Tuesday, 25 June 2013

Tahniah, Syura Juara Masterchef Selebriti Musim Ke 2

Posted By: TTO Admin - 25.6.13
Syura (Zuraidah Badron) - Juara Masterchef Selebriti Malaysia Musim ke 2


Syura Juara Masterchef Selebriti Musim Ke 2 – Tahniah kepada Syura,  atau nama sebenarnya Zuraidah Badron apabila  bergelar Juara Masterchef Selebriti Malaysia Musim 2. Syura berjaya mengalahkan pesaing sengit Celina.

Antara hadiah yang dirangkul oleh Syura ialah tiket percutian pergi dan balik ke Paris dan dana sebanyak RM60,500 yang diserahkan kepada  Breast Cancer Wellfare Association.

Dalam pada itu, Rozita Che Wan telah tersingkir dalam episod semalam namun berjaya mengumpul dana sebanyak Rm 10,000.

Berakhirlah sudah Masterchef Selebriti Malaysia Musim kedua yang mengambil masa 10 minggu!

Penjelasan JPA mengenai "Kenaikan Gaji Penjawat Awam bermula 1 Julai"

Posted By: TTO Admin - 25.6.13
e penyata gaji, kenaikan gaji tahunan 2013
Merujuk kepada artikel Berita Harian bertarikh 20 Jun 2013 bertajuk “Kakitangan Awam Naik Gaji 1 Julai”, didapati bahawa terdapat beberapa kenyataan berkaitan Pekeliling Perkhidmatan Bil 5/2013 (PP 5/2013) – Pemberian Pemindahan Gaji Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia adalah kurang tepat dan mengelirukan.

Penjelasan terhadap PP 5/2013 seharusnya menjelaskan bahawa eksesais ini adalah pemberian faedah pemindahan gaji dan bukannya eksesais kenaikan gaji. Amaun pemberian faedah pemindahan gaji ini adalah bersamaan dengan kadar satu Kenaikan Gaji Tahunan mengikut gred jawatan atau gred gaji masing-masing.

Selain itu, di perenggan akhir yang menyatakan “YAB PM dilaporkan berkata kenaikan satu tangga gaji itu akan dilaksanakan selepas mengambil kira kedudukan 182,434 penjawat awam yang berada di tangga gaji maksimum pada 2013 dan tidak menikmati kenaikan gaji tahunan” juga tidak menjelaskan maksud sebenar.

Sebenarnya, pemberian pemindahan gaji tersebut bersamaan dengan kadar satu Kenaikan Gaji Tahunan mengikut gred jawatan atau gred gaji masing-masing. Pelaksanaan ini adalah ekoran daripada keputusan kerajaan berkaitan kajian penambahbaikan skim perkhidmatan awam, penambahbaikan landasan kerjaya dan pembetulan kepada masalah struktur gaji yang akan diselesaikan sebelum 31 Disember 2013 bukannya disebabkan kedudukan seramai 182,434 pegawai berada di gaji maksimum pada tahun 2012 (bukan 2013 seperti yang dinyatakan pada fakta nombor dalam artikel).

Pasukan Komunikasi
Jabatan Perkhidamatan Awam Malaysia
21 JUN 2013

Sumber Bharian : Kakitangan Awam Naik Gaji 1 Julai
Sumber kenyataan JPA : Laman Web

Untuk Menyemak e penyata Gaji Penjawat Awam, hanya perlu ke laman web Jabatan Akauntan Negara (Klik disini) dan Pilih Butang E-Penyata Gaji & Laporan. Sistem yang cukup mudah.


*Penjawat awam seperti anak emas Kerajaan

UPDATE Jerebu 25/6/2013 : Hujan mula turun di beberapa kawasan

Posted By: TTO Admin - 25.6.13

Syukur Alhamdulillah, Beberapa kawasan yang mengalami jerebu akhirnya dituruni hujan. Berkat doa, solat Istisqa yang dilakukan oleh ramai rakyat Malaysia serta usaha seperti pembenihan awan yang dilakukan oleh 3 negara iaitu Indonesia, Malaysia dan Singapura akhirnya membuahkan hasil. 

Hujan adalah satu rahmat kepada rakyat Malaysia khususnya agar dapat menjalankan aktiviti normal seperti persekolahan beriadah dan bekerja. Dibawah adalah gambar yang admin dapat kumpulkan melalui rakan yang berkongsi keadaan hujan yang membasahi kawasan mereka. 

Shah Alam

Johor Bahru

IPOH

IPOH

IPOH

Update Jerebu 25/6/2013 : List kawasan yang mempunyai kualiti udara yang tidak sihat.

Posted By: TTO Admin - 25.6.13

Indeks Pencemaran Udara (IPU) di beberapa kawasan menunjukkan paras yang masih tidak selamat. Berikut beberapa kawasan yang mempunyai kualiti udara yang tidak sihat.

BERBAHAYA:
*Pelabuhan Kelang (484)
*Seri Manjung (333)

SANGAT TIDAK SIHAT:
*Shah Alam (291)
*Banting (266)
*Kuala Selangor (229)

TIDAK SIHAT:
*Petaling Jaya (199)
*Putrajaya (198)
*Jalan Pegoh Ipoh (193)
*Batu Muda (189)
*Tanjung Malim (179)
*Cheras (174)
*Nilai (168)
*Port Dickson (158)
*Taiping (154)
*Bukit Rambai (153)
*Jalan Tasek, Ipoh (148)
*Seremban (144)
*Jerantut (137)
*Muar (132)
*Bandaraya Melaka (131)
*Seberang Jaya Dua (128)
*USM Penang (118)
*Perai (117)
*Kemaman (112)

Kawasan-kawasan lain dilaporkan kualiti udaranya berada di paras sederhana dan baik. Pastikan anda memakai topeng jika keluar dari kawasan kediaman. Jika turun hujan di kawasan jerebu paras berbahaya, sangat tidak sihat, dan tidak sihat, elakkan terkena hujan tersebut kerana zarah yang terkandung berisiko mengundang hujan asid.

Langkah yang perlu diambil:


Sunday, 23 June 2013

Seorang Ibu ditahan kerana mewakili anaknya dalam peperiksaan

Posted By: TTO Admin - 23.6.13

Seorang ibu ditahan ketika cuba mewakili anaknya untuk mengambil peperiksaan Bahasa Inggeris .

Wanita Perancis berusia 52 tahun itu memakai make-up yang tebal, seluar jeans ketat dan kasut Converse ketika cuba masuk ke kelas untuk menggantikan anaknya yang berusia 19 tahun dalam peperiksaan tersebut

Setelah peperiksaan berjalan selama 2 jam, akhirnya pengawas peperiksaan menyedari akan kehadiran wanita tersebut dan telah menelefon pihak polis.

Wanita yang mahu dikenali sebagai Caroline D, mengaku dan mengatakan bahawa beliau mahu memastikan anaknya mendapat keputusan yang baik.

'Kejadian seperti ini boleh mengganggu calon lain dan boleh menyebabkan peperiksaan tersebut dibatalkan "kata jurucakap Bossuet Notre-Dame, sebuah sekolah di Paris.

Anak wanita itu ingin ke univesiti dan melanjutkan pelajaran dalam Sarjana Bahasa Inggeris.

Friday, 21 June 2013

Suami Isteri ditahan kerana membiarkan anak berumur 9 tahun memandu Ferrari

Posted By: TTO Admin - 21.6.13


Beberapa bulan yang lalu, video seorang kanak-kanak berumur 9 tahun memandu kereta Ferrari telah menjadi viral di Youtube. Ramai memberikan komen yang baik, tetapi turut menerima banyak kritikan mengatakan bahawa perbuatan itu tidak patut dan ibu bapa kanak-kanak tersebut meletakkan nyawa anak mereka dalam bahaya.

Mohammed Nisham, bapa kanak-kanak tersebut telah ditangkap oleh pihak polis atas dakwaan membiarkan anaknya memandu kereta justeru membahayakan nyawa anaknya. Beliau dibebaskan tidak lama selepas diikat jamin dengan 5,000 Rupiah (RM270).

Video itu telah dirakam oleh ibu kanak-kanak tersebut yang menunjukkan anaknya berumur 9 tahun sedang memandu Ferrari F430 bersama dengan adiknya berumur 5 tahun yang duduk di bahagian penumpang.

Bapa kanak-kanak tersebut mempunyai perusahaan tembakau yang berkembang maju dan perniagaan hartanah, dan dikatakan memiliki 18 kereta bernilai kira-kira RM12 juta.


Walaupun kereta Ferrari itu masih dalam tahanan polis, Ferrari itu dikatakan akan dikembalikan kepada keluarga Nisham selepas siasatan lanjut.

Sementara itu, ibu bapa kanak-kanak tersebut tidak berasa malu walaupun selepas kejadian itu.

"Saya berbangga dengannya. Dia telah memandu sejak berusia 5 tahun "kata ibunya, Amal Nisham.

Ibunya turut berkata anaknya itu juga telah memandu Lamborghini dan Bentley serta kereta-kereta mewah lain milik mereka. Menurutnya lagi, hari tersebut adalah hari jadi ke 9 tahun untuk anaknya dan anaknya telah telah meminta untuk membiarkan dia memandu kereta. Sebab itulah mereka membenarkan anaknya untuk berbuat demikian.

"Dia adalah seorang pemandu yang berhati-hati dan yakin," katanya. "Tidak mudah untuk seorang kanak-kanak mencapai apa-apa pencapaian sebegitu pada usia muda seperti dia" katanya.

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab