Friday, 27 September 2013

Bini Mat Yo, Siti Aisya mohon maaf, minta henti cemuh suami

Posted By: TTO Admin - 27.9.13

Siti Aisya memohon maaf penyebaran rakaman video pergaduhan dengan pengawal keselamatan tersebar luas sejak Selasa lalu.


Siti Aisya nafi sebar video, mohon orang ramai henti cemuh suami

Kuala Lumpur: "Dengan rasa rendah diri, saya minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas tindakan saya sehingga menimbulkan kemarahan semua pihak.

“Saya percaya, kebenaran kes ini akan terbongkar. Tolong jangan hukum saya tanpa mengetahui apa yang berlaku,” kata Siti Aisya Adam, 24, isteri kepada pemain bola sepak negara, Norshahrul Idlan Talaha, ketika mengulas mengenai video dia bergaduh dengan pengawal keselamatan kini tersebar luas.

Ibu kepada seorang cahaya mata itu berkata, dia tidak tahu apa motif sebenar individu yang menyiarkan video berkenaan, sedangkan kejadian perselisihan faham berlaku pada 12 September lalu, namun video berkenaan baru tersebar sejak Selasa lalu.

“Saya tidak mengetahui mengenai penyebaran video ini sehingga dimaklumkan keluarga yang turut terkejut melihat insiden berkenaan. Apa motif individu itu menyiarkan video berkenaan. Adakah disebabkan suami saya pemain bola sepak negara?

Dua individu miliki video

“Ramai menyangka saya yang menyebarkan video berkenaan, namun di sini saya tegaskan, penyebaran video itu tiada kaitan langsung dengan saya. Apa yang saya boleh cakap, hanya dua orang yang memiliki video berkenaan, namun saya enggan dedahkan sebaliknya menyerahkan kepada pihak polis,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Siti Aisya yang tertekan susulan kejadian itu berkata, selepas tersebarnya video berkenaan, ramai yang marah dan mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya, namun mereka tidak mengetahui apa sebenarnya berlaku.


“Malah, masyarakat menuduh tindakan saya memalukan suami. Saya bukan seorang biadap, kejadian ini berlaku apabila individu lain mencabar saya sehingga menimbulkan kemarahan.

“Jujur saya katakan, saya hormat orang tua kerana kehilangan bapa sejak berusia 12 tahun. Tatkala masyarakat mencemuh saya selepas melihat video berkenaan, saya tidak mampu mempertahankan diri sebaliknya hanya mampu berdoa supaya kebenaran sebenar akan timbul,” katanya sambil menangis.

Insiden kekecohan membabitkan isteri kepada pemain bola sepak negara dengan pengawal keselamatan di Subang Skypark, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) mula tersebar secara meluas sejak Selasa lalu.

Rakaman selama 54 saat itu turut menampakkan wajah Nor Shahrul atau lebih dikenali sebagai Mat Yo, yang menyaksikan perang mulut antara isterinya dengan pengawal keselamatan terbabit, Azman Md Nayan, 49.

Tak terlintas saman

Siti Aisya turut meminta masyarakat tidak mencemuh suaminya disebabkan insiden membabitkan dirinya, sebaliknya Nor Shahrul tiada kena mengena dalam kes terbabit.

Ditanya sama ada beliau bertindak menyaman pengawal keselamatan itu, Siti Aisya menjelaskan tidak pernah terlintas untuk bertindak sejauh itu, sebaliknya peguam dilantik selepas video berkenaan mula tersebar. -BH

Artikel lain:

Adam AF2 sedia jadi bapa kepada dua anak tiri, mahu bercinta selepas kahwin

Posted By: TTO Admin - 27.9.13
Adam dan Fiza mahu bercinta selepas berkahwin.

SHAH ALAM: Penyanyi Mohd Aizam Mat Saman atau Adam sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai bapa kepada dua anak hasil perkahwinan pertama isterinya, pelakon Fiza (Elite) sebelum ini.

Adam, 30, berkata, dia menganggap perkara itu sebagai satu kelebihan kurniaan Allah dan bersyukur kedua-dua kanak-kanak tersebut cukup rapat dengannya.

"Mereka memanggil saya 'Abi' dan tidak pernah terlintas di fikiran saya untuk mengabaikan kebajikan mereka kerana mereka kini adalah anak saya juga.

"Saya juga tidak kekok menjaga kanak-kanak kerana sebelum ini sudah terbiasa menjaga adik-adik kerana perbezaan umur kami yang agak besar," katanya kepada mStar Online.

Adam dan Siti Zaidatul Fiza Abd Halim atau Fiza, 32, selamat bergelar suami-isteri dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis serba sederhana yang diadakan di dewan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) di sini pada pagi Khamis.

Adam menyerahkan RM300 sebagai mas kahwin kepada Fiza selain sepersalinan barangan solat sebagai hantaran.

Dalam perkembangan sama, Adam menjelaskan dia tidak berniat untuk menyorokkan majlis berkenaan daripada pengetahuan peminat dan media kerana merasakan dirinya sudah tidak popular.



Adam memberitahu dia sangat rapat dengan anak-anak tirinya dan mereka memanggilnya 'Abi'.


Malah Adam menafikan majlis itu dibuat secara tergesa-gesa sebaliknya ia telah dirancang awal manakala berita pernikahannya tersebar beberapa hari sebelum majlis berlangsung.

"Saya ingat tidak ada orang peduli pun saya hendak kahwin kerana merasakan diri sudah tidak popular dan hanya mahukan sebuah majlis sederhana sahaja.

"Kami juga berhasrat untuk memaklumkan perkahwinan ini selepas semuanya selesai," katanya.

Dalam pada itu, Adam berkata, dia tidak dapat menjelaskan secara khusus mengapa dia mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Fiza dalam masa yang singkat.

Bagaimanapun kata Adam, dia mengakui perasaan yang wujud terhadap wanita itu adalah cinta pandang pertama dan bersyukur Allah memudahkan jodoh mereka.

"Sejak bertemu kembali pada Ramadan lalu saya sering teringat-ingat akan dia dan apabila melakukan solat istikharah wajah Fiza muncul dalam mimpi saya.


"Saya yakin dia adalah jodoh saya dan Alhamdulillah Fiza juga mudah menerima saya walaupun perkenalan kami sangat singkat," jelasnya.

Tambah Adam, dia juga tidak akan menghalang jika Fiza ingin terus aktif berlakon namun perlu menjaga batas-batas sebagai seorang Muslimah.

Sementara itu, Fiza berkata, dia juga tidak dapat melafazkan secara lisan mengapa memilih Adam sebagai suami namun mengakui selesa apabila bersama pemuda itu.

Kata Fiza, anak-anaknya juga cukup menyenangi kehadiran Adam dan ia telah memudahkannya untuk membuat keputusan menerima Adam sebagai suami.

"Ini yang dikatakan jodoh dan saya sendiri tidak pernah menyangka akan menjadi isterinya namun saya berharap perkahwinan kedua ini akan kekal sehingga akhir hayat," jelasnya.

Bercakap mengenai anak, Fiza berkata dia menyerahkan soal itu kepada rezeki dan jika diizinkan dia mahu cepat menimang anak memandangkan usianya semakin meningkat.

Tambah Fiza, mereka berdua masih belum merancang lokasi berbulan madu kerana sibuk dengan tugas masing-masing.

Fiza yang kini sudah berhijrah dengan memakai tudung pernah berkahwin dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin pada 8 September 2006 dan bercerai pada 4 November 2010.

Hasil perkahwinan itu mereka mendapat dua orang anak iaitu Ferra Aryana, 5, dan Feeya Adyrra, 4.

Majlis persandingan pasangan itu akan diadakan pada pertengahan Oktober depan di kampung halaman Adam di Kota Kinabalu, Sabah. -Mstar

Artikel Berkaitan

Thursday, 26 September 2013

Lari dari lokasi : Fida Ibrahim dakwa pihak produksi fitnah. Adu pada SENIMAN

Posted By: TTO Admin - 26.9.13

Pelakon Rafidah Ibrahim tekad untuk membuat aduan kepada pihak persatuan SENIMAN yang menjaga kebajikan anak-anak seni berhubung isunya meninggalkan lokasi produksi telemovie Kampungku dan AidilAdha arahan Suhaimi Lua.

Tindakan itu dibuat kerana Rafidah Ibrahim yang mesra disapa sebagai Fida berasakan bahawa terdapat unsur fitnah di dalam dakwaan pihak produksi terhadap dirinya. Perkara itu telah dimaklumlan sendiri oleh pengurus Fida kepada portal murai.com.my.

"Ketika ini Fida dalam perjalanan ke pejabat SENIMAN bagi membuat aduan kepada persatuan tersebut kerana terdapat unsur fitnah dalam kenyataan yang dibuat Suhaimi Lua seperti yang terpapar dalam blog-blog hiburan hari ini.

"Fida telah membuat keputusan untuk mendapatkan bantuan dengan mengadu kepada pihak SENIMAN yang dirasakannya sebagai saluran yang betul untuk menjelaskan semua perkara ini.

"Penjelasan mengenai isu ini akan diberikan oleh Fida sendiri tidak lama lagi. Di harap tiada sebarang spekulasi yang memburukkan keadaan. Lebih baik kita tunggu penjelasan Fida berkenaan dakwaan ini,"ujar pengurusnya Shah ketika dihubungi tadi.

Pengarah, Suhami Lua dikatakan kesal dengan sikap tidak profesional pelakon berkenaan apabila Fida Ibrahim melarikan dari lokasi penggambaran tanpa sebab-sebab yang munasabah.

Atas sebab itu, Suhaimi tekad untuk tidak mengambil Fida berlakon lagi dalam mana-mana karya yang melibatkan pengarahannya. Menurutnya, Fida bukanlah pilihan utama tetapi dia hanya menurut permintaan produser. -Murai

Artikel Berkaitan: 


3 Gambar & Video sambutan ulangtahun perkahwinan Norman dan Memey yang ke 2

Posted By: TTO Admin - 26.9.13

Rumahtangga Norman Hakim dan Memey Suhaiza sudah memasuki tahun yang kedua. Menjelang tarikh ulangtahun mereka berdua, Memey telah merancang untuk membuat satu kejutan kepada suaminya yang baru balik dari shooting.

Majlis sambutan pada 24 September itu dibuat secara sederhana tapi tampak meriah dengan persediaannya dilakukan bersama rakan-rakan Memey.

Norman dan Memey sah menjadi suami isteri pada 24 September 2011 bertempat di Johor. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Mohamed Darwisz Hakim.

Nampaknya, segala kontroversi yang berlaku sebelum mereka disatukan 2 tahun lalu berakhir dengan happy ending. Semoga pasangan ini terus bahagia.



Video


6 Gambar sekitar Majlis Pernikahan Adam AF dan Fiza Elite. Tahniah!

Posted By: TTO Admin - 26.9.13

Selamat melayari bahtera perkahwinan buat Adam AF dan Fiza Elite. Hanya dengan sekali lafaz, Fiza sah menjadi isteri Adam. Majlis bertempat di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Shah Alam. Tahniah buat pasangan dua sejoli ini. Berikut gambar-gambar sekitar majlis perkahwinan mereka:




PENDAPATAN SAMPINGANHANYA DAFTAR SAHAJA DAH MASYUK


Kredit gambar MediaHiburan & Galaksi TV9.

Al-Fatihah : Bekas MB Kedah, Ustaz Azizan disahkan meninggal dunia

Posted By: TTO Admin - 26.9.13


Melalui akaun FB Naib Ketua Pemuda PAS Kedah, Dr Raja Iskandar AL-Hiss telah memuatnaik status yang mengesahkan bekas MB Kedah, Ustaz Azizan Abd Razak telah meninggal dunia sebentar tadi pada Jam 11.10 pagi  di Unit Rawatan Rapi (ICU) Sultanah Bahiyah, Alor Setar . Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman. Ayuh semua tidak kira perbezaan ideologi politik, kita bersama-sama mendoakan Allahyarham. AL-FATIHAH.

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab