Monday, 21 April 2014

Kisah menyayat hati dua pekerja Feri Sewol yang karam di Korea Selatan (3 Gambar)

Posted By: TTO Admin - 21.4.14

Orang ramai tidak henti-henti mengucapkan takziah kepada dua orang pekerja yang maut dalam kejadian feri karam di Korea Selatan. Kedua-dua mereka yang masing-masing seorang lelaki dan perempuan dianggap sebagai hero dan heroin berikutan tindakan mereka menyelamatkan penumpang feri yang rata-rata pelajar yang baru balik bercuti dari Pulau Jeju.

Jung Cha-wol, seorang pelajar yang berada dalam feri Sewol, Korea Selatan sewaktu ia karam. Dia menyerahkan jaket keselamatannya pada seorang rakan yang sedang lemas, dan terus menyelam untuk menyelamatkan yang lain.

Dia meninggal dunia sehari sebelum hari ulang tahun kelahirannya yang ke-17.



Park Ji-young, 22, bekerja di kafeteria feri Sewol. Dia menyelamatkan begitu ramai nyawa dalam masa yang singkat sebelum lemas dalam air yang sejuk 2.7 kilometer dari pulau Gwanmaedo.



Dia membantu memakaikan jaket keselamatan kepada penumpang-penumpang dan sedangkan dia sendiri tidak memakai jaket keselamatan. Dia memastikan kesemua mereka menaiki bot penyelamat. Apabila diminta untuk menaiki bot penyelamat bersama penumpang yang diselamatkannya, Ji-young menolak:-

"Selepas selamatkan semua orang, saya akan keluar. Krew perlu keluar paling lambat." Tegas Ji-Young

Ji-young merupakan seorang anak tunggal.


Sumber: Imgur dan Inquisitor

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab