Monday, 30 March 2015

Penumpang terbangkan kerusi, hp gara-gara pesawat "delay" (3 Gambar)

Posted By: TTO Admin - 30.3.15

Gara-gara berang menunggu pesawat lebih 2 jam, penumpang penerbangan tambang murah, Lion Air mengamuk di tempat menunggu, terminal perlepasan, Lapangan terbang Antarabangsa Soekarno Hatta.

Mengikut jadual penerbangan pesawat bernombor JT 0798 sepatutnya berlepas daripada Jakarta ke Makassar pada jam 9.10 malam (29/3/2015) , namun sehingga jam 12 malam kemudian, pesawat itu masih belum bersedia untuk berlepas. Para penumpang tidak berpuas hati kerana syarikat hanya memberikan snek ringan ketika itu. 

Kerusi berterbangan dan kertas berselerak dapat dilihat di sekitar balai berlepas itu. Manakala, papan Kekunci dan mesin printer antara barang-barang yang mengalami kerosakan.



Kejadian di Hospital Umum Sarawak buka mata rakyat Malaysia! (Gambar)

Posted By: TTO Admin - 30.3.15

Satu kejadian yang berlaku di Hospital Umum Sarawak seharusnya membuka mata rakyat Malaysia

Melalui perkongsian gambar itu, diceritakan bahawa pesakit berbangsa India telah dibelikan makanan oleh seorang lelaki Cina. Kemudiannya, seorang makcik berbangsa Melayu pula telah menolong lelaki India itu dengan membancuh air minuman.

Mungkin kejadian ini nampak simple sahaja namun sebenarnya memberi makna yang cukup besar dalam erti kata perpaduan yang sebenar.

Sunday, 29 March 2015

Cerita sebenar Video Kakitangan Kastam Nyayi Lagu GST didedahkan

Posted By: TTO Admin - 29.3.15

Beberapa hari lalu tersebar satu Video sekumpulan Kakitangan Kastam menyanyikan lagu GST. Video tersebut mendapat kritikan ramai pengguna media sosial kerana kualitinya yang teruk disamping nyanyian daripada kakitangan yang hambar.

Figura media sosial terkenal, Saiful Nang melalui laman Facebooknya turut memberikan komen troll dengan menimbulkan persoalan adakah video itu video rasmi GST kerana ia seakan dikeluarkan oleh budak sekolah rendah.

Namun, Posting terbaru Saiful Nang mendedahkan cerita sebenar di sebalik pembikinan video tersebut. Saiful Nang yang menerima Private Message daripada seorang pengikutnya menceritakan bahawa video itu diambil pada 3 tahun yang lalu dan bersempena dengan perhimpunan bulanan jabatan mereka dan hanya untuk tontotan dalaman sahaja.

Beliau nyata kecewa dan sedih kerana ramai yang menyebarkan video itu tanpa mengetahui motif disebaliknya.

Baca luahan hati beliau:


Di sebalik luahan hati itu, Saiful Nang turut menerima kritikan pengguna media sosial di dalam ruangan komen yang mendakwa Saiful Nang sebagai figura terkenal sepatutnya tidak menyebarkan budaya Troll di kalangan pengikutnya.


Suami kantoi kahwin lain parah kasut tumit tinggi Chanel melekat di kepala

Posted By: TTO Admin - 29.3.15

Sekeping gambar tersebar apabila seorang lelaki terlantar di Hospital Prince Court dengan kasut tumit tinggi jenama Chanel tertusuk di kepalanya. Punca kejadian itu didakwa berlaku apabila isteri pertama lelaki itu mengetahui mengenai isteri kedua yang dikahwini oleh suaminya.

Mungkin akibat berang dimadukan, wanita itu mengambil tindakan diluar jangka dengan menyerang suaminya menggunakan kasut tumit tinggi.

Kejadian ini seharusnya memberi pengajaran kepada lelaki lain yang bercadang berkahwin lain secara sembunyi-sembunyi. Biarlah para suami memberitahu mengenai hajat dihati untuk mengelakkan berita-berita seperti ini tersebar dimasa akan datang. -Tengoktvonline
Kejadian yang dimuatnaik dan tersebar di Facebook 

Lelaki rela bunuh diri calon isteri pilihan keluarga hodoh (3 Gambar)

Posted By: TTO Admin - 29.3.15


Shiyan (China): Seorang pengantin lelaki yang kecewa kerana dipaksa mengahwini wanita yang hodoh, cuba membunuh diri dengan terjun ke dalam tasik.

Polis tiba di tempat kejadian selepas menerima laporan yang mengatakan lelaki dikenali sebagai Kang Hu cuba melemaskan dirinya dengan menelangkupkan mukanya ke dalam air.

Bagaimanapun, lelaki berkenaan sempat diselamatkan dan dibawa keluar dari air untuk diberi rawatan dan keadaannya kini dilapor stabil.

Menurut pegawai Hou Kunshan yang menemui lelaki terbabit, dia mengesyaki sesuatu tidak kena apabila melihat seorang lelaki terapung dengan muka mengadap ke bawah air.

“Apabila mendekati lelaki terbabit, barulah kami menyedari dia cuba membunuh diri,” katanya.

Selepas keadaan lelaki terbabit reda, polis menyoal mengapa dia sanggup berbuat demikian.

Lelaki itu menjawab: “Saya tidak gembira dengan perkahwinan yang dirancang oleh keluarga kerana wajah wanita itu hodoh, dan sebab itulah saya membuat keputusan untuk membunuh diri.” - Agensi


Friday, 27 March 2015

(7 Gambar) Polis Kacak ini jadi kegilaan wanita!

Posted By: TTO Admin - 27.3.15
BEIJING 26 Mac – Tugas sebagai anggota polis sememangnya diakui sukar dan mencabar apatah lagi jika memiliki wajah yang kacak menyerupai pelakon terkenal.

Itulah yang berlaku di bandar Chongqing, China apabila seorang polis lelaki menarik perhatian ramai pelari wanita ketiga ditugaskan mengawal acara maraton di bandar tersebut.

Menurut laporan portal Mail Online, polis berkenaan, Long Keyi dikerumuni beratus-ratus wanita yang mahu mengambil gambar bersama disebabkan paras rupanya yang seiras bintang filem Hong Kong, Wallace Chung(Gambar kanan).


Malah kegilaan ratusan wanita itu terhadap kekacakan Keyi, menyebabkan acara maraton terbabit terganggu kerana mereka tidak lagi mahu meneruskan larian selain menyebabkan kesesakan trafik.

Jumlah wanita yang semakin ramai mengelilingi kereta yang dipandu anggota polis berusia 29 tahun itu juga menyebabkan dia sukar meninggalkan kawasan maraton.

Seorang peserta, Chyou Teng, 26, berkata, orang ramai terutamanya wanita tidak lagi tertarik untuk mengetahui pemenang larian maraton itu, sebaliknya lebih berminat untuk bergambar dengan Keyi.

Bagaimanapun, rakan setugas Keyi, Dewei Fu berkata, kegembiraan semua wanita terbabit mungkin tidak lama apabila mengetahui status rakannya yang telah berkahwin baru-baru ini.

“Dia baru bertugas semula selepas melangsungkan perkahwinan, jadi isterinya mungkin tidak terkejut dengan tarikan yang dimiliki oleh suaminya.

“Tetapi, disebabkan kejadian tersebut, Keyi mengambil cuti dan tugasnya digantikan dengan anggota polis lain yang kurang kacak,” katanya.







2 Gambar bayi melecur diberi susu panas oleh pengasuh Taska

Posted By: TTO Admin - 27.3.15
2 Keping gambar tersebar menunjukkan bayi melecur di bahagian mulut dan lehernya didakwa berpunca daripada susu panas yang diberikan pengasuh Taska. Bayi yang baru berusia 6 bulan itu kini sedang dirawat di Hospital Selayang.

Menurut info yang dikongsikan, Taska tersebut terletak di kawasan Rawang, Selangor.



Tindakan pengasuh itu membangkitkan kemarahan ramai pengguna media sosial yang lain. Ramai yang mahu pengasuh itu dikenakan hukuman atas tindakannya yang tidak berhati perut.



Thursday, 26 March 2015

Pembantu Juruterbang sengaja junamkan Pesawat hingga terhempas!

Posted By: TTO Admin - 26.3.15

Pembantu Juruterbang pesawat Germanwings dengan sengaja menjunamkan pesawat sehingga terhempas. Perkara itu disahkan oleh Pendakwaraya Marseilles, Bryce Robin dalam sidang media hari ini.

"Kami berjaya mendapatkan 10 minit terakhir transkrip pesawat itu. Dalam 20 minit pertama kedua-dua juruterbang dan pembantu juruterbang berbual secara normal antara satu sama lain.

