Thursday, 18 December 2014
Peristiwa Ajaib berlaku selepas amalkan Sedekah Subuh! (Wajib baca)
Posted By: TTO Admin - 18.12.14Alhamdulillah..saya akan mulakan sedekah subuh esok hari...nak tahu apa tu sedekah subuh...jom kta baca sama2..semoga Allah meluaskan rezeki kita semua..
FADILAT SEDEKAH SUBUH...
sememangnya kita hidup ini penuh dengan dugaan, dan banyak perkara yang menjadikan kita stres. masalah kewangan, kerja dan sebagainya.
bagi saya ...ingin sekali berkongsi pengalaman agar dapat menjadi salah satu jalan keluar bagi sahabat-sahabat di fb,whatapps
sedekah subuh ini telah lama kami (penulis dan group laksanakan) hampir 10 tahun lamanya, cuma baru-baru ini sahaja saya berani berkongsi dengan sahabat kerana sebaiknya amalan disembunyikan. Namun kerana ingin menjadikan perkara ini amal jariah kami, maka saya mewar-warkan di sini.
saya terbaca satu hadis hampir 10 tahun lalu tentang, malaikat keluar bersama mentari pagi dan mendoakan mereka yang bersedekah dengan limpahan rezeki dan mendoakan orang yang tidak bersedekah dengan ancaman kemusnahan harta benda dan laknat. Sangat menakutkan ketika saya membaca tulisan tersebut terus saya memulakan sedekah subuh keesokkannya.
oleh kerana zaman yang menuntut segala-galanya hendak pantas, maka sukar bagi kita yang bekerja hendak mencari fakir miskin atau anak yatim pada subuh-subuh hari sebagaimana Zainal Abidin (Sydina Ali) melaksanakannya di Madinah.
oleh itu, setiap pagi saya memasukkan wang ke dalam sebuah bekas kuih sebaik sahaja sudah solat subuh, dan apabila sampai masa 30 hari atau 40 hari saya akan serahkan kepada kakak saya untuk memasak sarapan pagi untuk diberi kepada anak yatim dan fakir miskin setiap hari. kami memberi makan hampir 30-40 orang fakir miskin sarapan pagi setiap hari sejak 10 tahun yang lalu dan kami telah menemui pelbagai PERISTIWA AJAIB yang tidak mampu saya ceritakan di sini.
sejak 4-5 bulan yang lalu saya telah mula menyebarkan amalan ini, dan pada hari Rabu lepas semasa saya di Kuching saya telah memberitahu rakan-rakan ketika makan malam, dan salah seorang dari mereka "pick up" apa yang saya katakan.
pada hari Jumaat, dia sibuk mencari saya di pejabat, kerana ingin mengucapkan terima kasih, kerana baru sahaja sekali dia melakukan sedekah subuh ini dia sudah dianugerahkan rezeki, iaitu menantunya mendapat pekerjaan.
tadi dia bercerita lagi, claim kerja luarnya sudah diperoleh sedangkan pada kebiasaanya claim akan mengambil masa satu tahun baru dibayar.
seorang lagi sahabat menyatakan, "apa yang aku tidak mintak pun dapat, sampai perkara yang aku fikir tak logik pun aku dapat" itulah kata-katanya...
seorang sahabat lain, mempunyai anak istimewa, dan anaknya kini sudah boleh bercakap....memanggil namanya IBU...setelah 5 tahun tidak mampu berkata-kata.
seorang sahabat lagi berkata, dia berasa sangat tenang, walaupun ada banyak masalah, tuntutan kerja dan sebagainya...tenang setenang-tenangnya. Ini adalah kali ke-10 dia memberikan sedekah selama hampir setahun.
CARANYA?...mudah sekali
pilihlah WAKTU yang paling AFDHAL....iaitu SELEPAS SUBUH DAN SEBELUM SYURUK..dan masukkanlah tak kira berapa sen/rm ke dalam tabung sedekah subuh itu, semasa hendak memasukkan wang itu berniatlah apa sahaja niat yang baik-baik untuk anda dan keluarga....dan masukkan ke dalam tabung itu sehingga genap sebulan, agihkanlah kepada mana-mana orang/badan yang memerlukan dan teruskan amalan itu seperti biasa. Bagi kumpulan saya, kami menyediakan sarapan pagi untuk anak yatim dan fakir miskin.
setiap ahli dalam rumah perlu mempunyai tabung sedekah subuh mereka sendiri, walaupun anak itu berusia 6 bulan...
seperkara lagi sekiranya kita out station,tetapi diteruskan dengan memasukkan duit sedekah subuh itu ke dalam wallet kecil atau sampul surat duit raya setiap subuh, selepas balik dari out station pindahkan duit dalam sampul duit raya tadi ke dalam tabung sedekah subuh kita...
Jom kita sama-sama amalkan
Credit to : kak Sharifah Fazilah....
Perkongsian dari kak noorul Via Kak Rosleena
Friday, 12 December 2014
Kemalangan ngeri dedah jari Ustaz yang maut dalam keadaan berzikir (5 Gambar)
Posted By: TTO Admin - 12.12.1412.12.2014- Kemalangan ngeri berlaku pada petang semalam di antara sebuah kereta dan motosikal di Simpang Tol Chenor.
Mangsa yang maut merupakan seorang ustaz yang mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Seberang, Temerloh, Pahang.
Namun satu perkara yang mengejutkan berlaku ketika kemalangan itu apabila gambar ustaz yang maut di tempat kejadian menunjukkan tangan kiri beliau seperti dalam keadaan tahiyat manakala tangan kanan beliau pula seperti sedang berzikir mengikut ruas jari.
Mungkin Ustaz dalam keadaan sebelum dijemput Ilahi masih sedar dan sempat mengingati Tuhan yang satu. Wallahualam...
Semoga Ustaz ditempatkan dikalangan orang yang beriman... Al-Fatihah
Gambar ini turut disedari oleh ramai pengguna media sosial yang lain.
Tuesday, 9 December 2014
Biodata Pilot wanita Airasia, Nur Hafizah Mohd Idrus cantik bertudung (5 Gambar)
Posted By: TTO Admin - 9.12.14Kecil kcil cili api. itulah yang boleh digambarkan kepada juruterbang wanita Air Asia X, Noor Hafizah Mohd Idrus. Susuk tubuhnya lansung tidak menggambarkan yang anak berusia 27 tahun ini seorang juruterbang jika tampil tanpa uniform lengkap. Walaupun pertemuan dengannya bukan berlansung di awan biru dan ini kali pertama kami bertemu dengannya, kelibatnya yang beruniform sudah dapat dikenal ketika muncul di Akademi Penerbangan Air Asia, Sepang.
Mula berkhidmat di Air Asia pada 2006 dan kini diletakkan di bawah Air Asia X sejak oktober 2010, Noor Hafizah sudah boleh berlapang dada kerana dengan izin Allah, dia kini kini sudah bergelar Kapten.
Semakin tinggi terbang, semakin luas pemandangannya melihat alam ciptaan Allah. Tidak hairanlah kecintaannya terhadap pencipta semakin utuh. Kerjayanya yang bertanggungjawab terhadap banyak nyawa menjadikan dirinya tidak pernah leka lebih lebih lagi untuk memenuhi kewajipan pada Yang Maha Esa. Pesanan ibu bapanya supaya tidak meningalkan solat sebaik melangkah ke dunia yang diimpikannya ini, juga sentiasa diingati.
Bekas pelajar Kolej Tunku Kurshiah ini tidak menafikan dia mengalami kesukaran untuk menunaikan rukun islam yang kedua ketika awal pembabitannya dalam dunia penerbangan. Dia mengalami masalah ketika ingin berwudhuk sewaktu bertugas dalam penerbangan, Bagaimanapun, masalah itu tidak dibiarkan begitu saja.
" Saya berjumpa dengan seorang ustaz. Dia memberikan saya panduan berwudhuk ketika berada di dalam kapal terbang. Saya diberitahu oleh ustaz tersebut bahawa kita masih boleh membasuh bahagian kaki tanpa perlu membuka kasut. Ini memudahkan petugas petugas kapal terbang yang sememangnya mempunyai masa yang terhad " ujar anak gadis ini menyusun bicara.
Solat Bukan Satu Bebanan.
Noor Hafizah, antara 17 juruterbang wanita di syarikat penerbangan tambang murah terbaik dunia ini mengakui tidak pernah menggangap solat sebagai satu bebanan. Baginya solat boleh dilakukan di mana mana sahaja dan itu atas kehendak kita sendiri untuk melakukannya atau tidak.
"Ada ruang untuk bersolat di dalam kapal terbang. Tambahan pula setiap penerbangan mempunyai dua juruterbang. Kita boleh bergilir gilir mengerjakan solat, makan, dan memasuki tandas " ujarnya yang segak berpakaian uniform..
Dia juga tidak mengalami kesukaran dalam menentukan arah kiblat. Pelbagai cara boleh digunakan untuk menentukan arah kiblat. Berbekalkan ilmu agam yang dimilikinya, semua itu dapat di atasi dengan mudah.
"Menentukan arah kiblat tidak menjadi masalah kerana kompas disediakan. Kita juga boleh menentukan kiblat berpandukan arah matahari terbenam. Lagipun, di dalam kenderaan yang bergerak, mana mana arah kiblat dibolehkan " akui Noor Hafizah. Tiada alasan bagi mereka untuk meninggalkan solat walaupun berada di awan biru. Penumpang pula boleh solat di tempat duduk sahaja. Ternyata Islam bukan agama yang menyukarkan.

Saat Saat Cemas.
Bagi juruterbang, cuaca dan angin merupakan faktor penting yang diambil kira dalam perjalanan ke destinasi. Apabila mengharungi hujan lebat dan angin kuat, ia menjadi saat paling mencemaskan bagi kebanyakan juruterbang.
" Pada masa itu, hujan turun dengan lebat di Kuala Lumpur. Langit lansung tidak nampak. Kapal terbang tidak boleh mendarat ketika itu. Namun ketika belajar dahulu, kami di ajar untuk tidak mempertaruhkan nyawa penumpang, setiap kali sebelum membawa penumpang terbang, seperti memandu kenderaan lain juga, saya membaca selawat serta doa minta dipermudahkan perjalanan " Noor Hafizah berkongsi amalannya, pada masa yang sama, dia mengakui pengalamannya tidaklah seteruk pengalaman sesetengah juruterbang yang lain.
Saat saat cemas tidak menghalang Noor Hafizah meneruskan kerjaya ini. Minat dan keseronokan "terbang" mengatasi segala galanya.

Sumber : Majalah Anis.
Monday, 8 December 2014
Pasangan suami Isteri dianggap berzina sepanjang perkahwinan mereka jika...
Posted By: TTO Admin - 8.12.14TAJUK : ZlNA AKAN BERTERUSAN WALAU PUN DAH DI IJABKABUL... BACA UNTUK PENGETAHUAN SENDIRI DAN PEDOMAN SEMUA. HIDUP SEBAGAI SEORANG BERNAMA ISLAM JANGAN TERUSAN DALAM KEJAHILAN.
Sesungguhnya, permasalahan ini berat. Perhatikan soalan 1 - 9.
Perkahwinan seumpama ini, Hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan untuk menutup malu. Bila dapat tahu anak "pregnant luar nikah", cepat cepat dikahwinkan.
Berdasarkan kenyataan tersebut, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila... Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama anda di sini kerana ianya amat penting:
Soalan 1: Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?
Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.
Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?
Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.
Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?
Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakan ayah kepada bayi yang dikandung itu.
Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan?
Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi,secara sah.
Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?
Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu tidak sah.
Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?
Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.
Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri?
Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.
Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim Dan seorang wanita Muslim (atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya?
Mereka mesti tinggal berasingan segera Dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.
Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?
Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.
Kesimpulannya: Ibu bapa, saudaramara, org2 kampung, tok2 imam, tok2 kadi Dan saksi-saksi yang tahu akan keadaan tersebut tetapi mendiamkan, membiarkan atau membenarkan pernikahan tersebut diteruskan maka mereka juga tidak terlepas daripada menanggung azab dan seksaan samada didunia atau pun diakhirat...
Tolong jangan abaikan text ini. Ini merupakan satu perkara yang serius. Jadi, fahami dan dalami betul-betul dan bincanglah dengan Imam/ustaz sekiranya perlu.
Mafhumnya: Katakanlah: 'Sesungguhnya sembahyangku Dan ibadatku, hidupku Dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara Dan mentadbirkan sekalian alam...
USTAZ ROSLI AL HAFIZ
Thursday, 4 December 2014
Luahan hati gadis cantik muka ditoreh penyamun
Posted By: TTO Admin - 4.12.14PASIR PUTEH 3 Dis. – Walaupun sukar menerima hakikat apabila melihat wajahnya kini mempunyai parut kekal, namun Nur Syafiqa Lah tetap reda menempuh dugaan tersebut.
Malah gadis berusia 22 tahun itu tetap bersyukur apabila tindakan nekadnya melawan penjenayah terbabit berjaya menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa rogol.
Sambil mengakui menderita dengan situasi yang menimpa, Nur Syafiqa berkata, demi menjaga kehormatan diri, dia terpaksa melawan penjenayah terbabit.
“Betapa sakit dan deritanya saya ketika itu apabila muka ditoreh dengan pisau oleh penjenayah itu. Muka saya ketika itu berlumuran darah.
“Bagaimanapun, kesakitan yang saya tempuh itu demi mempertahan maruah serta kesucian diri. Saya bersyukur kerana masih selamat,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima kunjungan Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin di kediamannya di Kampung Wakaf Berangan, Sri Aman di sini hari ini.
Dalam kunjungan tersebut, Mas Ermieyati turut menyampaikan sumbangan RM5,000 kepada mangsa selain memberi sokongan moral kepada gadis berkenaan.
Dalam kejadian Ahad lalu, seorang gadis menempuh pengalaman ngeri apabila mukanya ditumbuk dan ditoreh dengan sebilah pisau oleh seorang daripada dua penjenayah ketika cuba melawan suspek yang menceroboh rumahnya di Kampung Wakaf Berangan di sini.
Tambah Nur Syafiqa, keadaan wajah dan jari kiri serta kanannya masih berjahit dan kini dia fokus dengan mendapat rawatan susulan.
“Kejadian yang berlaku ini adalah detik hitam dalam hidup saya. Sehingga hari saya masih lagi trauma dan terbayang-terbayang saat-saat ketika berhadapan de-ngan penjenayah itu.
“Sukar untuk saya lupakan. Ia menjadi igauan ngeri dalam hidup saya. Pada masa ini saya perlu ketenangan dan ingin memulihkan kembali semangat,” katanya.
Sementara itu, Nur Syafiqa turut berharap penjenayah terbabit ditangkap dan dibawa segera ke muka pengadilan.
Katanya, hukuman berat perlu dikenakan kepada penjenayah terbabit sebelum wanita lain menjadi mangsa selepas ini.
“Saya minta suspek itu ditangkap segera oleh pihak polis. Hukuman yang berat perlu dikenakan sebagai pengadilan di atas kekejaman yang dilakukan terhadap saya dan ibu.” katanya.
Dalam pada itu, Nur Syafiqa mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak-pihak yang telah tampil memberikan sokongan dan bantuan termasuk kesediaan pihak Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) yang mahu menyediakan pakar pembedahan plastik bagi membantunya.
“Saya mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan Puteri UMNO yang sanggup menyediakan sesi kaunseling dan HUSM pula menyediakan pakar rekonstruktif bagi membantu memulihkan muka saya,” katanya. -Utusan
Wednesday, 3 December 2014
8 Gambar terbaru wajah Gadis Cantik ditoreh penyamun kini dibenarkan pulang
Posted By: TTO Admin - 3.12.14
Nur Syafiqa Lah,22, mangsa yang ditoreh dibahagian muka oleh penyamun yang masuk ke rumahnya di Pasir Puteh Kelantan kini dibenarkan pulang.
Ketua Puteri UMNO, Mas Ermieyati Samsudin pagi tadi yang datang melawat Syafiqa bagi memberikan sokongan moral kepadanya turut menghulurkan sumbangan sebanyak RM5000 untuk membantu meringankan kos rawatannya.
Subscribe to:
Posts (Atom)