Wednesday 26 March 2014

Gara-gara status sensitif di Facebook, Juruterbang Airasia X digantung tugas

Posted By: TTO Admin - 26.3.14

Seorang juruterbang Air Airasia X yang mencetuskan kontroversi dalam status di laman Facebooknya disahkan digantung tugas oleh Group CEO Airasia, Tony Fernandez.

"Pegawai kanan AirAsia X telah digantung tugas sementara menunggu siasatan berkenaan pelanggaran polisi syarikat dalam tulisan Facebook," Tulis Tony di Twitternya.

Dalam tweet itu juga, Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia X, Azran Rani Osman turut memberikan ulasan bahawa juruterbang itu telah melanggar "arahan khusus" untuk tidak memberikan sebarang komen secara terbuka mengenai insiden MH370. 

Tambahnya lagi arahan itu dibuat agar tidak menyakiti perasaan semua yang terlibat.

Krish Jejendira tidak berpuas hati dengan pengumuman kerajaan mengenai tragedi MH370. Beliau mendakwa pengumuman itu tidak boleh dibuat tanpa sebarang bukti yang kukuh. Dia turut mendakwa kerajaan mengetahui banyak perkara mengenai kejadian ini namun menyembunyikan fakta sebenar.


Walaubagaimanapun, status beliau dikritik ramai pihak dan telah menjadi viral di media sosial. 

"Jika kerajaan menyembunyikan sesuatu, kenapa sehingga hari ini 26 negara termasuk negara maju seperti Amerika, Jepun dan China sekalipun gagal mengesan MH370. Adakah Malaysia lebih maju dari mereka? komen tak masuk akal betul lah!..." menurut Suzeela dalam satu komen di Facebook.

Ketika tinjauan dibuat, laman Facebook Jejindira sudah tidak dapat diakses ketika ini.

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab