 26.9.14
Sememangnya, tidak semua pemimpin yang menjadi wakil rakyat menjalankan tugas dengan baik. Baik pembangkang mahupun kerajaan. Kadang-kadang, walaupun telah dimaklumkan beberapa kali mengenai masalah rakyat, pemimpin jenis ini seakan masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.
Mungkin sudah tiba masanya kita mencuba cara lain supaya dapat menyedarkan mereka. Seperti contoh yang berlaku di negara orang putih, rakyatnya mencipta gambar kreatif dengan menyindir pihak berkuasa mengenai masalah jalan raya mereka yang berlopak dan berlubang.
Jadi, sekiranya anda ada idea seperti gambar-gambar dibawah, apa salahnya anda juga mencipta gambar kreatif. Selalunya bila ada gambar yang menjadi viral di media sosial, barulah pemimpin itu tergesa-gesa menjalankan kerjanya.
Penemuan - Cium Pisang turun berat badan!
Posted By: TTO Admin - 26.9.14Bentuk tubuh lansing dan menawan menjadi idaman kebanyakan wanita di luar sana. Malah, ramai yang sanggup berabis ribuan ringgit semata-mata mahu mencapat matlamat menjadi kurus.
Namun kini ada cara lebih mudah ditemui oleh sekumpulan pengkaji berpangkalan di Chicago, Amerika Syarikat. Mereka mendakwa bahawa hanya dengan mencium pisang sahaja boleh menurunkan berat badan.
Menurut laman web seriousfacts.com kajian telah dibuat oleh Smell and Taste Treatment and Research Foaundation dengan melibatkan seramai 3,193 wanita yang berlebihan berat badannya berusia 18 hingga 64 tahun.
Para Peserta diminta mencium (Menghidu bau) buah pisang, epal hijau, pudina dan vanilla sebanyak tiga kali ketika lapar.
Hasil kajian mendapati, bau buah pisang dan epal hijau menjadi aroma yang boleh membantu menurunkan berat badan.
Kajian selama enam bulan itu membuktikan responden boleh kehilangan 2 hingga 3 kilogram berat setiap bulan sekiranya menghidu bau buah-buahan tersebut.
Penyelidik turut menguji manfaaat daripada bau makanan dan ternyata terdapat bau tertentu yang dapat mengurangkan rasa lapar…
Mesti ramai yang mempertikaikan kajian ini kerana seakan tidak masuk akal. Namun, tidak salah mencuba mungkin ada yang berjaya menjadi kurus dengan hanya mencium pisang. Ingat, buah pisang sahaja. Tiada kaitan dengan "pisang itu" dan sewaktu dengannya. -TengokTVonline
Thursday, 25 September 2014
2 Gambar Proton Iriz baru lancar dah kena langgar... oleh Perodua Viva
Posted By: TTO Admin - 25.9.14Tak sampai 24 jam setelah dilancarkan hari ini, 2 keping gambar tersebar di sebuah Forum terkenal menunjukkan Proton Iriz telah kemik di bahagian bonet akibat dilanggar oleh sebuah kereta Perodua Viva.
Namun, disebalik pelanggaran itu sebenarnya telah menunjukkan kualiti model terkini Proton itu apabila kesan kemik akibat pelanggaran tidak terlalu teruk berbanding kesan pada Perodua Viva tersebut.
**Nasib baik bukan Perodua Axia (Model baru) yang langgar.
Lelaki acu pisau, tampar isteri kerap bermain telefon bimbit
Posted By: TTO Admin - 25.9.14Ipoh: Cemburu dengan tindakan isterinya sering bermain telefon bimbit, seorang suami tergamak mengacukan pisau serta menampar wanita itu kerana mengesyaki isterinya ada hubungan sulit dengan lelaki lain.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang kelmarin di Taman Pakatan, Ulu Kinta, di sini, mangsa berusia 23 tahun yang sedang bermain telefon bimbitnya terkejut apabila disergah suaminya yang berusia 38 tahun dalam keadaan marah sebelum menuduh mangsa bermain kayu tiga.
Sumber berkata, mangsa kemudian ditampar sebelum suaminya itu mengambil pisau untuk mengugut agar mangsa tidak keluar rumah tanpa kebenarannya.
Katanya, suaminya juga mengingatkan mangsa agar tidak lagi bermain telefon bimbit sekiranya tidak mahu sesuatu berlaku terhadapnya.“Mangsa memberitahu hanya bermain mesej dengan rakan-rakan wanitanya, namun timbul salah faham sehingga menyebabkan suaminya berprasangka buruk.
Mangsa ditempeleng di kepala sehingga menyebabkan kepalanya sakit.
“Tindakan suami mangsa mengeluarkan pisau menyebabkan mangsa takut berlaku sesuatu tidak diingini dan bertindak membuat laporan di Balai Polis Bercham sejurus selepas kejadian,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kes berkenaan.
Luahan hati - ramai Kakitangan Awam makan Gaji Buta!
Posted By: TTO Admin - 25.9.14
SAYA bersetuju dengan luahan hati Akmar Hayati dari Putrajaya mengenai sikap kaki tangan awam yang makan dan minum tidak tentu masa pada waktu bekerja. Saya juga merasa terpanggil untuk berbicara tentang etika kerja kakitangan awam yang dilihat teruk berbanding dengan pekerja-pekerja swasta.
Mereka ini bukan sahaja makan, minum tidak tentu masa, malah turut melakukan urusan-urusan peribadi di waktu pejabat. Contohnya, berniaga, menjual pakaian, kuih pada waktu pejabat.
Juga datang kerja lewat, balik awal, ponteng kerja dan pelbagai lagi. Malah sesetengah kakitangan awam turut keluar pejabat pada pukul 12.00 tengah hari dengan alasan untuk mengambil anak sekolah dan masuk pada pukul 2.30 petang selepas selesai menghantar anak ke sekolah KAFA.
Tidak bolehkah urusan persekolahan anak ini diselesaikan dengan menggunakan khidmat bas atau van sekolah untuk menghantar dan mengambil anak sekolah?
Sekiranya perkara ini dilakukan pada setiap hari, ditolak waktu makan dan minum, bersembang dan berbual kosong, membaca surat khabar, berapa jam sangatkah waktu kerja yang berkualiti buat golongan ini?
Sesetengah kakitangan awam juga sangat berkira apabila kebetulan datang awal setengah jam dan balik lambat setengah jam, terus dibuat tuntutan kerja lebih masa. Tidak fikirkah berapa banyak waktu yang telah dihabiskan untuk urusan peribadi?
Mengkhianati amanah dengan menghabiskan banyak masa dengan minum atau membuat kerja tidak berfaedah bermaksud makan gaji buta. Bila makan gaji buta ia akan menyentuh pula persoalan apakah gaji yang diterima itu setimpal dengan kerja dan usaha yang dilaksanakan?
Saya tidak nafikan bukan semua anggota perkhidmatan awam bersikap begitu. Namun jika sebahagiannya bersikap sambil lewa dan acuh tidak acuh, maka sudah pasti ia akan menjejaskan imej dan integriti keseluruhan kakitangan awam itu sendiri.
Dicadangkan juga agar ketua-ketua jabatan bersikap tegas menangani masalah-masalah yang berlaku di kalangan kakitangannya sendiri.
Kita perlu fikirkan adakah sumber pendapatan yang diperoleh halal untuk digunakan bagi menyara kehidupan diri, isteri dan anak-anak? Bila sumber tidak halal menjadi tunjang menyara kehidupan, maka keberkatan hidup itu secara automatiknya ditarik oleh Allah SWT dan mengundang berlakunya gejala-gejala negatif dalam diri seorang dan kelangsungan hidup keluarga yang ditanggungnya.
Perubahan minda dan membuang sikap-sikap negatif amat perlu bagi seluruh warga perkhidmatan awam. Barulah nanti kita layak dipanggil warga perkhidmatan awam yang berintegriti, produktif, efisyen dan memiliki minda kelas pertama.
PENCINTA NEGARA
Kuala Lumpur
Gadis mati dilanggar, Lori rentung dibakar di Klang (Gambar)
Posted By: TTO Admin - 25.9.14
Shah Alam: Tindakan seorang pemandu lori meninggalkan kenderaan beratnya selepas terbabit kemalangan yang menyebabkan kematian seorang remaja perempuan dalam kejadian di Pandamaran, Klang membawa padah apabila lori berkenaan dibakar pihak tertentu.
Terdahulu, dalam kejadian jam 9.20 malam kelmarin, seorang pelajar sebuah sekolah menengah maut manakala rakannya cedera parah selepas motosikal yang mereka naiki dilanggar lori berkenaan di persimpangan Jalan Kota Pendamar, Klang.
Mangsa Nur Ain Mohd Ali, 14, yang membonceng motosikal Honda EX5 ditunggang rakannya Nurul Hidayah Zaidi, 14, dalam perjalanan dari Kota Pendamar menuju rumah mereka di Pandamaran sebelum terbabit dalam kemalangan itu menyebabkannya terbunuh.
Ketua Bahagian Trafik dan Ketenteraman Awam Klang Selatan, Deputi Superintendan Rosly Abdul Rahman berkata, lampu isyarat ke arah Pandamaran di simpang berkenaan rosak menyebabkan mangsa dan rakannya meneruskan perjalanan.
“Remaja berkenaan dikatakan meneruskan perjalanan berikutan lampu isyarat menghala ke Pandamaran tidak berfungsi sebelum dilanggar lori dari arah Telok Gong menghala Klang ketika lampu isyarat laluannya hijau.
“Pemandu lori yang menyedari insiden itu kemudian bergegas ke balai polis berdekatan untuk membuat laporan dan ketika dalam perjalanan, dia dimaklumkan lori dipandunya itu dibakar,” katanya.
Perhatian: Malware serang pengguna Maybank2U & CIMB Clicks Pada Android
Posted By: TTO Admin - 25.9.14
MyCert sering memantau pelbagai jenis masalah sekuriti yang dihadapi oleh pengguna tempatan, dan terkini mereka mendapati terdapat suatu malware baru yang menyasarkan pengguna perkhidmatan perbankan internet tempatan – terutamanya Maybank2U dan CIMB Clicks.
Malware yang dari keluarga “Zitmo Banker Malware” ini akan menyuntik kandungan berbentuk halaman dan kandungan palsu untuk laman perbankan pada komputer pengguna, dan seterusnya akan menghantar SMS kepada peranti mudah-alih pengguna untuk memuat-turun sebuah APK khusus (fail pemasangan Android).
Melalui APK yang dipasang pada peranti Android pengguna tersebut kelak, ia akan mengumpulkan data, dan seterusnya cuba log masuk ke akaun perbankan milik pengguna.
Malware ini telah dikenal pasti sejak daripada tahun 2010 yang lepas, tetapi buat pertama kalinya didapati digunakan untuk menyasarkan pengguna perbankan di Malaysia.
Sebagai langkah berjaga-jaga, pihak MyCert meminta pengguna untuk mengemaskini perisian antivirus mereka, dan pada masa yang sama memastikan URL yang sedang dilayari. Pengguna peranti mudah-alih juga dinasihatkan untuk membaca dan mengesahkan setiap kebenaran dan akses yang diminta sesuatu aplikasi sebelum memasangnya.
Bacaan Lanjut di laman MyCert
SUMBER RUJUKAN: RAHMAT , AMANZ NETWORK
Malware yang dari keluarga “Zitmo Banker Malware” ini akan menyuntik kandungan berbentuk halaman dan kandungan palsu untuk laman perbankan pada komputer pengguna, dan seterusnya akan menghantar SMS kepada peranti mudah-alih pengguna untuk memuat-turun sebuah APK khusus (fail pemasangan Android).
Melalui APK yang dipasang pada peranti Android pengguna tersebut kelak, ia akan mengumpulkan data, dan seterusnya cuba log masuk ke akaun perbankan milik pengguna.
Malware ini telah dikenal pasti sejak daripada tahun 2010 yang lepas, tetapi buat pertama kalinya didapati digunakan untuk menyasarkan pengguna perbankan di Malaysia.
Sebagai langkah berjaga-jaga, pihak MyCert meminta pengguna untuk mengemaskini perisian antivirus mereka, dan pada masa yang sama memastikan URL yang sedang dilayari. Pengguna peranti mudah-alih juga dinasihatkan untuk membaca dan mengesahkan setiap kebenaran dan akses yang diminta sesuatu aplikasi sebelum memasangnya.
Bacaan Lanjut di laman MyCert
SUMBER RUJUKAN: RAHMAT , AMANZ NETWORK
Wednesday, 24 September 2014
3 tanda apabila kucing datang kepada kita bukan orang lain
Posted By: TTO Admin - 24.9.14Pertama
Allah sedang beritahu makanan kita, hak kita itu bukan semuanya rezeki kita. Sebahagiannya rezeki kucing itu. Sebab itu ia datang pada kita.
Kedua
Allah sedang beritahu apabila kita memberi makanan kepada kucing itu, rezeki lain akan Allah ganti yang lebih baik. Sebab 1 kebaikan itu Allah balas 10 kebaikan @ pahala. Allah Maha Mampu bagi lebih dari itu.
Ketiga
Allah sedang bagi tahu apabila kita tak memberi makanan kepada kucing itu, sebenarnya kita sedang menolak rezeki baru yang Allah nak bagi kepada kita. Rezeki itu luas, bukan hanya pada wang. Tetapi meliputi semua kehidupan. Ingin ikhlas memberi, berilah pada haiwan kerana haiwan tak pandai ucap terima kasih kepada kita. Ia hanya tahu minta dan makan.
Kredit: Ustaz Shukri Harun
Gambar gadis terlebih mesra dengan kucing tersebar
Posted By: TTO Admin - 24.9.14
Semenangnya, kucing merupakan binatang peliharaan yang comel dan manja. Selain jinak, kucing amat suka dibelai terutama oleh tuannya sendiri.
Itulah apa yang berlaku apabila sekeping gambar seorang gadis dilihat bermain dengan kucing peliharaan dengan amat mesra sekali apabila memasukkan kucing itu di dalam bajunya.
Gambar itu menjadi viral namun ramai memberi komen tidak senonoh seperti mahu menggantikan tempat kucing itu pula. -TengokTVonline
Itulah apa yang berlaku apabila sekeping gambar seorang gadis dilihat bermain dengan kucing peliharaan dengan amat mesra sekali apabila memasukkan kucing itu di dalam bajunya.
Gambar suspek tutup muka guna ‘spender’ jadi bahan lawak (Spenderman)
Posted By: TTO Admin - 24.9.14
PETALING JAYA - Amat mengelikan hati. Gara-gara ingin menutup malu, beberapa suspek yang diiringi oleh pihak polis setelah selesai menghadiri satu prosiding perbicaraan di sebuah mahkamah disini hari ini dilihat ‘menyembunyikan’ wajah mereka menggunakan seluar dalam lelaki (spender).
Portal, Berita Harian hari ini memuat naik laporan bertajuk “Reman 15 Anggota, Pegawai Kastam Dilanjut Lima Hari” dimana foto yang disertakan bersama laporan tersebut telah menimbulkan unsur jenaka kepada ribuan pengikut portal berita tersebut.
Suspek yang ditahan berhubung kes penyeludupan arak dan rokok yang tidak dibayar duti dan cukai kastam sehingga menyebabkan negara mengalami kerugian RM4 bilion dilihat menggunakan kaedah yang ‘bijak’ untuk menutup wajah mereka dengan menggunakan seluar dalam berjenama Renoma.
Tindakan mereka secara langsung telah mencuit hati ribuan pengguna dilaman sosial tersebut yang menyifatkan ia suatu tindakan yang sangat kelakar.
Bagaimanapun, segelintir pengguna dilaman sosial tersebut turut menasihati pengguna laman sosial yang lain agar tidak mengaibkan mereka memandangkan suspek masih belum diputuskan samada bersalah ataupun sebaliknya- Malaysian Digest
Kisah pakcik berpakaian lusuh dapat 87,000 Share di Facebook
Posted By: TTO Admin - 24.9.14Pagi tadi lebih kurang pukul 10.30 aku singgah sarapan di bazar batu buruk sementara menunggu interview di steten minyak kerana sudah tiada kerja di Terengganu yang menggunakan Ijazah aku ini. Sewaktu makan, mata ni terpandang seorang pakcik yang "lusuh " karekternya.. Bau busuk, baju koyak, pakai kain pelikat singkat, tak beralas kaki, tapi berkopiah.
Duduk bersandar di tiang bazar dekat dengan kerusi aku. Terdetik dalam hati, apa pakcik ni kelaparan. Orang gila pun lapar, masih tetap manusia. Aku pesan satu lagi nasi minyak. Pesanan aku sampai ke meja. Terus aku beri pada pakcik tadi. Tuan kedai terkejut dan mengangkat tangan melambai seolah2 memanggilku. Aku pun balas tunggu skejap.
Pakcik tadi tenung aku sambil berkata "pakcik dah makan nak.. terima kasih nak.." Dalam hati terdetik sungguh indah bahasa pakcik yang ku sangka gila tadi. Aku bangun dengan kecewa kerana pesanan aku tidak dijamah oleh pakcik. Lalu aku pergi kepada tuan kedai yang memanggil ku tadi.
Ada apa pakcik? Pakcik kedai balas: Jangan bagi dan suruh dia makan kat sini, nanti customer pakcik lari. Aku tersentap. Dan spontan aku membalas. "Jika orang ini ayah kandung pakcik, pakcik halau tak dia?" Pakcik tu diam. Takpe pakcik, saya akan bayar ansuran kalo pakcik rugi hari ni. Saya nak tanya, betul ke pakcik td tu sudah makan? Pakcik kedai jawab, tidak. Dari mula pakcik buka kedai pukul 6.30 tadi pakcik kopiah tu duduk kat tiang tu.
Dalam hati kecil ni cakap, tak pernah aku jumpa pakcik gila semulia ini. Tidak mengemis, tidak pula meminta. Aku pegi semula pada pakcik kopiah tu. "Pakcik, saya sunyi makan sorang2, pakcik teman saya makan jom." Pakcik tu akur dengan pelawaan aku kerana kesungguhan aku. Ramai yang beralih meja kerana bau pakcik tu, namun kerana ingin menjaga hati orang tua yang aku tak kenal, aku tahan bau itu.
Lega tengok pakcik tu makan dengan sangat sopan. Aku lontarkan beberapa soalan pada pakcik tu. Pakcik dari mana, tinggal dimana? Pakcik tu jawab. Pakcik merantau cari redha Allah. Aku terkejut. Dalam hati aku dah syak bukan2. Kot2 wali ke ni? Mana keluarga pakcik?
Pakcik dibuang oleh keluarga pakcik kerana sekeping geran tanah. Kenapa pakcik? Apa masalahnya? Pakcik sedekahkan geran itu untuk seseorang untuk dibangunkan pondok2 mengaji. Keluarga pakcik terus buang pakcik. Allah...
Pakcik tinggal dimana? Pakcik tu diam tak menjawab. Masa terlalu singkat untuk aku menyambung urusan kerja. Aku panggil pakcik kedai untuk kira. Semuanya berharga RM 11.60. Aku celup dompet aku, dan aku lupa yang aku hanya bawa RM 5.00. Aduh.... Pakcik tu nampak raut wajah muka aku seolah2 melihat masalah dalam dompetku. Pakcik tu mencelah. Nak, ambil duit ni, pakcik bayarkan.
Nak tau ape? pakcik keluarkan satu sampul surat sebagai dompet dia, dalam tu duit seratus setebal setengah inci, dan satu kad BSN dan i.c lama (pakcik tu bekas tentera laut).. Satu kedai dia bayarkan. Allah.. Satu kedai hairan apabila pakcik kedai tu announce yang makanan semua sudah dibayarkan oleh pakcik kopiah tadi. Masing2 semua pandang aku dan pakcik kopiah. Dengan tiba2 pakcik kopiah angkat tangan dan berdoa dengan suara yang agak sederhana kuat, aku pun turut angkat sama. Dan paling terharu apabila aku dengar suara "amin....." dengan suara yang ramai. Bila aku berpaling ke belakang, satu kedai mengangkat tangan bersama pakcik kopiah tu.. Ada yang bangun mendekati kami berdoa dekat2.
Terasa sangat gemuruh dan terharu dengan keperibadian orang yang ku sangka gila ini rupanya seorang guru agama!! Ada yang menangis kerana doa oleh sang guru itu sungguh merdu.. Kecoh seketika.. Selesai berdoa, aku bersalam dengan pakcik tadi dan ucap terima kasih dengan harapan dapat jumpa lagi. Aku terus berjalan ke motor aku. Aku berpaling ke belakang, semakin ramai yang berkerumun pada pakcik tadi. Aku senyum tanda puas bahawa orang sekeliling mula mendekati pakcik. Aku buka semula dompet aku kerana aku simpan kunci motor dalam tu.
Nak tau apa? Aku terkejut kerana ada 2 keping duit seratus dan satu nota kecil yang bertulis: "Ambil duit ni buat beli susu anak dan buah delima untuk orang rumah anak yang mengidam.." Aku terkaku, dan terus pandang ke arah tempat pakcik tadi. Beliau sudah tiada disitu. Aku terus pakai helmet dan tutup pemuka helmet. Aku menangis kerana terharu dan sangat bersyukur. Bagaimana dia tahu aku dalam kesusahan...
Ya Allah.. Kau peliharakanlah pakcik itu..
***Gambar hiasan semata-mata..
Sebarkan.. Seburuk mana pun luaran seseorang jangan sesekali menghina kerana siapa tahu dia lebih mulia dari kita di sisi Allah swt
Penjawat awam terima kenaikan Gaji pada awal Januari 2015
Posted By: TTO Admin - 24.9.14Berita hangat yang tersebar hari ini dimana dikatakan gaji penjawat awam akan dinaikkan pada 1 Januari 2015. Berita yang tersebar seperti berikut:
Perdana Menteri, Dato Seri Najib Razak telah mengumumkan penjawat awam bakal menerima kenaikan gaji yang akan dilaksanakan pada 1 Januari 2015 dengan kadar kenaikan sebanyak RM500 untuk semua kakitangan sokongan dan RM1000 untuk pegawai beserta pertambahan elaun risiko sebanyak RM300.Walaubagaimanapun, berita ini seperti ada yang tidak kena memandangkan Perdana Menteri bersama delegasi ketika ini sedang berada di New York, Amerika Syarikat selama 9 hari bagi menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sekaligus menyampaikan ucaptamanya pada 26 September 2014 ini.
Selain itu, kerajaan juga akan mewujudkan sistem Band to Band 7 jika keadaan mendesak apabila pelaksanaan GST yang bakal dilaksanakan bermula pada April 2015.
Pengumuman ini telah disahkan Ketua Setiausaha dalam mesyuarat kabinet pada pagi semalam. Kenaikan ini berkaitan dengan hal-hal kebajikan kakitangan awam akan dinaiktaraf dan mengikut dari pandangan CEUPACS dan JPA sebulat suara menyatakan supaya kebajikan terhadap kakitangan awam akan dinaik taraf sama seperti kelebihan yang ada pada peringkat JUSA.
Usul ini telah diluluskan dalam pembentangan kertas kerja JPA dan CEUPACS bertarikh 21 September 2014 dan pelaksanaan akan dikuatkuasakan mengikut tarikh yang dinyatakan.
Berita ini sudah tentu memberi khabar baik kepada para penjawat awam. Sekiranya tidak betulpun, semoga ada bantuan dan insentif lain diberikan kepada para penjawat awam.
Pengasas Laman Web Alibaba kini orang terkaya di China
Posted By: TTO Admin - 24.9.14Shanghai: Pengasas laman sesawang e-dagang Alibaba kini menjadi orang paling kaya di China ekoran sahamnya kini bernilai AS$25 bilion (RM81 bilion), lapor firma penganalisis semalam.
Penerbit majalah ekonomi Hurun Report, 2014 adalah tahun yang cemerlang untuk ahli perniagaan China ekoran perkembangan ekonomi negara itu yang rancak.
Sebelum membuta Alibaba, Ma adalah lelaki biasa yang tidak mendapat pendidikan istimewa kerana kemiskinan ibu bapanya.
Bapa Ma terpaksa bergantung kepada elaun persaraan bulaan kerajaan yang bernilai AS$40 (RM130) bagi menyara keluarga.
Untuk memulakan perniagaan, dia terpaksa meyakinkan rakannya untuk meminjamkan AS$60,000 (RM195,000) bagi memulakan perniagaan itu 15 tahun lalu.
Permohonan awal Ma kepada pemodal AS ditolak sebelumnya.
Kini syarikat itu mempunyai nilai lebih daripada AS$200 bilion (RM650 bilion) selepas tersenarai dalam Bursa Saham New York Jumaat lalu.
Penyenaraian laman sesawang Alibaba membolehkan Ma meraih lebih daripada AS$800 juta (RM260 bilion) melalui tawaran awam awal (IPO).
Tahun lalu nilai kekayaan Ma dianggarkan hanya AS$4 bilion (RM13 bilion) dan gagal menempatkan dirinya dalam kelompok 20 hartawan China. - AFP
Tuesday, 23 September 2014
Suami belasah Isteri tak bagi pergi kerja
Posted By: TTO Admin - 23.9.14KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki layak digelar suami dayus apabila tergamak memukul dan menyepak isterinya hanya kerana tidak membenarkan mangsa bekerja, dalam satu kejadian di sebuah rumah di Jalan Sultan Zainal Abidin, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, mangsa berusia 23 tahun dan bekerja sebagai jurujual menjadi mangsa belasah si suaminya selepas enggan mendengar kata-kata lelaki itu yang menghalangnya untuk pergi bekerja.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, pertengkaran antara pasangan itu bermula apabila suspek berusia 24 tahun menghalang mangsa yang ketika itu ingin keluar bekerja.
Beliau berkata, mangsa merayu kepada suspek agar membenarkannya keluar kerana sudah terlewat dan permintaan itu menyebabkan suspek semakin naik angin.
“Tidak cukup dengan maki hamun, suspek turut memukul mangsa sambil menyuruh isterinya berhenti kerja.
“Namun, mangsa tetap berkeras tidak mahu berhenti kerja dan jawapan diberikan wanita itu menyebabkan suspek semakin naik hantu apabila bertindak memukul kepala, tangan dan kaki tanpa mengendahkan rayuan mangsa,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu di sini, semalam.
Wan Abd Aziz berkata, kejadian itu menyebabkan mangsa mengalami sakit di kepala, tengkuk dan belakang badan akibat dipukul dan ditendang suspek.
Katanya, mangsa yang tidak dapat menahan kesakitan akibat dibelasah suspek mengambil keputusan menghubungi dan meminta majikannya memaklumkan perbuatan suaminya kepada polis.
“Mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Kuala Terengganu untuk rujukan bagi proses penceraian kerana tidak sanggup menjadi mangsa suaminya.
“Malah, mangsa turut memaklumkan yang dia berasa tidak selamat untuk terus bersama suaminya kerana kerap dipukul.
“Identiti suspek sudah dikenal pasti dan usaha memburunya giat dijalankan," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 18 (A) Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera.
2 Gambar bayi 8 bulan parah digigit biawak!
Posted By: TTO Admin - 23.9.14
ROMPIN: Seorang bayi perempuan berusia lapan bulan parah digigit biawak di rumahnya di kuarters pekerja sebuah resort di Pulau Tioman, di sini, kira-kira jam 10 pagi semalam.
Kejadian terbabit disedari ibunya yang berusia 20-an sebelum membawanya ke Klinik Desa Kampung Tekek dan kemudian dirujuk ke Hospital Mersing.
Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya, berkata bapa mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian itu di pondok polis Kampung Tekek, malam tadi.
Johari berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan termasuk meminta Jabatan Perhilitan Pahang melakukan pemeriksaan di kediaman mangsa.
Beliau juga berkata kes berkenaan adalah pertama kali dilaporkan di pulau itu membabitkan biawak menyerang manusia.
Difahamkan, bayi berkenaan di hantar ke Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru untuk rawatan susulan.
Kejadian terbabit disedari ibunya yang berusia 20-an sebelum membawanya ke Klinik Desa Kampung Tekek dan kemudian dirujuk ke Hospital Mersing.
Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya, berkata bapa mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian itu di pondok polis Kampung Tekek, malam tadi.
Johari berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan termasuk meminta Jabatan Perhilitan Pahang melakukan pemeriksaan di kediaman mangsa.
Beliau juga berkata kes berkenaan adalah pertama kali dilaporkan di pulau itu membabitkan biawak menyerang manusia.
Difahamkan, bayi berkenaan di hantar ke Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru untuk rawatan susulan.
Subscribe to:
Posts (Atom)