Thursday 29 August 2013

Lukisan didakwa hina Islam di Pameran Seni Lukis di Publika-Solaris Sri Hartamas

Posted By: TTO Admin - 29.8.13

KUALA LUMPUR, 29 Ogos – Satu laporan polis telah dibuat berhubung kes penghinaan terhadap Islam yang melibatkan satu pameran seni lukis di kawasan ruang legar tingkat G2, Publika-Solaris Sri Hartamas.

Laporan polis itu dibuat oleh Setiausaha Pembela, A. Karim Omar di Balai Polis Sentul jam 1.10 pagi semalam.

Menurutnya, ‘Pameran Seni M50 – Selamat Hari Malaysia anjuran Artemis Art KL’ telah mempamerkan salah seorang pelukis bernama Anurendra Jegadeva dengan tema lukisan ”ABC For The Middle – Age Middle Classes”.

Salah satu lukisannya melakarkan mesej penghinaan dengan menyebut “I for Idiot”, seolah-olah menyatakan Islam itu untuk orang bodoh beserta dengan tulisan khat basmallah terbalik di bawahnya yang jelas menunjukkan unsur niat yang jahat oleh pelukis tersebut.

Sedangkan untuk huruf J dan K pula dibuat “J for Jesus” dan “K for Krisna” tiada sebarang unsur penghinaan di situ.


Beliau berkata, penghinaan yang dilakukan tidak boleh dilepaskan begitu sahaja kerana ia sangat mencemarkan Islam

“Oleh sebab itu, pihak penganjur perlu lebih peka dengan bahan-bahan yang hendak dipamerkan kepada orang awam,” tegasnya ketika dihubungi wartawan ISMA.

Ujar Encik Karim, berdasarkan laporan polis semalam, beliau meminta pihak polis untuk menjalankan siasatan ke atas pelukis dan pihak penganjur pameran seni supaya tindakan sewajarnya perlu diambil.

Katanya, dalam kes ini ianya melibatkan siasatan di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan kesalahan atas alasan agama yang boleh menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci membenci atau niat jahat atau memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan.

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab