Beberapa hari lepas, heboh media hiburan mengenai seorang peminat menceritakan sikap kekwat pelakon berbadan sado, Zul Ariffin ketika diajak bergambar. Namun, Zul Ariffin tampil memberikan respon mengatakan dia tidak kisah dimaki hamun hanya kerana mahu menjaga privasi ibu dan keluarganya.
Walaubagaimanapun, isu ini tidak berhenti setakat itu sahaja. Seorang lagi peminat mendedahkan pengalamannya melihat cara Zul Ariffin melayan peminat. Peminat yang bernama Syita itu memberikan komen di sebuah artikel Portal Hiburan terkenal menceritakan keterujaannya mahu bergambar dengan Zul Ariffin kerana begitu meminati pelakon ini.
Dia yang sanggup menunggu sehingga sesi shooting berakhir kerana tidak mahu mengganggu privasi pelakon itu, terpaksa membatalkan hasratnya apabila melihat sikap Zul Ariffin melayan peminat yang lain. Baca lagi pengalaman beliau:
Nampaknya, bertalu-talu cerita yang tidak elok didedahkan mengenai Zul Ariffin. Cerita ini pun datangnya bukan daripada orang lain, namun dari peminat beliau sendiri. Namun, mungkin kali ini juga, Zul Ariffin turut mempunyai alasan tersendiri mengenai kejadian di atas. Sama-samalah kita nantikan respon beliau.
KONGSI
& Komentar
Tweet