Monday, 3 March 2014

Punca Nabila Huda cari pasal dengan Nur Fathia (Ariana Rose)

Posted By: TTO Admin - 3.3.14

Umum mengetahui, Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Latiff bertikam lidah dengan penerbit eksekutif Grand Brilliance, Jalena Rejab sewaktu mereka menjalani penggambaran Ariana Rose di London.

Semuanya gara-gara keengganan Fathia untuk melakukan promo episod akhir Ariana Rose sebaik sahaja penggambaran drama itu tamat pada 26 Januari lalu.

Pergaduhan tersebut mendapat perhatian media sehingga Fathia menjadi mangsa kritikan peminat di laman sosial. Meskipun sudah memberikan penjelasan bagaimana dia boleh berbalah dengan Jalena Rejab namun masih ada kalangan artis yang dilihat kurang senang dengan tindakan Fathia.

Salah satunya ialah Nabila Huda. Menerusi akaun Instagram, pelakon seksi itu memuatnaik sekeping gambar yang memaparkan laporan penjelasan Fathia dan Jalena berhubung kontroversi di London.


Ianya turut disertakan dengan caption yang meminta Fathia menyatakan permohonan maaf daripada menuding jari dan menutup kesalahan selain menyatakan seluruh krew produksi mengetahui perkara sebenar.

Perkongsian Nabila Huda itu mendapat pelbagai reaksi dari pengikutnya di Instagram. Ada yang menyokong, tidak kurang juga yang hairan kenapa Nabila tiba-tiba memuatnaik status berkenaan. -Sumber

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab