Monday, 27 May 2013

Cincin yang bersinar apabila didekati oleh pasangan

Posted By: TTO Admin - 27.5.13

Seorang lelaki berasal dari San Francisco, US telah berjaya mencipta sebuah cincin yang akan bersinar sebaik sahaja pasangan bagi wanita yang memakainya menghampiri cincin tersebut.

Jurutera Elektrik Kokes Ben, 36, telah menghabiskan beberapa bulan secara rahsia mereka cincin titanium tersebut untuk teman wanitanya, Julie.

Cincin tersebut mempunyai 23 batu, iaitu 13 batu berlian dan 10 batu nilam. Di dalam gelang cincin itu, Kokes telah menanam gegelung tembaga yang akan menyala apabila seseorang datang dekat menghampiri sejauh 4 inci dan seterusnya akan mendorong arus magnet yang bertentangan. Menurut NBC News.

Kokes telah merancang untuk melamar Julie ketika aktiviti pendakian mereka, tetapi telah dihalang oleh kabus yang tebal. Keadaan itu memaksa Kokes melamar Julie di sebuah kedai ais krim di San Francisco, di mana hasil ciptaannya bersinar seperti azimat.

"OMG, Sungguh luar biasa!" tindak balas Julie apabila Kokes memberitahu bahawa dialah yang membuat cincin itu.

Kokes telah mengemaskini rekaan cincinnya itu dan memastikan batu-batu yang ditanam akan lebih selamat.

Komen Admin : ROMANTIK GILER!

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab