Saturday, 31 August 2013

10 Koleksi gambar peralatan doktor pergigian zaman dahulu yang amat ngeri

Posted By: TTO Admin - 31.8.13
Peralatan pergigian adalah merupakan peralatan perubatan yang pertama diperkenalkan bermula tahun 7000 Sebelum Masihi sbelum diperkenalkan peralatan lain untuk merawat penyakit.

Dari peralatan yang ringkas sehinggalah yang kompleks, perubahan dan evolusi dalam bidang perubatan terutamanya peralatan klinikal kini tidak lagi menyakitkan dan boleh diterima akal. -Mforum




Lelaki mengamuk rampas bendera pada malam sambutan Merdeka ke 56 di Dataran Merdeka

Posted By: TTO Admin - 31.8.13


Seorang lelaki yang tidak dikenali  merampas Bendera 'Sang Saka' di Dataran Merdeka ketika Sambutan Malam Merdeka malam tadi.

Perkara itu berlaku ketika Sasterawan,A Samad Said berucap. Sang Saka adalah bendera yang Pernah direkabentuk Khas menerusi Tuntutan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) sebelum mencapai kemerdekaan. Turut hadir dalam majlis tersebut aktivis politik, Hishamudin Rais, aktivis mahasiswa, Adam Adli dan Safwan Anang. - Rakyat News

"Ini bukan bendera Malaysia, itu bendera Malaysia" sambil menunjukkan bendera Malaysia yang sedang berkibar.

Tabek Spring dengan abang Botak. Ini baru betul-betul rakyat Malaysia yang punya jati diri yang kuat!

VIDEO



#Tak paham dengan perjuangan geng bendera "SangSaka" ni

Google reka Doodle khas sempena Hari Kemerdekaan Malaysia ke 56

Posted By: TTO Admin - 31.8.13

Kerap kali apabila terdapat peristiwa penting, Google akan mereka doodle khas yang kreatif dan bertemakan peristiwa tersebut.

Hari ini, 31 Ogos, Malaysia menyambut hari kemerdekaan yang 56. Google telah mereka doodle Khas dengan lambang bunga raya dan bendera Malaysia pada satu huruf vokal perkataan Google tersebut.

Jika anda klik doodle tersebut, ia akan membawa anda ke google search "Hari Merdeka". Terima Kasih GOOGLE!''

Friday, 30 August 2013

Gambar pergelangan tangan pekerja TNB yang hampir putus ditetak dalamoperasi pemotongan bekalan elektrik

Posted By: TTO Admin - 30.8.13


Pada 29/8/13 jam 1700hrs, satu team Tenaga Nasional Berhad(TNB) dari Subang Jaya telah datang ke Jalan PJS 7/23 Bandar Sunway kerana telah mendapat aduan terdapat penyambungan haram di jalan tersebut .

Semasa team pekerja TNB ingin membuat pemotongan bekalan elektrik di rumah setinggan jln PJS 7/23 bersama dengan 4orang pekerja TNB, dua lelaki india telah menghampiri dan telah menyerang team tersebut dan telah menetak mangsa beberapa kali di pergelangan tangan kiri menggunakan parang panjang sehingga hampir putus.

Rakan mangsa telah membawa mangsa ke hospital sdmc dan telah di pindahkan dihospital pantai bangsar dan berada di dewan pembedahan.tahap kecederaan pergelangan tangan kiri hampir putus.

Suspek telah ditangkap oleh polis

Dua salinan surat Kerajaan Negeri Pulau Pinang arahan & penafian pembatalan tayangan Filem Tanda Putera

Posted By: TTO Admin - 30.8.13

Surat dibawah didakwa telah dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang. Surat pertama menunjukkan surat "arahan" membatalkan tayangan filem Tanda Putera pada 28 Ogos 2013. manakala surat kedua pula dikeluarkan pada 29 Ogos 2013, hari yang sama filem itu ditayangkan di pawagam menunjukkan penafian Kerajaan Negeri bahawa mereka hanya memberi nasihat agar filem itu tidak ditayangkan.

Ramai pengguna media sosial mengkritik tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dituduh tidak terbuka selain mempunyai sikap Double-Standard terhadap filem Sejarah Melayu.


Sumber FB

#Admin dah tengok Filem ni, Ok je. Yang tak ok bila ahli politik masuk campur tangan.

Upload gambar berpakaian ketat di Instagrm, Fida dimaki hamun peminat?

Posted By: TTO Admin - 30.8.13


Menerusi laman Instagram milik Fida Ibrahim, penyanyi yang terkenal dengan lagu Apo Kono Eh Jang itu dilihat sedang aktif berkongsi beberapa foto menariknya ketika sedang menjalankan sesi photoshoot.

Menerusi paparan foto itu, Fida kelihatan sangat anggun apabila menggayakan busana berwarna silver dan penampilan tersebut turut menyuntik eleman elegan buat si pemakai.



Bagaimanapun foto tersebut telah mengundang respon negatif dikalangan pengikut Fida, sehingga ada yang mendakwa penyanyi tersebut adalah mangsa fesyen dan menghamburkan kata-kata yang kurang elok.

Meskipun ramai yang mengkritik gaya pemakaian penyanyi tersebut, akan tetapi masih ada yang masih menyokong dan mengagumi gaya penampilan Fida Ibrahim. - Mforum.cari


#Hijab kerana fesyen

Frank Ribery dinobat Pemain Terbaik Eropah musim 2012/13, Messi & Ronaldo berputih mata.

Posted By: TTO Admin - 30.8.13

MONACO: Pemain sayap Bayern Munich, Franck Ribery hari ini dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Eropah musim 2012/13.

Pemain antarabangsa Perancisi itu menjadi pemain ketiga memenangi anugerah berkenaan yang sebelum ini dibolot dua pemain Barcelona, Lionel Messi (2011) dan Andres Iniesta (2012). Kali ini Ribery mengetepikan Messi dan penyerang Real Madrid, Cristiano Ronaldo.

Ribery membantu Bayern bagi membolot tiga trofi kejuaraan musim lalu iaitu Liga Juara-Juara Eropah, juara Bundesliga Jerman dan Piala Jerman.

Beliau bertanggungjawab membantu jaringan kemenangan Bayern menerusi gol Arjen Robben dalam perlawanan akhir menentang Borussia Dortmund dengan keputusan 2-1. - AFP

Cameron gagal, majoriti ahli Parlimen Britain tolak usul serang Syria

Posted By: TTO Admin - 30.8.13

LONDON: Perdana Menteri Britain, David Cameron gagal dalam undian terhadap usul yang dibentangkan di Parlimen bagi negara itu menyertai rakan sekutunya menyerang Syria yang didakwa menggunakan senjata kimia.

Beliau gagal 13 undi dalam usul yang dikemukakan di Parlimen semalam, yang menyaksikan undian 285-272 bagi menolak penyertaan Britain dalam mengambil tindakan ketenteraan terhadap Syria.
Undian Parlimen Britain itu melambangkan pandangan rakyat Britain yang tidak mahu negara itu menyertai misi ketenteraan terhadap Syria.

Cameron berkata sementara beliau percaya bahawa terdapat penggunaan senjata kimia di Syria, beliau tetap menghormati keputusan Parlimen Britian.

Pada awal minggu ini, Cameron dilihat bersedia untuk menyertai Washington dalam kemungkinan untuk mengambil tindakan ketenteraan terhadap rejim Presiden Bashar al-Assad berhubung penggunaan senjata kimia. - AP

Pelakon Bront Palarae diet 6 minggu, hilang lapan kilogram berat badan

Posted By: TTO Admin - 30.8.13


PETALING JAYA: Pelakon Bront Palarae kehilangan lapan kilogram berat badannya semata-mata mahu merealisasikan watak bernama O.Sidi dalam filem Psiko Pencuri Hati.

Bront atau nama sebenarnya Nasrul Suhaimin Saifuddin, 34, berkata, pengarah filem itu, Nam Ron mahukan dia kelihatan kurus kering sehingga memaksa dia berdiet selama enam minggu bagi mendapatkan bentuk badan sesuai.

"Perkara pertama yang Nam Ron minta saya lakukan adalah menurunkan berat badan supaya nampak kurus kering untuk watak O.Sidi dalam filem tersebut.

"Daripada 74 kilogram berat badan saya turun kepada 66 kilogram hanya dalam masa enam minggu," katanya kepada mStar Online.

Filem yang bakal ditayangkan pada 5 September ini turut membariskan pelakon seperti Sharifah Amani, Amerul Affendi dan Syed Hussein Syed Mustafa (Sein).

Bront turut bergandingan dengan Sein dalam filem arahan Nam Ron itu.

Dalam pada itu, Bront berkata, dia telah dipaksa oleh pihak produksi untuk menonton filem tersebut selepas ia siap menjalani proses suntingan dan memberitahu tidak selesa dengan keadaan itu.

Jelas Bront, sebelum ini dia tidak pernah menonton hasil lakonannya dalam sebarang filem atau pun drama sepanjang bergelar pelakon kerana menganggap pelik untuk melihat dirinya sendiri.

"Sejak dari dulu lagi saya memang seorang yang jenis tidak akan tengok hasil kerja saya sama ada filem atau pun drama. Saya tiada sebarang sebab tertentu cuma rasa pelik tengok diri sendiri.

"Malah dalam filem Psiko Pencuri Hati ini juga saya cuma lihat sebahagian sahaja selepas ia siap menjalani suntingan," ujarnya.

Sementara itu, Bront berkata, selain senang bekerja di bawah arahan Nam Ron, dia bersetuju untuk berlakon dalam filem tersebut kerana ingin lari daripada karakternya dalam Lagenda Budak Setan.

"Saya perlu cari personaliti lain sebagai seorang pelakon dan tidak mahu dilabel dengan watak-watak tertentu sahaja. Mencari kelainan dalam sesuatu peranan tidak sukar tetapi untuk mendapatkan penerimaan orang itu bukan mudah," jelasnya. -Mstar

Thursday, 29 August 2013

Lukisan didakwa hina Islam di Pameran Seni Lukis di Publika-Solaris Sri Hartamas

Posted By: TTO Admin - 29.8.13

KUALA LUMPUR, 29 Ogos – Satu laporan polis telah dibuat berhubung kes penghinaan terhadap Islam yang melibatkan satu pameran seni lukis di kawasan ruang legar tingkat G2, Publika-Solaris Sri Hartamas.

Laporan polis itu dibuat oleh Setiausaha Pembela, A. Karim Omar di Balai Polis Sentul jam 1.10 pagi semalam.

Menurutnya, ‘Pameran Seni M50 – Selamat Hari Malaysia anjuran Artemis Art KL’ telah mempamerkan salah seorang pelukis bernama Anurendra Jegadeva dengan tema lukisan ”ABC For The Middle – Age Middle Classes”.

Salah satu lukisannya melakarkan mesej penghinaan dengan menyebut “I for Idiot”, seolah-olah menyatakan Islam itu untuk orang bodoh beserta dengan tulisan khat basmallah terbalik di bawahnya yang jelas menunjukkan unsur niat yang jahat oleh pelukis tersebut.

Sedangkan untuk huruf J dan K pula dibuat “J for Jesus” dan “K for Krisna” tiada sebarang unsur penghinaan di situ.


Beliau berkata, penghinaan yang dilakukan tidak boleh dilepaskan begitu sahaja kerana ia sangat mencemarkan Islam

“Oleh sebab itu, pihak penganjur perlu lebih peka dengan bahan-bahan yang hendak dipamerkan kepada orang awam,” tegasnya ketika dihubungi wartawan ISMA.

Ujar Encik Karim, berdasarkan laporan polis semalam, beliau meminta pihak polis untuk menjalankan siasatan ke atas pelukis dan pihak penganjur pameran seni supaya tindakan sewajarnya perlu diambil.

Katanya, dalam kes ini ianya melibatkan siasatan di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan kesalahan atas alasan agama yang boleh menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci membenci atau niat jahat atau memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan.

Surat arahan membatalkan tayangan Filem "Tanda Putera" di Pawagam Negeri Pulau Pinang

Posted By: TTO Admin - 29.8.13
Satu surat rasmi daripada Majlis Perbandaran Pulau Pinang telah tersebar di media sosial dan blog-blog terutama di blog pro kerajaan yang mendakwa surat tersebut adalah arahan untuk membatalkan Filem "Tanda Putera" yang ditayangkan pada hari ini, 29 Ogos 2013.

Kesahihan maklumat surat itu tidak dapat dibuktikan namun melalui kepala surat dan tandatangan seolah-olah  ia adalah surat yang tulen. 


Klik untuk besarkan (Sumber:FB)

Ramai pengguna FB yang memberikan sokongan filem ini terus ditayangkan dan ramai juga yang turut membantah. Tindakan kerajaan Pulau Pinang untuk membatalkan tayangan Filem ini di pawagam negeri itu turut ditempelak penggemar filem Melayu dan sejarah. Antara komen beserta hujah yang sempat diprintscreen:


#Admin dah tengok ok je:)

Senarai 49 pertubuhan kongsi gelap seluruh negara

Posted By: TTO Admin - 29.8.13

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebentar tadi mendedahkan senarai lengkap 49 kumpulan kongsi gelap di seluruh negara yang memiliki 40,313 ahli berdaftar.

Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dalam sidang medianya berkata, daripada jumlah itu 28,926 menyertai kongsi gelap India, 8,214 (kongsi gelap Cina) dan 1,923 (kongsi gelap Melayu).

Manakala, 329 dan 921 masing-masing menyertai kongsi gelap di Sabah dan Sarawak.

Senarai 49 pertubuhan kongsi gelap:
BilNama PertubuhanLokasi Aktiviti
1Geng 04Kedah, Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur
2Geng 08Kuala Lumpur/Selangor, Penang, Perak, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka
3Double 7Seluruh Semenanjung Malaysia
4Tiga LineDikesan aktif di 20 kawasan sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Kedah dan Perak
5Geng 30Seluruh Semenanjung Malaysia
6Geng 38Aktif di 14 kawasan antaranya Kepong, Jinjang Setapak dan Johor Bahru
7Geng 24Aktif di enam kawasan seperti Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perak dan Johor
8Geng 18Aktif di lapan kawasan seperti Selangor, Kuala Lumpur, Perak dan Johor
9Geng 36
Jumlah keanggotaan dianggarkan seramia 8,512 orang dan aktif di 32 kawasan sekitar Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur
10Geng 21Aktif di 11 kawasan sekitar Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur
11Ang Soon ThongAktif di empat kawasan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor
12Wah KeeAktif di tujuh kawasan sekitar Kuala Lumpuir, Perak, Johor dan Selangor
13Sio Sam OngAktif di empat kawasan sekitar Kuala Lumpur, Perak, Johor, Pulau Pinang dan Selangor
14PNEHAktif di tiga kawasan sekitar Kuala Lumpur, Johor dan Selangor
15Hong Hong SanDikesan bergiat di dua kawasan sekitar Kuala Lumpur
16Hai SanAktif di Perak
17Siang Ang BinAktif di Kuala Lumpur
18New Cell 20Aktif di Perak
19Jit It HaiKumpulan kini wujud di tiga kawasan iaitu di Johor, Kuala Lumpur dan Perak
20Sio Koon TongBergiat di satu kawsan saja iaitu di Johor
21Gee Lam KorKumpulan ini aktif di Kuala Lumpur
22Gee Ah EngKumpulan ini ada di Kuala Lumpur
23Loh KuanKumpulan ini ada di Kuala Lumpur
24Tiang Yee TongKumpulan ini aktif di Kuala Lumpur
25Geng Leng HorKumpulan ini aktif di Kuala Lumpur
26Geng 35Dikesan sangat aktif di 32 kawasan di Utara Semenanjung Malaysia iaitu Kedah dan Pulau Pinang
27Geng 303Dikesan sangat aktif di kawasan Selangor
28Geng Satu HatiBeroperasi di kawasan Lembah Klang dan bergerak ke Utara dan Selatan tanah air
29ATAPKumpulan ini aktif di daerah Kota Kinabalu, Sabah
30Hung AnnKumpulan ini aktif di daerah Tawau, Sabah
31Sui YukKumpulan ini aktif di daerah Penampang, Sabah
32OtaiKumpulan ini aktif di daerah Kota Kinabalu, Sabah
33Borneo Red EMPKumpulan ini aktif di Petagas dan Jumbo, Sabah
34Ah NgauKumpulan ini aktif di Kuching, Sarawak
35Batu TigaKumpulan ini aktif di Kuching, Sarawak
36Ah FengKumpulan ini aktif di Kuching, Sarawak
37Batu 10Kumpulan ini aktif di Kuching, Sarawak
38Sibu TiKumpulan ini aktif di Kuching, Sarawak
39Ah SengKumpulan ini aktif di Sarekei, Sarawak
40Ah ChinKumpulan ini aktif di Kuching, Sarawak
41Lee LungKumpulan ini aktif di Sibu, Sarawak
42Lo HanKumpulan ini aktif di Kuching, Sarawak
43Sg MerahKumpulan ini aktif di Sibu, Sarawak
44Sg BadutKumpulan ini aktif di Sibu, Sarawak
45Ting Ching LeeKumpulan ini aktif di Bintulu, Sarawak
46Tua Cak LeeKumpulan ini aktif di Sibu, Sarawak
47Teksi StationKumpulan ini aktif di Miri, Sarawak
48Pintu MerahKumpulan ini aktif di Miri, Sarawak
49KrokopKumpulan ini aktif di Miri, Sarawak

Beliau turut mengesahkan Geng 08 dan Geng 04 adalah geng paling berbahaya dengan aktiviti termasuk penjualan dadah dan penggunaan senjata api ketika melakukan jenayah. Bharian

Ahli Politik ternama didakwa menjadi penaung dan penasihat beberapa kongsi gelap

Posted By: TTO Admin - 29.8.13

Sebilangan ahli politik ternama didakwa menaungi beberapa kongsi gelap dan beberapa orang daripadanya turut menjadi penasihat kumpulan terbabit.

Laporan akhbar Sin Chew Daily menyebut, kumpulan berkenaan merupakan antara 10 kongsi gelap, yang akan didedahkan esok oleh Kementerian Dalam negeri.

Ia membabitkan kumpulan gengster Cina, Melayu dan India, menurut laporan akhbar berbahasa Cina itu.

Kumpulan itu meliputi “Geng 04”, “Geng 08”, “Geng 21” dan “Geng 36” dari kumpulan India; “Hong Shun Tang”, “3821”, “Wu Se Qi”, “Hong Men” dan Hua Ji Dang” dari golongan Cina; serta “Geng 3 Calit” dari kelompok Melayu.

Akhbar tersebut yang memetik kenyataan sumber menyebut, kerajaan buat kali pertama akan melancarkan “perang” ke atas kongsi gelap dengan mendedahkan senarai nama kongsi berkenaan kepada umum.

Menurut sumber tersebut, gengster Cina aktif dalam perniagaan haram termasuk menjual DVD cetak rompak, membuka pusat karaoke, pusat perjudian, mengedar dadah dan khidmat pelacuran.

“Gengster India secara perbezaannya lebih agresif kerana mereka memungut wang perlindungan dari pengusaha gerai dan pub selain menjadi penembak.

“Sementara itu, gengster Melayu lebih aktif 'menjaga' tapak pembinaan dengan memungut wang di sana.

“'Geng 3 Calit' Melayu paling aktif dan ketua setiap kawasan dipanggil ayahanda,” katanya.

Shamsul Yusof beri amaran, berang Filem KL GANGSTER 2 leak di Internet!

Posted By: TTO Admin - 29.8.13


Amaran keras daripada Pengarah KL GANGSTER 2, Shamsul Yusof kepada individu yang mengedar/download filem terbaru yang bakal ditayangkan di Pawagam tidak lama lagi.

"Peringatan buat semua, pihak Skop Production dan Grand Brilliance akan mengambil tindakan keras kepada mana-mana individu yang mengedarkan/download filem KL GANGSTER 2 tanpa kebenaran dimana2 media sekalipun.Kami dan pihak berkuasa akan mengambil tindakan habis-habisan utk mengesan mereka yg bertanggungjawab."


#Siapa dah tengok? Rating?

Wednesday, 28 August 2013

Pak Guard India pukul lelaki Melayu [Video]

Posted By: TTO Admin - 28.8.13


Jika anda melihat video ini, pasti anda merasa kasihan melihat lelaki Melayu ini dipukul sehingga cedera parah oleh bebarapa lelaki India yang memakai uniform Pengawal Keselamatan. Punca kejadian tidak dapat dipastikan kerana pengupload video tidak memberikan apa-apa info yang detail.

Kalaupun lelaki Melayu itu bersalah, Pihak berkuasa perlu menyiasat video ini kerana penyebaran dengan info yang tidak betul di dalam media sosial mampu menggugat kesefahaman antara kaum. Pasti ada komen yang tidak enak apabila video ini menjadi viral.

VIDEO

Indonesia daftar Rendang sebagai Warisan Budaya negara itu di UNESCO

Posted By: TTO Admin - 28.8.13


JAKARTA: Kerajaan Indonesia telah mendaftarkan rendang sebagai warisan budaya negara itu di Unesco, kata Ketua Pengarah Pengembangan Destinasi Pelancongan, Kementerian Pelancongan dan Ekonomi Kreatif, Achyaruddin.

"Makanan tradisional dari Sumatera Barat ini didaftarkan di Unesco pada tahun 2010 dengan nombor pendaftaran 776," katanya ketika menghadiri Festival Rendang di Padang, pada Rabu.

"Kalau ada yang berani mengaku sebagai pemilik warisan budaya yang telah ditetapkan Unesco, maka negara yang berkenaan boleh dituntut (didakwa)," katanya.

Sementara itu, Timbalan Gabenor Sumatera Barat Muslim Kasim berkata Festival Rendang yang diadakan Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan Sumatera Barat tersebut merupakan usaha untuk mempertahankan masakan tempatan.

"Rendang salah satu kuliner yang harus dipertahankan oleh masyarakat Sumatera Barat," kata Muslim di Padang.

Beliau berkata festival rendang itu bukan sekadar berkaitan kreativiti memasak, tetapi lebih sebagai usaha masyarakat Sumatera Barat untuk mengembangkan budaya bangsa.

Muslim berkata masyarakat Sumatera Barat cukup berbangga dengan masakan rendang yang kini menjadi antara makanan paling lazat di dunia. "Masakan khas Sumatera Barat ini selalu menjadi menu favorit (kegemaran)restoran Padang yang tersebar di Nusantara mahupun di peringkat antarabangsa," kata Muslim.

Beliau berkata yakin masakan rendang akan dapat dikembangkan menjadi industri yang boleh meningkatkan ekonomi.

"Apalagi bila dikemas dalam berbagai rekaan dan variasi, ia akan meningkatkan daya tarikan sehingga orang akan membeli. "Rendang adalah jenis makanan yang boleh tahan lama dan awet, dibuat tanpa bahan pengawet," katanya. - BERNAMA

#hmmmm... macam-macam lah!

Tuesday, 27 August 2013

Kanak-kanak kepanasan terperangkap dalam MPV bernasib baik

Posted By: TTO Admin - 27.8.13
Pihak bomba sedang memujuk kanak-kanak tersebut untuk membuka kunci pintu kenderaan MPV
Ipoh: Seorang kanak-kanak lelaki menangis sekuatnya dan memanggil ibunya agar dikeluarkan dari kereta MPV milik ibunya yang diletak dihadapan Hospital Fatimah, Ipoh, Perak.

Ketua MCA Ipoh Datuk Seri Micheal Chong berkata dia sendiri menyaksikan pengalaman malang budak lelaki tersebut yang terperangkap pada hari sabtu lalu. Dia amat berharap agar perkara seperti ini tidak berulang lagi.

Dari dalam kenderaan tersebut dapat dilihat yang dia telah berpeluh dengan banyak manakala enjin telah dimatikan, kemungkinan kanak-kanak tersebut telah terperangkap selama setengah jam.

Dia menambah sekiranya tidak ada sesiapa yang perasan kanak-kanak malang tersebut kemungkian dia akan mati kelemasan dalam kenderaan sepertimana trajedi yang berlaku terdahulu.

Ketua Bomba, Samsuddin Buki, tidak dapat memecahkan cermin kerana takut mencederakan kanak-kanak itu. kemudian dia dengan perlahan menasihatkan agar kanak2 itu membuka kunci pintu akhirnya beberapa minit setelah dipujuk kanak-kanak itu dapat membuka pintu kereta.

kanak-kanak itu kelihatan amat cemas setelah dapat diselamatkan. Manakala ibu kanak-kanak kemudian telah disoal siasat dan diberi nasihat oleh pihak keselamatan.

Deejay Johara Pagi ERA mohon maaf kerana perlekehkan Pasukan Sarawak FC

Posted By: TTO Admin - 27.8.13

DEEJAY Era FM iaitu Johan, Ray dan Hanif telah membuat permohonan maaf kepada penyokong Sarawak FC dan juara Liga Perdana, Sarawak berhubung komen ‘cap ayam’ dalam rancangan Johara Pagi, kira-kira jam 8.38 pagi semalam.

Antara ucapan mereka adalah: "Dengan rasa rendah diri kami, Johara Pagi Era ingin memohon maaf di atas keterlanjuran kata-kata kami. Sejujurnya kami tiada niat untuk menyinggung perasaan penyokong Sarawak FC. Kami sememangnya penyokong tegar Liga Malaysia kita. Sekali lagi dengan rendah diri kami mohon maaf dengan kata-kata kami," ujar mereka bertiga secara bergilir.

Sementara itu, wakil bahagian Astro Radio, Suzana ketika dihubungi Zass menjelaskan, setelah permohonan maaf dibuat pagi semalam, ketiga-tiga penyampai itu tidak dibenarkan beri kenyataan secara personal kepada umum.

Sebelum itu, Ketua Pegawai Eksekutif Astro Radio Sdn Bhd (Astro Radio) Dr Jake Abdullah dalam satu sidang media berkata, beliau sudah memanggil deejay berkenaan dan memberi amaran kepada mereka agar tidak lagi mengeluarkan komen negatif berkaitan mana-mana pasukan bola sepak di negara ini.

Beliau mengaku benar-benar kecewa selepas mengetahui insiden itu, yang menimbulkan kemarahan peminat Sarawak sehingga terdapat ancaman bunuh terhadap Johara.

“Orang yang tidak ghairah dengan bola sepak tidak akan faham,” katanya sambil menambah Era FM sentiasa menyokong Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) sejak 2010.

Kenyataan negatif itu dikeluarkan apabila Sarawak kalah 1-2 kepada Perak pada perlawanan Piala Malaysia baru-baru ini, dan deejay berkenaan didakwa memberi komen Sarawak menjuarai Liga Perdana dengan rekod tanpa kalah kerana pasukan itu bermain dalam liga yang semua pasukannya adalah ‘cap ayam’ atau tidak berkualiti.

Deejay itu juga didakwa menyifatkan Sarawak sebagai pasukan tidak layak bermain dalam Piala Malaysia dan hanya boleh bermain di peringkat Liga Perdana.

Komen itu menimbulkan kemarahan peminat tempatan serta ahli politik di sini dan kebanyakan mereka melahirkan kekecewaan menerusi laman sosial Facebook dan Twitter serta menggesa program Astro itu diboikot selain timbul ancaman bunuh terhadap Johan dan Ray, jika mereka ke Sarawak. -Sinar

Gara-gara gambar memakai rantai dengan loket "salib", Jehan Miskin dilabel cetek agama?

Posted By: TTO Admin - 27.8.13

Gara-gara sekeping gambar yang dimuat naik ke laman Instagram memaparkan diri dan isteri memakai loket dikatakan berbentuk salib, peminat Jehan Miskin saling bertelagah di laman sosial milik artis lelaki terbabit.

Biarpun dia sudah memperbetulkan salah tanggapan berkenaan dengan menyatakan loket yang dipakainya bukan lambang salib, sebaliknya berbentuk tiga kelopak mirip lambang Persekutuan Pengakap, namun ia tidak diterima peminatnya.

Bahkan, ada yang yang meletakkan dirinya sebagai cetek agama kerana memakai rantai yang didakwa salah bagi seorang lelaki Islam.

Terkejut dengan peminat yang terlalu sensitif, Jehan menegaskan dia masih tahu menilai perkara yang ditegah agama.

Apabila isu ini timbul, saya cuba jelaskan yang loket itu bukan lambang salib dan meminta pihak berkenaan merujuk wikipedia. Tetapi, mereka masih menyalahkan saya dan mengatakan memakai rantai bagi seorang lelaki adalah haram.

Saya dilahirkan Islam dan masih berpegang teguh pada agama. Setahu saya, lelaki diharamkan memakai emas dan rantai yang saya pakai itu bukan emas, katanya.

Lain kali selidik dulu

Mulanya, dia membalas kritikan itu di laman sosial Facebook miliknya untuk memperbetulkan salah faham berkenaan. Namun, tidak lama kemudian timbul pula pergaduhan di kalangan peminat di laman terbabit.

Bingung dan hampir berputus asa untuk mempertahankan kenyataannya, pelakon yang juga pengarah drama What If ini menyifatkan, tindakan segelintir pihak yang menghentam dengan kata-kata kurang sopan sebagai tidak rasional dan emosional.

Sejak akhir-akhir ini, saya tengok masyarakat kita terlalu sensitif, sedangkan benda itu mudah saja. Kalau kita selidik dulu, mungkin takkan berlaku pertelingkahan sebegini.

Saya pula hanya menjawab komen untuk memperbetulkan salah faham. Saya tidak marahkan pihak terbabit, cuma apabila saya membuat kenyataan balas, ada lagi yang mengatakan loket itu sebagai salib. Jadi, saya membalasnya semula untuk memberikan penjelasan sama. Saya tidak menyangka lain pula jadinya, katanya.

Enggan panjangkan isu

Tidak mahu laman sosialnya terus menjadi medan pertelingkahan di kalangan peminat, ada komen kurang bernas dan sensitif disembunyikan daripada tatapan umum.

Sedih dengan sesetengah peminat yang terlalu emosional, Jehan cuba mengambil sikap berdiam diri. Dia enggan terus bertikam lidah sehingga boleh mencetuskan keadaan di luar jangka seterusnya mampu menjejaskan namanya sebagai artis.

Memberikan penjelasan berhubung loket itu, Jehan memberitahu, aksesori yang dipakai itu ialah tajaan Thomas Sabo, memandangkan dirinya antara pelanggan tetap jenama terbabit.

Tujuannya memuat naik gambar itu pula hanyalah sekadar berkongsi dengan peminat mengenai koleksi terbaru aksesori yang diminatinya itu. -Bharian

#J.A.H.I.L

Nelydia Senrose belum bersedia menjadi Isteri Qi Razali pada usia muda

Posted By: TTO Admin - 27.8.13


PETALING JAYA: Pelakon Nelydia Senrose belum bersedia untuk bergelar isteri kepada kekasihnya Qi Razali dalam usia yang begitu muda.

Nelydia, 19, atau lebih senang disapa Nely berkata, ini kerana masih banyak perkara terutama sekali tanggungjawab sebagai isteri tidak diketahuinya.

"Memang saya mengaku belum bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri.

"Bukannya mudah, banyak perkara yang harus kita tahu dan faham mengenai tanggungjawab seseorang isteri. Namun tidak ada masalah untuk mempelajarinya jika jodoh saya dan Qi sudah sampai.

"Cuma kalau boleh saya inginkan sedikit masa untuk mematangkan diri," katanya kepada mStar Online.

Nelydia ditemui pada majlis pra-tonton dan pelancaran drama bersiri Strawberi & Karipap di GSC The Gardens, di sini pada Isnin.

Tambah adik kepada Uqasha Senrose ini, dia dan Qi, 35, pernah berbincang mengenai ikatan perkahwinan mereka namun dia bersyukur kerana memiliki seorang teman lelaki yang memahami situasinya itu.

Dalam pada itu, Nelydia juga berpuas hati kerana kisah cintanya dengan Qi tidak terlalu diberi pendedahan oleh media seperti kakaknya yang bercinta dengan aktor Pekin.

"Kalau boleh kami mahu kisah percintaan kami tidak terlalu didedahkan pada umum. Cukuplah sekadar masyarakat tahu tentang perhubungan kami. Lebih elok jika kisah kerja kami sahaja yang dipaparkan," tuturnya.

Sementara itu, dalam Strawberi & Karipap, Nelydia bergandingan dengan Zizan Nin, Sein, Nur Fathia, Mia Sara dan Rykarl Iskandar.

Strawberi & Karipap bakal bersiaran bermula 1 September ini setiap Ahad pada pukul 11 pagi menerusi saluran Astro Ceria.

#Minat dengan lakonan Nelydia

Friday, 23 August 2013

Tun Mahathir jawab dakwaan "Malaysia akan muflis jika nasihat beliau diikuti"

Posted By: TTO Admin - 23.8.13

PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad akhirnya menjernihkan suasana apabila tampil menjawab dakwaan dalam sebuah buku oleh penggantinya, Tun Abdullah Badawi bahawa Malaysia akan muflis sekiranya nasihat beliau diikuti.

Dalam entri terbaru diblognya, chedet.cc. pada Khamis, Perdana Menteri keempat selama 22 tahun itu bagaimanapun, turut menyatakan kegembiraannya dengan penjelasan Pak Lah dalam bukunya, The Awakening, bahawa bukan beliau membuat kenyataan tersebut, namun ia dibuat oleh penemuduga, yang menyatakan sekiranya dia mengikut nasihat beliau negara akan muflis.

"Saya harap beliau tidak kisah dengan penjelasan saya atas apa yang menulis oleh penemuduga berkenaan," katanya.

Dr Mahathir berkata: "Ya, saya setuju bahawa saya seorang Perdana Meneri yang boros dan menghabiskan duit kerajaan dengan membina Lebuh Raya Utara Selatan, Jambatan Pulau Pinang, West Port, KLIA, Putrajaya, Cyberjaya dan beberapa projek lain."

Beliau berkata, "semua ini perlu dihentikan untuk menyelamatkan Malaysia daripada bankrap."

Dr Mahathir berkata, Abdullah berjaya menghentikan projek jambatan bengkok dan landasan berkembar elektrik.

Jelasnya, pembinaan jambatan itu menelan belanja RM 1 bilion sementara bagi pembatalan projek tersebut kerajaan terpaksa membayar pampasan bernilai RM200 juta kerana kerja yang tidak siap.

Dr Mahathir berkata projek kereta api dari Johor Baru ke Padang Besar menelan belanja RM14 bilion - lebih daripada RM2 bilion setiap setahun selama enam tahun.

RM14 bilion pula dapat diselamatkan namun ada keperluan yang lebih baik untuk membina landasan berkembar elektrik dari Ipoh ke Padang Besar, dengan kos RM12 bilion, tambahnya.

"Kontrak telah diberikan kepada syarikat antarabangsa untuk membina landasan dari Seremban ke Gemas. Saya tidak tahu berapa kosnya. Seolah-olah RM14 bilion dapat dijimatkan untuk membina landasan yang lebih pendek. Namun masih banyak wang yang boleh dijimatkan," katanya.

Bukan itu sahaja, Dr Mahathir berkata jet kecil yang beliau gunakan masih dalam keadaan baik untuk Timbalan Perdana Menteri sementara jet yang lebih besar dibeli tidak menggunakan saluran biasa namun dibeli daripada individu persendirian.

"Ada penafian dibuat oleh pihak kerajaan bahawa A320 telah dibeli untuk kegunaan Perdana Menteri. Namun pesawat itu masih digunakan oleh Perdana Menteri hingga hari ini. Yang mengagumkan bagaimana perjanjian itu berjaya. Siapakah yang benar-benar memiliki pesawat tersebut? Berapakah jumlah wang yang berjaya diselamatkan oleh kerajaan dalam perjanjian tersebut?," katanya.

Menyentuh mengenai koridor ekonomi yang diperkenalkan oleh Abdullah, Dr Mahathir berkata setiap koridor menelan kos sebanyak RM70 bilion.

"Difahamkan peruntukan tersebut termasuk pelaburan daripada sektor swasta. Di bawah pentadbiran Abdullah, kerajaan membenarkan pelaburan swasta digunakan. Namun ia adalah baik kerana pulangannya nampak bagus," katanya.

"Ia pasti sebuah kerajaan yang kaya apabila pilihan raya umum ke-12 berlangsung. Apa yang menyedihkan rakyat tidak menghargai berbilion-bilion wang yang berjaya diselamatkan. Mereka menolak parti pemerintah, dengan memberikan lima negeri serta wilayah persekutuan kepada pembangkang, dengan majoriti yang lebih kecil kepada parti sedia ada," katanya.

"Cuba bayangkan berapa banyak bilion lagi dapat dijimatkan sekiranya saya meletakkan jawatan lebih awal sebelum pembinaan lebuh raya Utara Selatan, Jambatan Pulau Pinangm KLIA, West Port, Putrajaya, Cyberjaya, Menara Berkembar Petronas dan menjadi hos kepada projek mega lain. Sudah pasti hari ini kita akan memiliki simpanan Ringgit setinggi gunung," katanya. -Mstar

Penyanyi Siti Saida terkejut dipilih mengerjakan Haji

Posted By: TTO Admin - 23.8.13
Saida memberitahu dia mula memakai tudung sejak bulan Ramadan lalu dan mengakui lebih tenang dengan penampilan terbaharunya itu.

PETALING JAYA: Penyanyi Siti Norsaida Tarudin mengakui terkejut apabila terpilih untuk mengerjakan ibadah Haji di Mekah pada tahun ini selepas tujuh tahun mendaftarkan nama dengan pihak Tabung Haji (TH).

Siti Norsaida atau lebih mesra dipanggil Saida, 38, tidak menyangka mendapat tawaran tersebut ketika dia melakukan perubahan imej iaitu dengan memakai tudung pada bulan Ramadan lalu.

"Alhamdulillah tiada kata lain yang dapat saya luahkan apabila mendapat surat untuk mengerjakan Haji pada tahun ini. Sudah tentu saya terkejut dengan berita tersebut kerana doa saya untuk mengerjakan Haji telah dimakbulkan Allah.

"Saya bersyukur kerana berpeluang mengerjakan rukun Islam kelima itu pada usia yang muda dan berharap pemergian saya nanti akan dipermudahkan," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Khamis.

Saida memberitahu dia dijadualkan berlepas ke kota suci Mekah pada September depan dan masih menantikan jadual penerbangan oleh pihak TH.

"Insya-Allah jika tiada aral melintang saya akan berangkat ke Mekah pada September depan dan hanya akan dapat jadual penerbangannya pada 24 Ogos ini.

"Saya cukup berasa rendah diri dan teruja kerana ini adalah kali pertama saya dapat menjejakkan kaki ke Mekah untuk menunaikan umrah dan Haji serentak,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Saida berkata, dia telah memohon kepada pihak Tabung Haji untuk membawa anak sulungnya iaitu Siti Nurunnyssa, 17, sebagai peneman dan masih menantikan jawapan itu dari pihak TH.

Sebagai persiapan, kakak kepada Datuk Siti Nurhaliza ini, dia turut menghadiri kursus Haji selain mempelajari hal-hal berkaitan agama agar lebih bersedia menunaikan Rukun Islam itu.

Dalam perkembangan lain, Saida memberitahu sejak memakai tudung, hatinya menjadi lebih tenang dan selesa dengan penampilan baharu itu.

Dia juga tidak mempunyai sebarang sebab membuat keputusan bertudung sebaliknya terbuka hati ingin berubah menjadi insan lebih sempurna.

"Saya langsung tidak merancang untuk memakai tudung tetapi perasaan itu tiba-tiba hadir dengan sendiri pada hari ke-16 Ramadan. Alhamdulillah perubahan ini dilakukan atas kesedaran ingin menjadi insan lebih baik," ujarnya.

Mengulas mengenai perkembangan terbaharu Saida berkata, dia masih aktif sebagai penyanyi dan sibuk menghadiri pelbagai majlis hiburan.-Mstar

#Syukur...

Thursday, 22 August 2013

Eksklusif: Gambar ketibaan Kumpulan Pertama Pelajar Malaysia dari Mesir di KLIA

Posted By: TTO Admin - 22.8.13
Kumpulan pelajar Malaysia dari Mesir yang menaiki penerbangan pertama membawa lima penuntut dari Alexandria menaiki pesawat Emirates telah tiba di KLIA pada jam 6.35 Petang tadi.






Updated Menyusul...

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab