Thursday, 22 August 2013

3,300 rakyat Malaysia di Mesir yg bakal dibawa pulang cecah belanjawan lebih RM5 Juta

Posted By: TTO Admin - 22.8.13


OPS Piramid 2 menunjukkan bukti kesungguhan kerajaan dalam menjaga keselamatan rakyat Malaysia yang berada di Mesir apabila mengambil keputusan membawa pulang kesemua mereka menggunakan pesawat komersil.

Melalui pengiraan admin, belanjawan untuk membawa 3,300 penuntut di Mesir dianggarkan akan mencecah lebih RM5 Juta mengikut harga tiket termurah melalui semakan di laman web Kayak.com.



Tiket termurah ialah USD545 dan jika ditukar ke matawang Malaysia berharga RM1809.02. Maka, 3,300 jumlah penuntut akan mencecah belanjawan membeli tiket sebanyak RM5,940,000.

Jika dilihat kepada berita yang dilaporkan, pesawat komersil daripada Singapore Airlines turut digunakan. Melalui semakan harga tiket syarikat Singapore Airlines mencecah USD770 bersamaan RM2555.66. Maka, belanjawan tentu lebih tinggi dari anggaran asal admin. 

Oleh itu, tahniah kepada Kerajaan melalui Majlis Keselematan Negara yang berusaha membawa kesemua penuntut di Mesir.


Berita Bernama

KUALA LUMPUR 22 Ogos - Seramai 420 penuntut Malaysia di Mesir akan dibawa pulang secara berperingkat melalui empat penerbangan komersil dalam Ops Piramid 2 hari ini.

Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab dalam kenyataan kepada Bernama berkata, penerbangan pertama membawa lapan penuntut dari Alexandria menaiki pesawat Emirates dijangka tiba di Kuala Lumpur pada 9.45 malam ini.

Seramai 365 penuntut akan dibawa pulang dari Kaherah dengan penerbangan AirAsia dan dijangka tiba pada 5.25 pagi esok (23 Ogos).

Penerbangan ketiga akan membawa 45 penuntut, juga dari Kaherah, melalui pesawat Singapore Airlines (SIA SQ493) yang dijangka tiba pada 8.05 pagi, 23 Ogos.

Dua lagi penuntut akan dibawa pulang dari Kaherah menaiki pesawat Egypt Air dan dijangka tiba pada 6.40 petang esok.

Menurut kenyataan itu penerbangan pertama Egypt Air membawa enam penuntut Malaysia dari Kaherah yang berlepas kira-kira tengah malam tadi waktu Kaherah, dijangka tiba di Kuala Lumpur pada 6.40 petang ini.

Selasa lepas, kerajaan memutuskan untuk membawa pulang 3,300 penuntut Malaysia di Mesir menggunakan pesawat komersil berikutan pergolakan di negara itu yang dilaporkan semakin tidak menentu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini berkata, keselamatan penuntut Malaysia di Mesir menjadi keutamaan kerajaan ketika ini dan urusan membawa mereka pulang tidak boleh dilengahkan kerana kemungkinan keadaan menjadi lebih serius.

Mohamed Thajudeen, yang mengetuai pasukan MKN yang ditugaskan untuk menilai keperluan pemindahan dan situasi keselamatan rakyat Malaysia di negara berkenaan, tiba di sana pada 19 Ogos. - BERNAMA

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab