Tuesday, 5 August 2014

5 Gambar kuku kanak-kanak reput gara-gara pakai Inai Homemade RM10

Posted By: TTO Admin - 5.8.14

Gara-gara menggunakan inai homemade yang dibeli berharga RM10, kuku kepada anak seorang pengguna Facebook, Puan Diela telah rosak, reput dan hampir tercabut. Beliau memuatnaik gambar-gambar bukti kesan kuku anaknya itu di laman Facebook peribadi beliau.

Kakak Ipar Puan Diela yang tidak berpuas hati telah mendapatkan jawapan daripada penjual inai jenama "Seduction Nail" itu. Jawapan yang diberikan amat memeranjatkan apabila bahan-bahan inai homemade tersebut adalah campuran sabun EXION, KAPUR dan Bahan Pewarna.

Ini luahan hati Puan Diela:
Salam semua... jauhi anak2 anda dengan inai mcm ni k... Ank sy pkai menagus xberhenti kesakitan... now kuku jd reput nk tercabut....kakak ipa sy berkeras tnya pd penjual dia ckp perkara biase rse denyut2...ank sy sakit sgt2 bpe jam dia menangis..dah basuh pun still sakit lg... kakak ipa sy tnya n marah penjual tu tnya isi kandungan inai tu,baru penjual bgtahu yg inai ni ade campuran sabun exion,kapur n bahan pewarna... hati2 ye kwn2.... sian ank sy terkena

Semoga para penggemar inai berhati-hati sekiranya membeli inai homemade. Jangan hanya kerana harganya yang murah sanggup mengambil risiko mencuba jenama yang tidak diketahui keberkesanannya.





KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab