Satu kejadian ragut berlaku pada petang tadi di Kingfisher Park, Kota Kinabalu Sabah. Namun apa yang cukup membanggakan apabila tindakan seorang pemandu prihatin yang melihat kejadian itu dari belakang segera mengejar dan melanggar motor peragut berkenaan.
Akhirnya kedua-dua lelaki tersebut terjatuh dan berjaya ditahan. Orang awam yang berada di sekitar kawasan tersebut turut memberi pertolongan dan beberapa lelaki memberikan pengajaran awal dengan membelasah kedua-dua peragut tersebut.
Tindakan pemilik kereta Honda City tersebut seharusnya menjadi contoh kepada rakyat Malaysia supaya sama-sama membanteras jenayah di kawasan setempat.
Lagi Gambar:
Post by Zulu Bravo Mike.
KONGSI
& Komentar
Tweet