Friday 16 May 2014

Pelanggan terkejut temui kondom dalam makanan

Posted By: TTO Admin - 16.5.14

Menjijikkan… Seorang pelanggan restoran di di China mendakwa menemui kondom semasa menjamu hidangan sotong dan ikan, lapor akhbar terkenal Metro.

“Sungguh menjijikkan, perkara paling mengerikan terlintas dalam fikiran: adakah ia sudah digunakan?” Terang Mai Liang.

“Cuba anda bayangkan perasaan saya ketika melihat kondom itu di dalam pinggan”

Para pelanggan di restoran itu mengadu kepada pemilik restoran, Yi Ze Teng namun mendapat respon yang sebaliknya.

Teng mengatakan hidangan sotong dan ikan itu panas, kondom itu sudah tentu akan cair jika dimasak bersama hidangan lain di dapur.

Walaubagaimanapun, pelanggan yang tidak berpuas mengancam pemilik restoran itu dan akan membawa kes itu ke mahkamah.

Namun, mungkin tidak mahu perkara itu berlanjutan, Teng mengambil kondom itu lalu menelannya.

“Saya fikir dia menelan kondom itu kerana tidak mahu kami ke balai polis atau ke jabatan kesihatan.” menurut Liang.

Liang yang masih tidak berpuas hati tetap mahu mendakwa restoran itu dan sudah mengupah seorang peguam untuk menuntut pampasan.

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab