UPDATE: Malaysia Airlines menafikan laporan Portal Arabianbusiness.com yang mendakwa pesawat MAS hampir bertembung dengan pesawat Kuwait Airways di ruang udara Pakistan pada Ahad lepas.
Dalam laporan yang tersebar, portal tersebut menyatakan kejadian yang berlaku di Daerah Zhob, Baluchistan di barat daya Pakistan berpunca daripada signal radar kawalan trafik udara yang lemah.
"MAS telah menuntut portal berita itu menarik balik laporan yang salah dan mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka kepada Malaysia Airlines kerana tidak bertanggungjawab menyiarkan berita tersebut. " kata MAS dalam satu kenyataan.
KONGSI
& Komentar
Tweet