Wednesday, 20 August 2014

2 Gambar Pegawai Bank & Suami suspek curi wang mangsa MH370 didedahkan

Posted By: TTO Admin - 20.8.14

FOTO Khairull Azry Bidin.

Kuala Lumpur: Seorang pegawai bank dan suaminya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur sebentar tadi, atas pelbagai tuduhan termasuk mencuri, memindah dan mengeluarkan wang serta menggunakan dokumen palsu membabitkan wang berjumlah RM110,643 milik empat mangsa nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370.

Tertuduh Nur Shila Kanan, 33, dan suaminya Basheer Ahmad Maula Sahul Hameed, 33, bagaimanapun mengaku tidak bersalah apabila pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mat Ghani Abdullah.

Nur Shila didakwa dengan 12 pertuduhan manakala Basheer yang bekerja sebagai mekanik, pula menghadapi tiga pertuduhan.

Mat Ghani kemudian membenarkan kedua-dua tertuduh masing-masing dijamin RM12,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan pasport milik mereka diserahkan kepada mahkamah.


Pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Fadhli Mahmud dan Muhd Ilmami Ahmad manakala tertuduh diwakili peguam Abdul Hakeem Aiman Mohd.

Mahkamah menetapkan pada 25 Ogos ini bagi sebutan kes. -Harian Metro

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab