Tuesday 7 April 2015

Gambar Aidena dan Kapten Clifford keluar bersama didedahkan

Posted By: TTO Admin - 7.4.15

Hari ini, misteri identiti wanita dalam nahas helikopter yang terhempas di Kajang dirungkai dalam satu sidang media apabila polis mengesahkan wanita tersebut, Aidena Braizieva merupakan rakan kepada Kapten Clifford, juruterbang helikopter malang itu. (Baca disini)

Walaubagaimanapun, pendedahan itu masih tidak menghentikan spekulasi yang bertiup kencang di kalangan pengguna media sosial yang menganggap pendedahan itu tidak lebih daripada menutup kisah sebenar di sebalik kejadian nahas ngeri tersebut.

Namun, satu gambar Kapten Clifford dan Aidena keluar bersama telah tersebar diperolehi daripada instagram rakan mereka berdua, Emitsaa.

Menurut Emitsaa, dia mengenali kedua dua mereka dan merasa sedih serta terkejut apabila mengetahui mengenai kejadian yang menimpa mereka.


Dengan kenyataan daripada rakan dan gambar Kapten Clifford bersama Aidena ini, maka, memang memang benarlah kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak polis bahawa mereka berdua adalah rakan.

Tiada lagi misteri...Namun, cerita ini tidak akan berhenti setakat ini sahaja kerana "Media Sosial dan Spekulasi berpisah tiada".

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab