Saturday, 3 August 2013

Alhamdulillah. Cuaca diramal baik pada pagi 1 Syawal di seluruh negara

Posted By: TTO Admin - 3.8.13

KUALA LUMPUR: Cuaca diramal baik pada sebelah pagi di seluruh negara semasa sambutan Aidilfitri yang dijangka diraikan pada Khamis.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan berkata, hanya satu dua tempat di kawasan pantai di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor Barat dijangka hujan pada sebelah pagi.
"Pada petang Khamis, ribut petir dijangka berlaku di satu dua tempat di Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak," menurut kenyataan itu.

Pada sebelah malam, tiada hujan diramalkan di semua negeri di Semenanjung dan berlaku hujan di satu dua tempat, di Sabah serta Sarawak.

Cuaca baik turut diramal pada pagi Jumaat di seluruh negara kecuali hujan dijangka turun di kawasan pantai di Melaka dan Johor Barat.

Pada sebelah petang, ribut petir di satu dua tempat diramalkan berlaku di Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Perak, Pahang, Sabah dan Sarawak, menurut kenyataan itu. - BERNAMA

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab