Tuesday 6 August 2013

Beberapa kawasan dilanda banjir di Daerah Tawau menjelang Hari Raya Aidilfitri

Posted By: TTO Admin - 6.8.13
Ujian dan dugaan besar buat penduduk di Daerah Tawau, Sabah apabila beberapa kawasan dilanda banjir menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijangka pada hari Khamis, 8 Ogos 2013. Sehingga pagi ini, banjir belum menunjukkan tanda-tanda surut berikutan hujan lebat masih melanda di daerah tersebut. Air pasang yang berlaku semalam juga menyebabkan kenaikan paras air yang lebih cepat.

Antara kawasan yang terjejas teruk ialah Kg. Pasir, Tanjung Batu, dan kampung-kampung di sekitar Batu 2, Tawau. (Rujuk Gambar)

Kejadian banjir kerap kali berlaku di kawasan rendah di Daerah Tawau. Pada 3 tahun lepas, 28 Julai 2010, Banjir besar telah melanda Pasir Putih dan menyebabkan kerosakan harta benda yang amat teruk. Ramai penduduk yang merungut namun sehingga kini, tiada jalan penyelesaian yang dapat mengatasi permasalahan tersebut. 

Ahli Parlimen Tawau, Datuk Mary Yapp Kain Ching dalam siaran akhbar pada 15 Jun 2013, beliau berjanji akan berusaha mengatasi masalah banjir kilat yang sering melanda beberapa kawasan di Parlimen itu. Beliau juga menyatakan usaha menangani banjir termasuk dalam manifesto ketika berkempen pada Pilihan Raya ke 13 baru-baru ini.

Kg. Pasir Putih yang terletak di kawasan Parlimen Kalabakan, pada PRU-13, penyandangnya Datuk Seri Panglima Abdul Ghafur Salleh berjaya mempertahankan kerusi parlimen itu kekal milik Barisan Nasional. Beliau juga telah berkhidmat di Parlimen Kalabakan selama 3 penggal berturut-turut iaitu pada tahun 2004, 2008 dan kini 2013. Namun ramai penduduk di parlimen tersebut mempertikaikan kredibilitinya sebagai wakil rakyat kerana didakwa gagal membawa pembaharuan dan pembangunan di parlimen Kalabakan. -Tengok TV Online

Pasir Putih





Tanjung Batu

Batu 2



Sumber gambar : Facebook/Fan Page Tawau

#Langkah drastik perlu diambil!

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab