Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata lelaki berkenaan pulang ke Malaysia pada 29 Mac lalu dan mengalami gejala demam, batuk dan kesukaran untuk bernafas kira-kira seminggu kemudian, sebelum dimasukkan ke Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat.
Subramaniam berkata, ia adalah kes pertama yang dilaporkan di Malaysia dan ASEAN.
Penumpang pesawat Turkish Airlines penerbangan TK93 dan TK60 bagi laluan Jeddah-Istanbul-Kuala Lumpur pada 29 Mac digesa menghubungi Kementerian Kesihatan untuk pemeriksaan kesihatan -NST/BH
KONGSI
& Komentar
Tweet