Wednesday 21 August 2013

Pengambilan pelajar baru Malaysia ke Mesir ditangguhkan - Kementerian Pendidikan

Posted By: TTO Admin - 21.8.13

PETALING JAYA: Pengambilan pelajar-pelajar Malaysia ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Mesir untuk sesi 2013/2014 telah ditangguhkan, kata Kementerian Pendidikan.

Dalam satu kenyataan pagi Rabu, kementerian itu berkata ini bermakna tidak ada pengambilan baharu bagi pelajar-pelajar Malaysia ke Mesir untuk sesi September.

"Maklumat yang kami diperolehi menunjukkan masih terdapat ejen swasta yang masih menghantar pelajar-pelajar baru ke Mesir walaupun mereka telah diingatkan supaya tidak berbuat demikian."

"Ini adalah yang paling malang kerana tindakan ejen-ejen ini jelas menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab terhadap keselamatan pelajar," kata kementerian itu.

Justeru, pihak kementerian menggesa ibu bapa tidak membenarkan anak-anak mereka pergi ke Mesir demi keselamatan, berikutan keganasan yang berlaku di antara tentera dan pengikut Presiden Morsi yang digulingkan.

"Semua urusan pengambilan pelajar ke IPT di Mesir dikendalikan sepenuhnya oleh kementerian.

"Kementerian Pelajaran Tinggi Mesir hanya boleh menerima pelajar-pelajar yang telah disahkan oleh kementerian melalui Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah," katanya.

Mengenai pengumuman Perdana Menteri bahawa kerajaan akan membawa kembali pelajar-pelajar Malaysia di Mesir, kementerian itu menggesa pelajar baru untuk tidak pergi ke negara berkenaan dan pelajar-pelajar yang sedang cuti semester supaya tidak kembali ke sana untuk keselamatan mereka. - Mstar

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab