Wednesday 29 May 2013

Kucing tengah berak punca Perlawanan Pahang VS JDT ditunda

Posted By: TTO Admin - 29.5.13
Pertemuan antara Johor DT dan Pahang yang sepatutnya bermula jam 8.45 malam gagal dimulakan mengikut jadual selepas lebih 7,000 penyokong kedua-dua pasukan memenuhi trek stadium sekali gus memaksa polis, PBNP, Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) dan FAM mengadakan mesyuarat tergempar untuk mencari jalan penyelesaian.

Selepas lebih dua jam tanpa kepastian, akhirnya pengumuman dibuat untuk menunda perlawanan itu apabila penyokong Johor DT di dalam stadium dilempar batu oleh penyokong Pahang yang berada di luar stadium.

Di sebalik kekecohan yang berlaku, terdapat kejadian lain yang menarik perhatian penonton. Seekor kucing telah membuat keputusan genting dengan bertindak berak di tengah padang! Menurut sumber, kejadian itu juga merupakan punca perlawanan Pahang VS JDT ditunda kerana kedua-dua pasukan tidak mahu mengambil risiko kasut bola mereka terkena tahi kucing tersebut. Apa dah jadi!

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab