Monday, 2 September 2013

Amah tampar, tendang, pijak kanak-kanak jagaan usia 2 tahun di Salak Selatan

Posted By: TTO Admin - 2.9.13

Gambar hiasan
Kuala Lumpur: Tidak cukup ditampar, seorang pembantu rumah turut bertindak kejam menendang dan memijak seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun di sebuah rumah di Salak Selatan, di sini.

Walaupun kanak-kanak terbabit menangis kesakitan, namun wanita berusia 20-an itu tidak mempedulikannya, sebaliknya terus memukul mangsa tanpa belas kasihan.

Bagaimanapun ibu mangsa berusia 30-an yang mengesyaki sesuatu selepas melihat terdapat kesan lebam di mata anaknya bertindak menyoal suspek, namun dia memberi alasan kesan itu adalah urat mata anaknya.

Menurut sumber, sangsi dengan jawapan suspek, si ibu memeriksa kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di dalam rumah sebelum dia terkejut apabila melihat perbuatan kejam pembantu rumahnya yang sering menyeksa dan memukul anaknya.

Berang dengan tindakan suspek, si ibu kemudian tampil membuat laporan di Balai Polis Salak Selatan, di sini, Jumaat lalu untuk tindakan selanjutnya. -Hmetro

Amah Indonesia bunuh kucing dan curi duit majikan sebelum melarikan diri

Posted By: TTO Admin - 2.9.13

Dibawah merupakan cerita ringkas yang dibuat oleh pengadu dalam sebuah forum.



PEMBANTU RUMAH INDONESIA BUNUH KUCING & REMBAT RM
BUKIT KATIL MELAKA 29-08-13

7:30 pagi. Perempuan ini beritahu ada kucing mati. Terkejut, maka kami tergesa keluar dari bilik untuk tengok kucing itu lalu terlupa mengunci pintu. (Belang yang riang dan sihat tiba-tiba mati? Misteri.)

7:42 pagi. Saya sempat masuk semula ke bilik ambil telefon, rakam gambar Belang sebelum dikebumikan di belakang rumah.

7:57 pagi. Kelekaan menguruskan Belang (adik menguruskan anak) digunakan perempuan ini untuk masuk ke bilik saya dan mencuri beg duit saya berisi IC, lesen, kad kredit, kad-kad ATM dan kad kerja bersama wang tunai RM1500 seterusnya melarikan diri dengan kononnya membuang sampah. Kunci rumah ditinggalkan atas kereta.

Untuk rekod, tidak pernah sekali pun saya tinggalkan bilik tidak berkunci sejak perempuan ini bekerja dengan kami bermula SEMINGGU lepas. Skop tugasnya memberi makan 27 ekor kucing jalanan yang kami kutip, rawat dan pelihara (termasuk Hitler yang muncul dalam video ini), bersihkan pasir, kemas rumah kucing dan kemas rumah kami KECUALI menjaga anak dan memasak.

Rakaman CCTV di rumah kucing (tidak disertakan atas sebab keselamatan kucing-kucing kami) memberi petunjuk dia 'mengerjakan' Belang pukul 4:00 petang Rabu, sehari sebelum dia mencuri dan berambus.

Jika dia sanggup bunuh kucing yang tak berdosa, dia sanggup bunuh anak, mustahil? Jika dia sanggup curi duit, dia sanggup culik anak, mustahil?

Hari kedua di sini dia sudah minta dipinjamkan duit sejuta lima ratus rupiah dan minta bercuti dua hari sahaja untuk pulang ke Bengkalis kerana rindukan bapaknya di kampung. Apabila permintaannya tidak diendahkan dia siap tulis surat minta perkara yang sama.

Kepada kawan-kawan yang terjumpa perempuan berkulit gelap, berbibir tebal dan berperangai burok dari Bengkalis macam ini harap bawa dia ke Balai Polis berhampiran. Semoga perbuatan perempuan bernama Widia Asmara (asmara konon!) mendapat balasan setimpal dari Allah.




Gambar Kucing yang dibunuh
Perbuatan amah ketika tiada majikan dirumah

#Fuh, nasib baik kucing

Pelakon dan juga bekas Isteri Chef Riz, Ana Dahlia nafi sedang bercinta

Posted By: TTO Admin - 2.9.13
PETALING JAYA: Pelakon Ana Dahlia menyangkal dakwaan kononnya dia kini sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang lelaki selepas hampir setahun bercerai dengan Mohd. Nadzri Redzuawan atau Chef Riz.

Ana atau nama sebenarnya Diyana Mastura Jaafar, 30, berkata, semenjak bercerai dia masih belum menemui sebarang pengganti dan tidak terlalu memikirkan tentang perkara itu buat masa ini.

"Saya belum ada pengganti dan cerita yang keluar mengenai saya itu semuanya tidak benar," katanya kepada mStar Online.

Ana sah bergelar isteri kepada Chef Riz yang juga anak kepada tukang masak terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan pada 11 Disember 2011 sebelum bercerai hanya selepas 11 bulan berkahwin.

Dalam pada itu, Ana berkata, dia merasakan sekarang bukan masa yang sesuai untuknya kembali menjalinkan hubungan cinta sebaliknya mahu memberikan fokus kepada karier lakonan yang semakin berkembang.

Jelas Ana, dia bukan serik untuk bercinta dan berkahwin lagi tetapi meletakkan soal itu kepada jodoh dan ketentuan Allah buat masa ini.

"Serik itu tidak tetapi ada benda lain yang menjadi keutamaan saya buat masa sekarang dan soal jodoh itu biarlah Allah yang menentukan," jelasnya.

Bercakap mengenai perkembangan terbaharunya, Ana berkata dia kini sedang sibuk menyiapkan beberapa projek drama dan mengakui jadualnya semakin sibuk. -Mstar

Hans Isaac fokus teater setelah Filem Lemak Kampung Santan (LKS) gagal dapat sambutan

Posted By: TTO Admin - 2.9.13


PETALING JAYA: Penerbit dan pelakon Hans Isaac akan memberi fokus kepada penerbitan teater selepas filem arahannya iaitu Lemak Kampung Santan (LKS) gagal mendapat sambutan penonton ketika ia ditayangkan di pawagam pada 1 Syawal lalu.

Hans atau nama sebenarnya Gerald Hans Isaac, 42, berkata, bidang teater adalah lebih selamat selain tidak merugikan namun tidak menolak akan menerbitkan filem pada masa akan datang.

"Selepas LKS gagal mendapat sambutan daripada penonton saya merasakan sudah tiba masanya saya memberi fokus kepada penerbitan teater sahaja selepas ini kerana ia lebih selamat dan tidak merugikan.

"Bagaimanapun itu tidak bererti saya tidak akan langsung membuat filem cuma ia bukan lagi keutamaan saya buat masa ini," katanya kepada mStar Online.

Filem lakonan Neelofa, Natasha Hudson, Nadia Mustapha, Nadia Heng, Adlin Aman Ramli, Mat Over, Ridzuan Hashim, Datuk Jalaludin Hassan dan Harith Iskandar itu hanya berjaya mengutip RM100,000 sepanjang dua minggu ia ditayangkan.

Dalam pada itu, Hans berkata, dia tidak kecewa apabila filem itu gagal mendapat sambutan kerana mengakui industri perfileman semakin berubah sejak kebelakangan ini selain kutipan merosot.

Malah kata Hans, perkara itu terjadi bukan sahaja kepada filemnya tetapi penggiat lain turut menerima tempias sama namun sebagai penerbit dia harus mengambil risiko tersebut.

"Sepanjang tahun ini tidak banyak filem mendapat kutipan memberangsangkan dan bidang ini sudah menjadi semakin risiko kerana landskapnya sudah berubah selain budaya menonton semakin hilang dikalangan penonton.

"Sebelum ini ada yang menasihati saya supaya tidak buat filem LKS tetapi saya tetap ambil risiko dan ternyata perjuangan saya tidak mendapat sokongan penonton yang sukar diduga selera mereka," ujarnya.

Hans sebelum ini pernah memberitahu telah mengeluarkan kos tinggi iaitu sebanyak RM750,000 bagi mempromosikan filem itu yang diterbitkan syarikat miliknya, Tall Order Production.-Mstar

Sunday, 1 September 2013

Polis siasat Aktivis Pro Pembangkang hina Jalur Gemilang di Dataran Merdeka

Posted By: TTO Admin - 1.9.13



KUALA LUMPUR 1 Sept. - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan siasatan berhubung insiden sekumpulan aktivis propembangkang yang bertindak mengibarkan bendera yang mereka dakwa sebagai Sang Saka Malaya ketika sambutan malam Ambang Merdeka kelmarin.

Perkara itu dinyatakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang turut menegaskan siasatan itu akan dijalankan secepat mungkin.

"Kita akan siasat secepat mungkin dan akan mencari bukti," katanya ketika ditemui selepas menghadiri majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran bersama PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di pekarangan Muzium Diraja (Istana Negara lama), dekat sini hari ini.

Khalid mengulas tindakan beberapa aktivis propembangkang mengibarkan Sang Saka Malaya selain menggelar Jalur Gemilang sebagai 'jalur temberang' ketika sambutan Ambang Merdeka.

Insiden itu mengundang kemarahan pelbagai pihak yang menyifatkannya sebagai biadab serta tidak menghormati bendera negara.




VIDEO Lelaki Mengamuk rampas bendera Sang Saka



#Bagus Polis!

Tiada makluman harga RON 95 akan naik 20 sen malam ini (2 Sep 2013) - Pagawai KPDNKK

Posted By: TTO Admin - 1.9.13

Khabar angin yang sedang bertiup kencang di laman sosial kononya pada malam ini RON95 akan naik sebanyak 20sen. 

Untuk mendapatkan kepastian mengenai dakwaan ini, kami telah menghubungi Hotline Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Putrajaya dan juga 1Malaysia One Call Centre (1MOCC) untuk mendapatkan kepastian.

Setelah dihubungi, kami dimaklumkan oleh Staff di KPDNKK Putrajaya dan 1MOCC bahawa TIDAK ADA SEBARANG MAKLUMAN DARI PIHAK ATASAN berhubung kenaikan harga petrol RON95 sebanyak 20 sen pada tengah malam ini. -Jebat


Oleh itu kami menyeru kepada orang ramai agar tidak mempercayai sebarang khabar angin. Untuk makluman lanjut, sila hubungi KPDKK ditalian

Hotline : 1800-886-800
Tel : 03-8000 8000
Faks : +603-8882 5762

E-mail Pertanyaan / Aduan : e-aduan@kpdnkk.gov.my

atau di 1MOCC

Nombor Telefon & SMS : +603-8000 8000
Nombor Faks : +603-8000 8001

E-mel : 80008000@1mocc.gov.my

#Banyak sangat khabar angin.

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab