Thursday 30 May 2013

Pekerja berumur 24 tahun meninggal dunia akibat bekerja lebih masa

Posted By: TTO Admin - 30.5.13
Seorang pekerja berumur 24 tahun di Beijing telah meninggal dunia selepas bekerja lebih masa selama sebulan untuk firma pengiklanan antarabangsa.

Li Yuan, seorang kakitangan di pejabat pengiklanan antarabangsa, Beijing, Syarikat pemasaran dan agensi perhubungan awam, Ogilvy & Mather, dilaporkan mengalami serangan jantung secara tiba-tiba pada 14 Mei.

Beliau yang bekerja lebih masa selama sebulan, tidak akan meninggalkan pejabat sehingga pukul 11:00 malam setiap hari, menurut Yangzi Evening News.

Li Yuan rebah ke lantai di pejabat beliau kira-kira pukul 5 petang.

Rakan sekerja beliau segera menelefon untuk bantuan dan pihat kecemasan telah bergegas membawa beliau ke Peking Union Medical College, di mana beliau telah disahkan mati.

Menurut laporan, doktor mengesahkan kematiannya adalah akibat serangan jantung secara tiba-tiba.

Status terakhir Li di laman Weibo, sejenis laman sosial seperti Tweeter, adalah gambar yang diambil sendiri olehnya ketika dia ingin meninggalkan pejabat untuk hari itu, status tersebut telah mendapat komen lebih daripada 15,000 kali.

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab