Sunday, 13 April 2014

Luahan hati Dr. Huda Haron: AirAsia punca Dr. Haron Din dikejarkan ke IJN

Posted By: TTO Admin - 13.4.14
Sehari lepas, beberapa keping gambar Dato' Seri Najib melawat Dr. Haron Din di IJN tersebar di media arus perdana. 

Ramai yang sedia maklum, kesihatan Dr. Haron Din agak kurang baik ketika ini. Namun, rupa-rupanya kali ini lain pula ceritanya. Sudah tentu ramai yang terkejut memandangkan punca Dr. Haron dikejarkan ke IJN kali ini berkait rapat dengan perkhidmatan Airasia.


Melalui Facebook anak perempuan Dr. Haron Din iaitu Dr. Huda Haron, memuat naik satu status luahan hati kekesalan akan perkhidmatan yang diberikan AirAsia.

Beliau secara terangan menyindir "Hidden Charge" yang dikenakan oleh Air Asia. Beliau juga mengatakan AirAsia gagal menyediakan Kerusi Roda yang dipohon olehnya terlebih awal. Mungkin disebabkan perkara itu, Dr. Haron din terpaksa dikejarkan ke IJN.


Baca Luahan Hati Dr. Huda Haron di bawah:

“Atas tagline ‘now everyone can fly’ maka kita rakyat marhaen merasakan mereka menawarkan khidmat paling murah.

Hakikatnya banyak bayaran tersembunyi untuk orang buta huruf macam saya. Bayaran Bagasi, hot seat .. bla bla bla… letih nak senaraikan.

Hatta khidmat wheelcair pun kena bayaran! RM60.. WOWW! Bayangkan ayahanda saya yang mengidap masaalah jantung yang dinafikan haknya untuk khidmat kerusi roda walaupun kami telah memohon dan merayu khidmat itu terlebih awal.

PENERBANGAN : AOR - KUL. AK6015 9.45pm-10.50pm

Docking punya lah jauh.. Tiada kerusi roda disediakan dan buka benda baru kami dinafikan khidmat tersebut. Dah banyak kali dah. Letih nak senarai semuanya. Penat!! Tiada perikemanusiaan langsung.

Terima Kasih AA, ayah saya terpaksa dikejarkan ke IJN.”

Sumber ScreenShot: Twitter @HijauKuningNegeriku

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab