Pic: myMetro
Difahamkan, mangsa iaitu Ninie Asmida Hasbi, 20, dari Pangkalan Kuap di sini maut akibat kecederaan parah yang dialaminya setelah dikatakan dilanggar dan digilis kenderaan lain di Jalan Meranek, di sini sekitar jam 1 pagi kelmarin.
Menurut sumber, mangsa dan teman lelakinya yang berusia 21 tahun dipercayai dalam perjalanan menghantar mangsa pulang sebelum motosikal yang dinaiki oleh mereka terbabas sehingga menyebabkan mangsa tercampak dari atas motosikal.
Berikutan keadaan jalan yang gelap, dipercayai terdapat kenderaan lain telah melanggar dan menggilis mangsa yang ketika itu terbaring di atas jalan sehingga menyebabkan kepalanya terputus.
“Sebaik ketibaan pihak polis di tempat kejadian, mayat mangsa yang dipeluk erat oleh teman lelakinya tidak dapat diperiksa kerana tidak mahu dilepaskan sungguhpun telah dipujuk oleh rakan-rakannya.
“Malah, dia turut menghalang pihak polis menyentuh mayat mangsa yang ditutupnya dengan jaket menyebabkan tiada siapa di tempat kejadian mengetahui keadaan mangsa,” kata sumber.
Teman lelaki enggan melepaskan mayat mangsa dalam kemalangan di Jalan Meranek
Beberapa rakan teman lelaki mangsa yang berada di tempat kejadian dipercayai turut menghalang pihak polis, sekali gus menyukarkan siasatan.
Polis bagaimanapun berjaya memujuk teman lelakinya untuk menghantar mayat mangsa ke hospital dan semasa pemeriksaan dilakukan sebaik tiba di HUS, mayat mangsa didapati tidak berkepala.
“Beberapa anggota polis kemudian bergegas ke tempat kejadian untuk mencari kepala mangsa dan difahamkan berjaya menemuinya selepas itu,” kata sumber.
Mangsa merupakan anak sulung daripada lima adik-beradik dan dijadual akan ke Semenanjung Malaysia semalam untuk bekerja.
Polis masih menjalankan siasatan berhubung kejadian itu, justeru meminta orang awam yang mempunyai maklumat agar menghubungi mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. -The Borneo Post
Lelaki mendakap erat mayat teman wanitanya yang terputus kepala dipercayai digilis kenderaan dalam kemalangan di Samarahan.
KONGSI
& Komentar
Tweet