Thursday 9 October 2014

Update: Letupan bom di Bukit Bintang, 14 cedera!

Posted By: TTO Admin - 9.10.14
Berlaku letupan di Bukit Bintang pada awal pagi lebih kurang 4.35 am. Perkara itu turut disahkan sendiri oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah IPPPKL.

Walaubagaimanapun, butiran lanjut letupan masih tidak dapat diketahui. Namun menurut seorang pengguna twitter memuatnaik status kejadian letupan tersebut di mana sebuah kereta Alphard membawa bom ke sebuah kelab malam di Bukit Bintang.


Info Rasmi Berita Harian:
Seorang parah dan 14 lagi dilaporkan cedera dalam kejadian letupan di sebuah kompleks di Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada kira-kira jam 4.30 pagi tadi.

Setakat ini, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Gan Kong Meng mengesahkan letupan di Jalan Bintang, Bukit Bintang itu.

Sementara itu, empat kenderaan mewah mengalami kerosakan akibat terkena serpihan letupan terbabit
seorang Jokey didakwa mengalami kecederaan teruk pada bahagian muka

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab