Seorang bayi lelaki yang baru lahir semakin pulih di Hospital di China selepas diselamatkan dari paip kumbahan tandas oleh anggota bomba. Bayi tersebut terperangkap didalam paip berbentuk L. Bomba terpaksa memotong paip tersebut secara berhati-hati untuk mengeluarkan bayi itu.
Seorang penyewa mendengar tangisan bayi di dalam tandas awam bangunan kediaman di wilayah Zhejiang di timur China. Operasi menyelamat mengambil masa dua jam dan kejadian ini telah disiarkan secara meluas di media dan laman web China.
Bayi itu yang dinamakan "Baby No. 59" mengikut bilangan inkubator hospital itu dilaporkan selamat, berita yang meluas membuatkan ramai orang awam datang berduyun-duyun ke hospital berkenaan dengan membawa lampin, pakaian bayi, susu tepung dan menawarkan untuk menjaga dan menjadi ibu bapa angkat kepada bayi tersebut.
Bayi seberat 2.8 kilogram (6.2 paun) itu masih mempunyai tali pusat melekat pada tubuhnya. Kadar denyutan jantungnya adalah rendah dan terdapat luka di kepala dan anggota badan, tetapi sebahagian besar kesihatan bayi tersebut tidak terjejas.
Polis mengesyaki kes ini adalah kes pembuangan bayi dan meletakkan kes ini sebagai percubaan membunuh.
Komen admin: Apa nak jadi dengan manusia zaman sekarang. Malaysia pun tidak lari dengan kes sebegini. Kejam!
KONGSI
& Komentar
Tweet