Friday 22 August 2014

Sayu - 2 Gambar Anak lelaki Co-Pilot MH17 sertai Solat Jenazah bapanya

Posted By: TTO Admin - 22.8.14


Beberapa gambar meruntun jiwa sesiapa yang melihatnya apabila anak kecil berusia 8 bulan ini turut bersama-sama dalam solat jenazah bapanya, Ahmad Hajimi Hanapi iaitu Pembantu Juruterbang MH17.

Ketika solat jenazah dilakukan, Abderrahman didukung oleh seorang rakan baik Allahyarham Ahmad Hajimi di saf hadapan. Rakan Allayarham dilihat tidak menahan sebak apabila turut mengalirkan airmatanya.

Abderrahman kehilangan bapanya yang menjadi mangsa korban nahas MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine, berdekatan sempadan Rusia pada 17 Julai lalu.

Semoga mangsa dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang beriman. Aminnnn...



KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab