Sunday, 16 June 2013

Jari palsu untuk bekas ahli Yakuza

Posted By: TTO Admin - 16.6.13

Shintaro Hayashi, seorang pakar pembuat prostetik dari Jepun, telah membantu ramai bekas anggota Yakuza atau Mafia Jepun sejak 10 tahun yang lepas. Beliau telah mencipta jari palsu untuk menggantikan jari Yakuza yang dipotong semasa hidup dalam jenayah. Dengan itu, bekas Yakuza ini dapat menperolehi pekerjaan yang normal dengan lebih mudah.

Yakuza merupakan sindiket jenayah terancang yang amat terkenal dengan kod peraturan yang ketat. Apabila seorang ahli mereka membuat satu kesalahan yang serius, dia dikehendaki untuk melaksanakan upacara yang dikenali sebagai "yubitsume", yang bermaksud memotong jari sendiri sebagai satu bentuk pendamaian.



Biasanya, jari kelingking kiri adalah yang pertama dipotong, tetapi kesilapan yang berulang boleh menyebabkan beberapa jari ahli Yakuza lagi akan hilang. Ia menjadi stigma yang melambangkan keahlian semasa atau yang telah bersara dalam mafia di Negara Jepun. Bagi mereka yang telah "cuci tangan" akan mendapati mereka mengalami kepayahan untuk mencari kerja disebabkan oleh simbol kehilangan jari tersebut.

Kebanyakan Yakuza cuba untuk menyembunyikan jari mereka yang hilang di khalayak ramai dengan sentiasa menggenggam tangan, tetapi lama-kelamaan, kecacatan tersebut tidak akan dapat disembunyikan lagi.

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab