Ramai yang cuba menimbulkan spekulasi bahawa wanita pilihannya itu tidak lain dan tidak bukan adalah Emma Maembong. Walaubagaimanapun, tekaan itu jauh meleset apabila hari ini, Emma menafikan dia merupakan bakal isteri Zizan Razak.
Melalui pengakuannya di Utusan Malaysia, Emma mengatakan dia tidak berhasrat untuk kembali semula sebagai kekasih Zizan meskipun sentiasa mendoakan kebahagiaan bekas kekasihnya itu.
“Maaf bukan saya wanita yang akan berkahwin dengan Zizan. Saya dengar juga dia akan berkahwin Jun ini dan sudah tentu saya gembira untuk dia,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.
“Soal jodoh saya fikir bukan kita yang menentukannya. Sama seperti orang lain, saya juga mahu sampaikan ucapan tahniah buat dia dan bakal isteri,” kata Emma.
KONGSI
& Komentar
Tweet