Tuesday, 2 July 2013
Pengawal Keselamatan Hospital cabul wanita sarat mengandung
Posted By: TTO Admin - 2.7.13Miri: Seorang pengawal keselamatan sebuah hospital kerajaan ditahan selepas dia didakwa mencabul seorang wanita yang sedang kesakitan untuk bersalin, awal pagi kelmarin.
Mangsa yang berusia 48 tahun dilaporkan tiba di hospital itu kira-kira jam 2.30 pagi sebelum suspek yang berusia 21 tahun cuba membantunya dengan memapahnya masuk ke dalam lif menuju ke wad bersalin.
Di dalam lif, suspek memeluk mangsa dari belakang sambil meraba perutnya beberapa kali sebelum bertanya sama ada dia memakai seluar dalam atau tidak.
Timbalan Ketua Polis Daerah Miri, Superintendan Stanley Jonathan Ringgit, berkata mangsa yang ditemani anak perempuannya yang berusia 18 tahun hanya mendiamkan diri akibat keadaannya yang terlalu sakit.
Anak mangsa menyaksikan perbuatan suspek, namun mereka tidak dapat berbuat apa-apa sehingga pembantu perubatan membantu mengusung mangsa masuk ke dewan bersalin.
Anaknya yang berusia 22 tahun kemudian membuat laporan di Balai Polis Pusat Miri , katanya, semalam. Berita Harian
Monday, 1 July 2013
Ahli Matematik genius menolak ganjaran RM3 Juta
Posted By: TTO Admin - 1.7.13
Pakar Matematik dari Rusia, Grigory Perelman enggan menerima hadiah sebanyak RM3 juta selepas dia berjaya menyelesaikan masalah matematik yang tidak dapat diselesaikan selama lebih 100 tahun, menurut Clay Mathematics Institute (CMI)
"Encik Perelman memberitahu kita yang beliau tak mahu menerima RM3 juta tersebut. Dalam keadaan ini, jika dia memutuskan tidak menerima ganjaran itu, kita akan menderma ke dalam institusi-institusi penyelidikan matematik ", kenyataan jurucakap institut berkenaan.
Perelman berjaya membuktikan bahawa sebarang bentuk yang tidak memiliki lubang boleh diunjur atau dikecilkan menjadi satu sfera.
Tekaan Poincare telah membingungkan pakar-pakar matematik sejak ia dicetuskan oleh seorang warga Perancis, Henri Poincare pada 1904.
Hadiah CMI diumumkan selepas beberapa pakar memeriksa penemuan Perelman dan mendapati jawapannya tepat dan sempurna.
Dia menyiarkan penyelesaian untuk tekaan Poincare di Internet pada 2002 dan 2003. Ia mengambil masa sehingga 2010 untuk pakar matematik yang lain mengesahkan jawapan Perelman itu.
Namun, ahli Matematik berusia 44 tahun itu menjadi orang pertama menolak Pingat Fields, anugerah yang setanding dengan hadiah Nobel dengan alasan tidak mahu menonjolkan diri kerana dia bukan lagi sebahagian daripada komuniti pakar matematik.
8 Gambar sekitar demonstrasi Anti-Kerajaan di Mesir
Posted By: TTO Admin - 1.7.13
Berpuluh ribu rakyat mesir mengadakan perhimpunan besar-besaran semalam bagi menggulingkan Presiden Mesir yang baru memerintah selama setahun, Mohammed Morsi. Namun penyokong beliau berikrar mempertahankan pemerintahannya.
Demonstran anti Presiden Mesir berhimpun beramai-ramai di luar Dataran Tahrir di Kaherah dimana banyak khemah didirikan serta kain rentang dengan slogan provokosi anti-Morsi.
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Istana Presiden, berhampiran kejiranan di mana beribu-ribu penyokong Morsi berikrar untuk mengadakan tunjuk perasaan balas mempertahankan presiden mereka.
Dilaporkan empat orang telah terkorban dan 200 yang lain cedera dalam pertempuran antara penunjuk perasaan Anti-Morsi dan penyokong Presiden. Dibawah gambar sekitar demonstrasi yang semakin merebak di Mesir.
Demonstrasi Jalanan bukan jalan penyelesaian
5 gambar haiwan dalam embrio yang mengagumkan!
Posted By: TTO Admin - 1.7.13
Gambar-gambar haiwan dalam embrio yang menakjubkan dibawah ini menggunakan kombinasi ultrasound tiga dimensi, grafik komputer dan kamera kecil untuk menangkap proses kelahiran. Gambar-gambar haiwan dalam embrio ini adalah yang paling terperinci pernah dihasilkan.
Pelajar Tingkatan 2 dirogol selepas dipaksa minum arak
Posted By: TTO Admin - 1.7.13SABAK BERNAM – Seorang pelajar tingkatan dua bukan saja dipaksa meneguk minuman keras, malah dirogol seorang lelaki dan dicabul seorang lagi rakannya dalam kejadian di sebuah rumah di daerah ini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, suspek masing-masing berusia 21 tahun itu dikatakan menodai pelajar perempuan berusia 14 tahun itu selepas mendapati mangsa dalam keadaan mabuk dan tidak sedarkan diri.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Muhammad berkata, mangsa yang berasal dari Ampang itu dipercayai mengikuti kedua ibu bapanya pulang ke kampung untuk menghadiri majlis kenduri.
“Kejadian itu dipercayai berlaku, sewaktu ibu mangsa menyuruh mangsa bersama seorang sepupu lelakinya berusia 13 tahun itu menghantar lauk kenduri di rumah jiran, bagaimanapun, mangsa tidak pulang ke rumah,” katanya kepada Sinar Harian.
Beliau berkata, kedua ibu bapa mangsa yang bimbang anaknya tidak pulang ke rumah bertindak mencari mangsa di rumah jiran bersama suaminya dan menemui sebuah motosikal yang digunakan anaknya itu.
“Ibu bapa mangsa memaklumkan kejadian itu kepada orang kampung dan seorang daripada mereka memberitahu ternampak kelibat tiga lelaki membawa anak dan anak saudaranya itu menaiki sebuah kereta,” katanya.
Noor Mushar berkata, setelah puas mencari selama dua jam akhirnya penduduk kampung menemui sebuah kereta yang dipercayai digunakan suspek untuk membawa kedua-dua sepupu berkenaan.
“Sebaik saja masuk ke dalam rumah terbabit, ibu bapa mangsa terkejut apabila mendapati anaknya tidur dalam keadaan separuh bogel dalam sebuah bilik bersama tiga lelaki terbabit sementara sepupunya itu berada di depan ruang tamu rumah.
“Ibu mangsa yang melihat keadaan itu segera mengejutkan anaknya dan mangsa telah membuat pengakuan seorang daripada suspek bertindak merogolnya dan memaksanya mengambil minuman keras,” katanya.
Beliau berkata, ibu mangsa yang berang dengan perbuatan durjana suspek telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam.
Katanya, kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. - Sinar Harian
Apa yang perlu anda tahu mengenai Shisha!
Posted By: TTO Admin - 1.7.13Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita pengharaman Shisha oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis dan Perak. Kerajaan juga sedang menimbang untuk mengharamkan Shisha di seluruh Negara.
Sebelum ini, Shisha dipasarkan sebagai alternatif yang selamat untuk rokok. Persoalannya, "Adakah Shisha berbahaya?" Ramai yang mempercayai asap yang terhasil daripada Shisha ditapis oleh air, namun sebenarnya nikotin tidak larut air. Penghisap Shisha sebenarnya menyedut asap yang lebih berisiko jika dibanding dengan perokok tegar. Ini kerana menghisap Shisha boleh mengambil masa sehingga satu jam.
Jom kita lihat kenapa menghisap Shisha boleh memberi kesan kepada kesihatan anda dengan serius.
Kesan Shisha kepada tubuh badan
- Risiko jangkitan dan bakteria daripada perkongsian mulut
- Risiko mendapat Kanser
- Risiko Tuberculosis
- Penyakit Jantung
Fakta Mengenai Shisha
- Wabak batuk kering di Negara-negara Timur Tengah dikaitkan dengan Shisha
- Karbon Monoksida (Dari arang) adalah 30 kali lebih sukar untuk larut dalam air berbanding oksigen.
- Dalam satu sesi, penghisap Shisa menyedut sehingga ke 200 kali ganda lebih banyak daripada asap rokok.
- Merokok membunuh sekitar 114,000 orang di UK setiap tahun.
Pendapat Admin Pengharaman Shisha memang tepat kerana semua ini demi kesihatan Rakyat Malaysia sendiri. Amalkan gaya hidup yang sihat!
Subscribe to:
Posts (Atom)