"Kemudiannya, kami mendengar arahan meminta pembantu juruterbang untuk mengambil alih dan kami mendengar bunyi kerusi ditolak ke belakang dan pintu kokpit ditutup. Oleh itu, kami menganggap bahawa juruterbang telah pergi ke tandas untuk membuang air

"Pembantu juruterbang pada ketika itu mengawal pesawat dan semasa dia bersendirian... dia telah menggunakan sistem pemantauan penerbangan dan dari situlah pesawat mula menjunam

"Tindakan tersebut hanya boleh dilakukan secara sukarela...

"Kami dengar beberapa laungan juruterbang meminta untuk mengakses kokpit. Beliau telah memperkenalkan dirinya pada sistem interkom tetapi tidak ada jawapan daripada pembantu juruterbang.

"Dia kemudian mengetuk pintu dan meminta agar dibuka. Namun turut tidak diendahkan pembantu juruterbang itu.

"Menara kawalan kemudian meminta mereka untuk melakukan isyarat kecemasan tetapi sekali lagi tidak ada jawapan dari dalam kokpit pesawat tersebut untuk memberitahu keutamaan bagi pendaratan cemas.

"Pesawat lain cuba untuk menghubungi pesawat Airbus ini, namun juga tidak mendapat maklumbalas

"Terdapat sistem penggera yang telah hidup apabila pesawat mula menghampiri daratan dan kemudian kami mendengar bunyi pintu cuba dirempuh lagi.

Andreas Lubitz, 28 tahun, pembantu juruterbang warga German

"Ia adalah pintu kokpit namun telah diperkukuh mengikut piawaian Antarabangsa

"Oleh sebab itu, penggera tersebut tidak dapat didengari sehingga pesawat itu benar-benar terhempas

"Tidak ada isyarat kecemasan, tiada isyarat Mayday(Kecemasan) yang diterima oleh menara kawalan walaupun banyak panggilan kepada pesawat itu dilakukan.

"Tafsiran pada hari ini, dan saya bercakap 48 jam selepas nahas itu... kemungkinan besar disebabkan oleh pembantu Juruterbang - Tindakan yang disengajar - Enggan membuka pintu kabin untuk juruterbang.

"Dia enggan membuka pintu kokpit dan bertindak menekan butang yang memulakan prosedur pesawat menurun.

"Saya mengingatkan anda bahawa dalam tempoh lapan minit terakhir pesawat ini menjunam dari 12,000m ke 2,000m."

Apabila ditanya jika tindakan pembantu juruterbang adalah tindakan bunuh diri. "Saya tidak akan menyebut perkataan ini kerana saya tidak tahu."

"Dia tidak mempunyai sebab untuk melakukan tindakan itu.

"Pembantu Juruterbang baru bekerja beberapa bulan dan mempunyai rekod 100 jam penerbangan menggunakan pesawat ini.

Pesawat Germanwings Airbus A320 membawa 144 penumpang dan 6 krew pesawat dalam penerbangan dari Barcelona, Sepanyol ke Dusseldorf, Jerman sebelum terhempas di Selatan Pergunungan Alps, Perancis. Pihak berkuasa mengesahkan tiada penumpang dan krew pesawat terselamat dalam nahas tersebut -TengokTVonline

Kenapa Orang Melayu Susah Nak Kaya? Baca Artikel Ini!

Posted By: TTO Admin - 26.3.15

Tulisan otai hartanah, Faizul Ridzuan di Facebook beliau sememangnya sasarannya tepat menuju orang Melayu. Bacalah kritikan ini bukan kosong, tapi kritikan membina:

SOTONG == SONTOT? KENAPA ORANG MELAYU SUSAH NAK KAYA?

Baru-baru ini, ada keratan surat khabar yang menunjukkan bahawa orang melayu cuma memiliki kurang dari 9% daripada jumlah kekayaan 40 orang terkaya di Malaysia. Walhal kalau ikutkan populasi orang Melayu ada 60%. Kenapa jumlah kekayaan org Melayu di Malaysia ni sikit sangat? Mungkinkah kerana orang melayu sering ditindas atau dibuli oleh orang bukan melayu?

Kalau ikut pendapat saya, orang melayu akan kekal miskin sebab kita tak mahu belajar cara nak tingkatkan ekonomi dan memandaikan diri. Anda tgk gambar buku best-seller di MPH pun anda dah nampak perbezaan kualiti bacaan buku org melayu. Mereka lebih berminat mengetahui bertapa sotongnya, perfect, sombongnya suami-suami mereka.

Nak bukti lagi? Cuba teka majority orang apa yang pergi :

1. Perhimpunan bantahan GST

2. Yang layan drama cerita suami sotong, n raja lawak

3. Turun Karnival mengarut macam JomHeboh!

4. Yang minta dan harapkan BRIM.

5. Yang tukar kereta setiap 2-3 tahun tapi rumah sewa je. Seangkan mereka tahu yang kereta tu akan susut nilainya

6. Duduk rumah sewa lama2. Harga hartanah akan makin lama makin mahal. Lepas tu menyalahkan semua pihak lain kerana harga hartanah dah sampai level "mampu-tengok" saja sbb bila time rumah masih level mampu milik, mereka sibuk beli besi buruk mcm kereta, henfon.

7. Bila suruh berniaga atau kerja sales, mereka cakap pekerjaan ini takde kelas. Lebih senang berkerja pejabat dlm aircon walaupun gaji kecil.

8. Duit takde tapi terus nak kahwin. Sanggup berhutang RM20k-RM50k utk kawin.
Kalau nak terus buat perkara diatas, jgnla lepas ni sibuk nak salahkan org lain, kerajaan, bangsa kenapa kita kekal di takuk lama n tak berharta. Jangan nak salahkan orang Indonesia atau Bangla yang bekerja keras sampai boleh bukak perniagaan sendiri. Allah itu maha adil, siapa yang berusaha lebih akan dapat lebih, tak kira warna kulit ataupun agama.
Ketika kita sibuk di buat semua benda karut di atas, ada yang sibuk buat benda lain :

1. Fikir macammana nak tingkatkan pendapatan 60% sbb GST 6% akan bermula bulan depan secara berniaga atau pelaburan.

2. Pergi belajar ilmu pelaburan sebelum melabur apa pun. Byk sifu-sifu terer yang low profile mcm :
Saham : Alwi Adam EzazWealth, Pakdi Suzardi M,
Hartanah : Abang Ensem, Rohaniahnoor Di Sini, Azizul Azli Ahmad, Shafie Bustan,Ishmael Ho, Wan Infolelong
Emas : Azizi Ali Mentor Wang, Afyan Mat Rawi.
Kewangan (simpan duit): Azizi Ali, Zaidi Ismail

Bukan mahal pun. Kalau anda rasa nak bayar beli buku RM30 dan masuk kursus RM200-RM300 tu mahal, cuba tanya mereka yang pernah kerugian berpuluh dan beratus ribu sbb salah melabur.

3. Belajar ilmu perniagaan dgn pakar perniagaan macam Pn Ainon ( maaf saya tak dapat nak tag beliau. Kalau ada berkawan dgn beliau boleh tag dia ke post ini).

Masih tak percaya lagi? Cuba teka bangsa mana yang tak nak belajar lepas tu kena sontot emas, FX, MLM dan pelbagai variasi skim cepat kaya/sontot? Bila kerja kita asyik baca buku/tgk tv mengenai suami sotong, mmg padanlah kita disontot.
WE ARE, WHAT WE READ.TO CHANGE YOUR LIFE, CHANGE WHAT YOU READ EVERYDAY.

KITA ADALAH APA YANG KITA BACA. KALAU NAK UBAH NASIB, KENA UBAH BAHAN BACAAN

Kisah sayu kehidupan Imam Muda Asyraf di awal perkahwinan

Posted By: TTO Admin - 26.3.15

Baca luahan rasa Imam Muda Asyraf yang menceritakan kisah kehidupannya di awal perkahwinan bersama isteri. Semoga menjadi pengajaran dan pedoman buat pasangan baru berkahwin yang lain:

Teringat sewaktu sy mula berkahwin dulu. Masih belajar di UM. Tiada pekerjaan tetap. Apapun Terima kasih kpd mertua yg sudi menerima insan yg serba dhaif ini menjadi menantu. Walaupun ketika itu mrk tahu sy tak mempunyai sumber kewangan yg utuh. Sy buat partime sbg imam rawatib di masjid sebab nak sara anak orang sbg isteri. Dgn gaji RM350 sebulan di Kuala Lumpur apalah sangat yg mampu dinikmati. Sedangkan sewa rumah ketika itu RM450 sebulan. Terpaksa berniaga cari duit tambahan jual kitab. Buat home tuition. Basah kuyup bersama isteri menaiki motorsikal EX5. Menunggu bas di Pudu bersama utk pulang ke kampung.

Apa yg sy kagum dan sy akan ingat selamanya ialah pesanan dari seorang isteri : "Abang.. Ayang tak minta abang bawa balik kemewahan. Tapi cukuplah dgn bawa pulang kpd keluarga rezeki yg barakah"...

Beliau langsung tak pernah minta wang utk beli pakaian melainkan apa yg sy belikan. Beg tangan dan Kasut seadanya. Kadang terusik di dalam hati seorang suami utk membeli sesuatu utk menggembirakan isteri. Tp si suami tak mampu.

Rumah flat yg tiada katilnya beralas toto. Lantai simen tanpa tikar getah. Tiada meja makan, Kotak sebagai alas pinggan. Almari zip yg terkoyak di sisinya. Tapi saat itulah saat yg paling bahagia. Detik itulah yg paling sakinah. Payah namun indah. Rumah sempit namun hati lapang.

Perit dahulu menekan keangkuhan. Sakit dahulu mengingatkan kesombongan. Semua yg kita dapat sekarang adalah pemberian Tuhan. Dia beri pinjam hari ini, maka tak sukar utk Dia ambil semula esok hari. Beringat wahai si tuan badan.

Sy kongsi kisah ini bukan utk khabarkan sejarah diri semata. Krn sy tahu rasa sy ini pernah juga dirasai kebanyakan pasangan. Sy tidak berseorangan dalam merasai pengalaman ini. Ramai yg turut melalui. Bersyukurlah apa yg ada. Sebelum menangis bila dah tiada.

Mereka menerima kita saat kita bukan siapa-siapa. Mereka terima kita saat kita tiada apa-apa. Mereka disisi saat tiada siapa mengenali. Mereka bangga dgn kita walau kita tiada nama. Mereka sudi disisi kita walau kita tidak berharta.

Semoga Allah mengAbadikan bahagia ini hingga ke syurga.

Nukilan : IMAM MUDA Asyraf

Pasangan buat aksi tidak senonoh atas motorsikal didenda RM60 (Gambar)

Posted By: TTO Admin - 26.3.15


Satu pasangan yang melakukan aksi tidak senonoh di atas motorsikal di Lebuhraya Goa, India berjaya ditahan Polis. Sebelum itu, Gambar pasangan tersebut menjadi viral di media sosial setelah ahli Politik India, MP Vishnu Surya Wagh memuat naik gambar tersebut di dalam Facebook beliau.

"Melakukan seks ketika menunggang motosikal... tiada siapa yang akan menghalang anda…Ini adalah Goa…S#ks pada waktu terang ini berlaku di jambatan Mandovi pada waktu tengah hari Ahad"

“Tidak ada seorang pun anggota polis yang menghalang mereka. Bagi mereka yang merakamkan gambar ini…apa yang akan anda katakan,’’ kata sinis Vishnu.

Susulan itu, polis telah bertindak dengan mengesan nombor plat motosikal terbabit. Rupa-rupanya motosikal tersebut milik sebuah syarikat sewa dan mereka telah memberikan alamat pasangan itu.

Pasangan itu didenda RS1000 (Lebih kurang RM60) atas kesalahan tersebut.

Kisah sebenar bagaimana Guru,52 nikahi Anak Murid,18 (3 Gambar)

Posted By: TTO Admin - 26.3.15

Beberapa hari lalu tersebar gambar mengenai pernikahan antara guru lelaki berusia 52 tahun dengan anak muridnya yang telah berusia 18 tahun.

Melalui perkongsian seorang pengguna Whatsapp, Mohd Hisham mendedahkan anak murid yang dikahwini guru lelaki itu adalah kawan karib kepada anaknya di SMK Baling, di tempat dia mengajar.

Menurut Hisham lagi, disebabkan anak muridnya itu datang ke rumahnya untuk tidur bersama anaknya, maka dari situlah hati guru lelaki itu mula tersangkut(terpaut) sehinggalah kini telah berjaya memperisterikan anak muridnya itu.

Kisah ini sememangnya unik walaupun sebenarnya telah banyak perkahwinan yang berlaku di antara guru dan anak murid di Malaysia. Cuma tak dihebohkan seperti sekarang disebabkan kecanggihan teknologi pada masa kini.

Apapun marilah kita doakan agar perkahwinan guru dan anak murid ini diberkati dan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Aminnn.

Wednesday, 25 March 2015

Admin Group Whatsapp Ditikam Kerana Remove Ahli (Gambar)

Posted By: TTO Admin - 25.3.15

Screenshot gambar sadis seorang lelaki terlantar akibat ditikam dengan pisau di bahagian punggungnya tersebar di Media Sosial.

Kejadian yang berlaku di India itu berpunca apabila lelaki tersebut yang bertindak sebagai Admin Group Whatsapp telah mengeluarkan seorang ahli dari Group mereka. Mungkin akibat berang dengan perkara itu, ahli tersebut mengambil tindakan diluar jangka.

Kes ini mengejutkan ramai pengguna Whatsapp yang lain. Sudah tiba masanya Admin Group Whatsapp yang ada di Malaysia mengambil langkah berhati-hati ketika mengawal Ahli Group masing-masing. Mungkin selepas ini, perlu ada surat atau notis pemberitahuan awal sebelum mengambil tindakan mengeluarkan mana-mana Ahli Group. -TengokTVonline

Ibu ditahan, 2 kanak-kanak ditemui mati dalam penyejuk beku (Gambar)

Posted By: TTO Admin - 25.3.15

Seorang ibu ditahan di Detroit selepas dua daripada anaknya ditemui mati di dalam penyejuk beku, lapor BBC.

Pegawai menemui mayat seorang budak lelaki berusia 11 tahun dan seorang gadis berusia 14 tahun di dalam penyejuk beku itu.

Polis tidak dedahkan nama wanita itu tetapi berkata mayat-mayat itu dibungkus dalam beg plastik yang sama.

Dua lagi anak wanita itu yang berumur 11 dan 17, ditemui di rumah jiran dan diletakkan di bawah jagaan.

Laporan bedah siasat akan disediakan untuk menentukan punca kematian kedua-dua kanak-kanak itu.

Tori Childs salah seorang jiran dibawa keluar dari tempat kejadian. Foto AP

Ketua Polis, James Craig menggambarkan kejadian itu sebagai suatu “penemuan dahsyat”.

Salah seorang jiran, Tori Childs memberitahu Associated Press bahawa dia tidak melihat dua kanak-kanak yang mati itu selama setahun.

Menurut jiran-jiran, ibu berusia 36 tahun itu tinggal di sebuah pangsapuri sewa dan telah “melalui beberapa perkara”.

17 Gambar lokasi bangkai Pesawat Airbus A320 terhempas

Posted By: TTO Admin - 25.3.15

Perdana Menteri Perancis, Manuel Valls berkata sebuah helikopter sudah mendarat dekat serpihan pesawat Germanwings yang membawa 150 orang di pergunungan Alps Perancis dan mendapati tiada yang terselamat.

Cuaca di kawasan itu semakin buruk menjelang tengah hari, hujan dan sangat sejuk, katanya.

Seorang pegawai kerajaan tempatan pula memberitahu akhbar Echos, pesawat itu berkecai dengan serpihan terbesar adalah sebesar kereta.

Pesawat Airbus A320 milik Germanwings, syarikat penerbangan tambang rendah anak syarikat Lufthansa, yang membawa 144 penumpang dan enam krew terhempas di pergunungan itu selepas terputus hubungan dengan pusat kawalan udara Perancis pada jam 10.30 pagi pada ketinggian 6,000 kaki (1,828 meter).

Pesawat itu dalam perjalanan dari Barcelona, Sepanyol ke Duesseldorf, Jerman.

Sementara itu, Polis Perancis turut mengesahkan tiada yang terselamat dalam nahas itu dan menjangkakan usaha menyelamat mangsa akan mengambil masa beberapa hari kerana cerun gunung yang curam.

"Akan mengambil masa beberapa hari untuk mengeluarkan mangsa dan kemudian bangkai pesawat," kata pegawai polis Jean-Paul Bloy.

Mengikut polis setakat ini belum ada teori mengenai punca nahas itu.

Pihak berkuasa penerbangan Perancis berkata, juruterbang tidak membuat panggilan kecemasan dan hubungan radio terputus sekali gus menokok misteri kenapa pesawat itu kemudian tiba-tiba hilang altitud selama lapan minit sebelum terhempas.

Dalam pada itu, Germanwings berkata, Penerbangan 4U 9525 membawa 144 penumpang termasuk dua bayi dan enam krew. Mengikut pegawai, 67 warga Jerman termasuk 16 pelajar sekolah tinggi adalah antara penumpang.

Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Barcelona pada jam 10.01 pagi tetapi mula turun selepas mencecah paras penerbangan 38,000 kaki (11,582 meter). Ia terus turun selama lapan minit sebelum terhempas. - AP
















Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab