Tuesday 4 March 2014

Ku Nan nafi ada hubungan dengan janda jelita, Erra Fazira

Posted By: TTO Admin - 4.3.14

KUALA LUMPUR – Baru-baru ini timbul desas-desus yang mengaitkan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dengan bekas Ratu Cantik Malaysia, Erra Fazira.

Tampil menafikannya, Tengku Adnan ketika ditemui semalam di pelancaran Lorong Seni di Ibu Kota berkata, beliau bahagia dengan perkahwinannya.

Jelasnya, beliau tidak ada kaitan sama sekali dengan Erra yang juga pelakon terkenal itu.

“Saya lelaki yang sudah berkahwin dan bahagia dengan perkahwinan saya.
“Saya dengan Erra Fazira tidak.. tidak. Saya bahagia dengan perkahwinan saya,” katanya kepada wartawan ketika diminta mengulas lanjur gosipnya dengan pelakon itu.

Beliau yang juga Setiausaha Agung Umno itu kelihatan terkejut ketika diajukan soalan tentang hubungan istimewanya dengan Erra.

Erra aktres terkenal yang berusia 40 tahun baru sahaja bercerai talak satu dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin, 39, pada bulan lalu, lapor Antarapos.

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab