Hangat! Video Ummi Aida bergaduh dengan Erra Fazira kerana handphone?



Umum tahu dua aktres jelita iaitu Erra Fazira dan Datin Paduka Umie Aida merupakan sahabat baik.

Bagaimanapun beberapa jam lalu, pelakon genit, Elfira Loy baru sahaja memuat naik sebuah video di laman akaun Keeknya, di mana menerusi video tersebut dilihat dua sahabat baik itu telah bergaduh di hadapan sebuah butik pakaian.

Melalui video itu, pergaduhan mereka turut disaksikan oleh orang ramai dan terdapat juga adegan di mana Umie Aida menyepak kaki Erra Fazira.

Erra & Umie bergaduh - Umie Aida menyepak kaki Erra Fazira
Adegan tersebut bagaimanapun hanya sekadar gurauan sahaja dan ianya tidak melibatkan perbalahan yang serius.

Menerusi rakaman video tersebut, Elfira turut menyatakan bahawa Erra dan Umie hanya bergurau kerana ingin merebutkan sebuah telefon bimbit.

Oleh itu, para peminat semua jangan salah sangka pula ya.

Apa pun, untuk semua peminat Erra Fazira dan Datin Paduka Umie Aida, jom layan video dan beberapa foto menarik mereka bercuti di Eropah selepas ini. Enjoice! -Ohbulan

VIDEO



GAMBAR



#APTB

Komen Anda

Artikel Berkaitan

Humor 7500778841202315553
item