Wednesday, 27 August 2014

Gara-gara marahkan handphone rosak, anak bakar rumah pusaka

Posted By: TTO Admin - 27.8.14

KUCHING - Gara-gara telefon bimbit tidak boleh dibaiki, seorang pemuda bertindak di luar batasan dengan membakar rumah pusaka peninggalan arwah ibunya dalam kejadian di Kampung Lereng Bukit di Miri kelmarin.

Ekoran kejadian pukul 9 malam itu, kira-kira 20 penghuni di dalam rumah yang dibina separuh konkrit tersebut tinggal sehelai sepinggang.

Turut musnah dalam kebakaran itu ialah sebuah kereta Perodua Kancil dan sebuah Toyota Wish milik penyewa di rumah tersebut. Seekor kucing peliharaan penghuni rumah itu juga nyaris mati rentung.

Bapa kepada lelaki yang berusia 27 tahun itu, Awang Chek, 63, berkata, sebelum kebakaran, dia bersama anak bongsunya itu pergi ke sebuah kedai telefon untuk membaiki telefon Samsung anaknya yang rosak namun pemilik kedai itu memaklumkan telefon tersebut tidak boleh diperbaiki.

"Anak saya hampa dan semasa dalam perjalanan pulang menunggang motosikal, dia sangat marah dengan mengeluarkan kata-kata ugutan termasuk mahu membakar rumah. -Kosmo Online

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab