Sunday 2 March 2014

Jawapan Hanez Suraya kontroversi teman lelakinya suami orang!

Posted By: TTO Admin - 2.3.14
Hangat media hiburan hari ini apabila Berita Harian dalam ruangan B*POP menyiarkan pendedahan daripada isteri R(baca sini), Puan Liyana Manan yang meluahkan kisah sedih keretakan rumah tangganya yang didakwa berpunca daripada Hanez Suraya.


Namun, melalui pengakuan di Harian Metro baru-baru ini, Hanez Suraya memohon maaf mengenai kenyataan yang dibuat olehnya sebelum ini.

“Saya dengan rendah hatinya ingin memohon maaf mengenai kenyataan berkaitan R seorang duda baru-baru ini,” kata Hanez Suraya

Tambah Hanez lagi, dia turut mengaku mengetahui status dan keadaan keluarga teman lelakinya itu.

“Saya tahu status dan cerita sebenar mereka (status perkahwinan R), tapi tak mahu membuka aib mana-mana pihak sekarang.

“Saya juga tak ada hak untuk bercakap mengenai status dan hal peribadinya melainkan ia datang daripada mulutnya sendiri.

Sehubungan itu, Hanez turut merancang mengadakan sidang media pada Rabu atau Khamis depan.

Hanez berkata, dia mengambil keputusan mengeluarkan permohonan maaf itu bagi mengelakkan salah faham berlanjutan atas kenyataan terdahulu.

“Apa juga berlaku, biarlah tuan punya badan yang bercakap sendiri. Tolong hormati perkara itu,” 

Dalam kenyataannya, Hanez belum bersedia mendedahkan identiti lelaki berkenaan atas sebab-sebab peribadi.

Bagi menjawab tuduhan merampas suami orang, Hanez dijangka akan menjelaskan secara terperinci situasi sebenar konflik itu pada sidang media kelak.

Mesti ramai yang tak sabar menunggu sidang media itu nanti. Semoga Hanez telus menceritakan kisah sebenar agar dapat membersihkan namanya semula!

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab