Monday 20 October 2014

Punca sebenar kemalangan ngeri di Karak didedahkan saksi! (11 Gambar)

Posted By: TTO Admin - 20.10.14



Dua penunggang motosikal berkuasa tinggi maut manakala seorang lagi parah selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 25 Lebuhraya Karak kira-kira jam 11.15 pagi semalam. Berikut adalah Ringkasan Laporan kejadian ngeri tersebut:

*Punca kemalangan maut menurut saksi kejadian dan laporan polis.

Laporan Kemalangan Maut di
Zon Timur 1 (KL-Lanchang)

Tarikh : 19/10/2014 (Ahad)
Jam : L/kurang 1124 hrs.
Lokasi : KM 26.5(B).
Daerah : Gombak

Ringkasan Kejadian

-----------------

Pada 19/10/2014 jam lebih kurang 1124 telah berlaku satu kemalangan maut melibatkan 4 buah motorsikal berkuasa tinggi jenis superbike (jenis & no. pendaftaran tidak dikenal pasti) terbabas & terbakar & juga melibatkan 6 buah kereta - Toyota Camry, Toyota Vios, Honda City, P.Exora, P.Myvi & P.Alza.

Keterangan :

- 2 buah Superbike telah behenti di lorong tengah (trafik tersekat kerana kejadian lori melintang di KM 25.3WB) sebelum di langgar oleh sebuah lagi Superbike menyebabkan ketiga-tiga Superbike berkenaan terbakar bersama seorang penunggang & 2 org lagi penunggang tercampak & cedera parah. Sebuah lagi Superbike dipandu laju telah bergesel dgn Toyota Camry & Toyota Vios menyebabkan penunggang tersebut tercampak di bawah Toyata Honda City di lrg laju yg berhenti secara mengejut utk mengelak kebakaran tersebut, penunggang juga maut dilokasi & Superbikenya juga terbakar. Manakala P.Exora, P.Alza & P.Myvi telah berlanggar sesama sendiri ketika mengelak kemalangan berkenaan.

Butir -butir Mangsa (Si Mati)

-----------------

1) Penunggang M/sikal (Rentung) :
Nama: Zali bin Khalid(Maklumat penuh belum diperolehi)

2) Penunggang M/sikal (Mati)
Nama:Md Nizam bin Hanapiah (57 Thn)

2 lagi Penunggang M/sikal cedera parah dan dihantar ke Hospital Selayang untuk rawatan.


Di bawah pula komen saksi yang berada di tempat kejadian:

Liz Aam
 : Kemalangan berpunca dr lori yg melintang tgh jalan sbb tergelincir dr tow truck. Traffic jd perlahan dn sesak. Moto ni ditunggang laju bersama kumpulan big bike. Turun bukit trafic dh jd perlahan moto yg laju tak sempat brek menghentam belakang kereta yg berhenti. Moto kedua dtg langgar kete yg sama lalu terbakar. Motor ke 3 juga tak sempat elak pun jatuh juga. Kereta yg ada disitu dh cuba beri amaran utk perlahankn moto tp mrk dh tak sempat brek sbb terlalu laju. Saya berada dtmpt kejadian. Kejadian Selang beberapa kereta di belakang saje.. suami dpt mgelak dn masuk susur tepi sbb tau ada team moto masih byk di belakang. Saya tak sanggup tgk. Kesian mereka. Al fatihah.
Mie Sixthreesix : Kejadian ni disebabkan ada lori melintang jalan. Jln jammed. So diorg berlaga sesama sendiri sewaktu mengelak tu. X baik memampos kn org bro. Superbike ikut spec gear 1 dah boleh sampai 110km/j. Belum habis gear lagi. Kalau setakat 180 tu bukan berlumba bro. Santai2 aje tu. Just ride dihujung minggu. Kita pun sama2 drive kereta. Perlukan kami memampos kan org yg meninggal sbb kemalangan kereta ?? Kalau kamu mampu pakai supercar adakah kamu bawa kereta x lebih 110km/j ?? Sekarang bawak kereta biasa2 pun dah selalu kena speed trap kan?? Adakah kamu juga berlumba??? Komen pakai otak bro..











KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab