Monday 9 March 2015

Diana Danielle tampil seksi dalam Majalah Esquire Malaysia (6 Gambar)

Posted By: TTO Admin - 9.3.15

Ketika kali pertama menyelak helaian Esquire Malaysia keluaran bulan ini, kami dikejutkan dengan gambar Diana Danielle yang tampil sungguh berani dalam edisi terbaru majalah tersebut yang berkemungkinan membuatkan nama selebriti bergelar ibu ini kembali bermain di bibir media semasa.

Melalui temubual bersama majalah tersebut, Diana banyak bercerita mengenai bagaimana permulaan kariernya di mana dia lebih selesa untuk memilih karya yang berkualit dan yang benar-benar berpotensi menaikkan namanya.

“Saya sangat memilih jika berkenaan dengan projek. Realitinya banyak skrip yang anda dapat adalah hanya membuang masa. Biarpun saya hanya mengambil satu atau dua projek dalam setahun, ia adalah projek yang betul-betul mampu melonjakkan nama saya,” jelasnya lagi sambil memberitahu dia tidak ambil kisah langsung mengenai populariti dan hanya mementingkan hasil kerja yang terbaik.

Malah dalam masa yang sama juga Diana berkongsi kisah kesukaran hidupnya sehingga ada satu ketika, ibunya, Norsiah Ramli, terpaksa menjual rumah demi meneruskan kehidupan.

“Kesukaran hidup yang dihadapi ketika masih masih kecil membuatkan saya mudah untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling” jelasnya di dalam temubual bersama majalah tersebut sambil mengakui dia sebenarnya sangat berminat untuk bergelar penyanyi.

Sumber: Rotikaya


KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab