Thursday, 5 February 2015

Status "Orang Perempuan Memang Degil" ini dapat 6,705 shares di Facebook!

Posted By: TTO Admin - 5.2.15
Status Puan NurulAa di Facebook ini dikongsi ramai pengguna media sosial terutamanya oleh kaum hawa. Baca lagi:

'Ukasyah. Day 1. Photo Puan NurulAa


Org perempuan memang degil

Org perempuan tak reti serik
Dah tahu morning sickness tu teruk, masih lagi nak mengandung

Org perempuan tak reti serik
Dah tahu perut besar tu berat dan menyakitkan pinggang, masih lagi nak mengandung

Org perempuan tak reti serik
Dah tahu masa mengandung susah nak tidur, masih lagi nak mengandung

Org perempuan tak reti serik
Dah tahu kulit tu nanti pecah2 sebab stretchmark, masih lagi nak mengandung

Org perempuan tak reti serik
Dah tahu sakitnya bersalin tu antara hidup dan mati, masih lagi nak mengandung

Org perempuan tak reti serik
Dah tahu sakitnya digunting dan dibelah ketika bersalin, masih lagi nak mengandung

Org perempuan tak reti serik
Dah tahu susahnya nak menjaga jahitan sambil buat aktiviti harian di dalam pantang, masih lagi nak mengandung

Org perempuan tak reti serik
Dah tahu malam tak boleh tidur dgn lena dan aman bila ada anak kecik yg menyusu, masih lagi nak mengandung

Tapi itu lah org perempuan. Kalau Allah selitkan rasa 'serik' dalam hati org perempuan, maka tak bertambahlah umat manusia, semakin ramai lah isteri nusyuz kepada suami.

To all beautiful woman out there, you are mentally strong, even stronger than men. Chin up, smile and live your life to the fullest. Never give up. When you ever feeling down and so tired of life, just remember that Allah is there and He will never forget.

Kepada para suami yg budiman, kalau sekali sekala isteri tersayang anda menyakitkan hati, maafkan lah dia, sebab org perempuan memang 'degil'. Hehehe.

From a mother to the mothers 

Wednesday, 4 February 2015

3 Gambar Pesawat TransAsia Airways bawa 58 penumpang terhempas di Taiwan

Posted By: TTO Admin - 4.2.15


Pesawat ATR-72 milik TransAsia Airways terhempas di Sungai Keelung di Taiwan selepas berlepas dari Lapangan Terbang Taipei Songshan menuju ke Lapangan Terbang Kinmen.

Pesawat itu membawa 58 penumpang. 48 orang penumpang sudah berjaya dikeluarkan dan dibawa ke hospital terdekat manakala 10 penumpang lagi masih terperangkap didalam pesawat.

Sehingga ke saat ini, belum ada laporan kehilangan nyawa berlaku.




12 Gambar 'Ibu' berumur 21 tahun viral di Media Sosial

Posted By: TTO Admin - 4.2.15


Seorang wanita muda yang baru berusia 21 tahun menjadi bualan hangat pengguna media sosial apabila memuat naik gambar mendodoi dan menyusukan bayi di akaun peribadi miliknya.

Ramai yang terkejut kerana selain mempunyai wajah yang menawan dan dalam usia sebegitu sudah bergelar seorang ibu.

Vicky Chen yang berasal dari Taiwan mempunya 230,000+ jumlah pengikut  dan sering mendapat banyak likes apabila dia memuat naik status ataupun berkongsi gambarnya yang agak mencolok mata.

Walaubagaimanapun, Vicky menjelaskan bahawa bayi itu bukanlah anaknya sebaliknya hanya menjadi penjaga kepada bayi tersebut.









Tuesday, 3 February 2015

Wajah dan punca Gadis UiTM dikelar didedahkan

Posted By: TTO Admin - 3.2.15

Melalui Utusan Online, Nursyuhada Johari, 20, seorang Mahasiswi UiTM Pulau Pinang yang maut dikelar di dalam kereta Proton Perdana dipercayai berpunca daripada masalah hubungan cinta dengan suspek yang juga dipercayai teman lelakinya.

Dalam kejadian lebihkurang pukul 12 tengah hari di Lebuh Raya PLUS dekat Bukit Gantang, saksi melihat seorang wanita keluar dari tempat duduk pemandu dan terjatuh ke atas lebuh raya. Seorang penumpang lelaki(Suspek) kemudian keluar dan cuba menarik gadis terbabit ke kiri jalan.

Sementara itu menurut saksi kejadian lain yang merupakan ejen insurans, dia mendengar suspek berkata ‘tak mampus lagi ke?’ selepas ternampak seorang perempuan keluar dari tempat pemandu kereta Proton Perdana di lorong kiri lebuh raya,


Katanya, selepas itu dia melihat seorang lelaki keluar dari kereta dan menarik mangsa ke tepi besi penghadang lalu melarikan diri ke dalam hutan berhampiran.
Lelaki itu kemudiannya kembali ke tempat kejadian dan mengambil telefon bimbit di dalam kereta. Suspek menelefon seseorang sambil meminta maaf dengan berkata dia telah buat silap. Dia kemudian melihat mangsa sambil berkata: “Dia belum mampus ke?,” katanya. Suspek dipercayai menghubungi ahli keluarganya dan memberitahu perbuatannya itu. Menurut saksi itu lagi, lelaki tersebut kemudian cuba melarikan diri ke dalam hutan semula tetapi berjaya diberkas oleh orang ramai.
Sebelum kejadian tersebut, seorang ahli keluarga yang enggan dikenali mengatakan suspek menaiki kereta ke kawasan kampus dan menghunus pisau kepada mangsa dan memaksa Nursyuhada mengikutinya, kira-kira jam 11 pagi semalam.
"Beberapa rakan yang melihat kejadian itu melarang mangsa mengikut lelaki itu. Begitupun, mungkin ketika kejaidan dia berfikir boleh menenteramkan suspek.

"Sebelum ini Nursyuhada memang mengenali suspek, mungkin kerana itu dia mengikuti walaupun diugut dengan pisau. Katanya (Sumber: Berita Harian. m/s12 3/2/2015)
Polis tidak menolak punca sebenar kejadian adalah masalah percintaan. Walaubagaimanapun, ahli keluarga Nursyuhada menafikan perkara itu walaupun mengetahui Nursyuhada mengenali suspek berkenaan.

Suspek kini ditahan dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Monday, 2 February 2015

Cerita Sebenar kejadian Gadis dikelar teman lelaki dalam kereta (2 Gambar)

Posted By: TTO Admin - 2.2.15

Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun maut dikelar teman lelakinya di dalam sebuah kereta di Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Bukit Gantang, di sini.

Nur Syuhada Johari, pelajar tahun satu Universiti Teknologi Mara (UiTM) Permatang Pauh, meninggal dunia di Hospital Kuala Kangsar kira-kira jam 2 petang tadi selepas dipercayai dikelar di bahagian leher oleh teman lelakinya dalam kejadian di Kilometer 228.2 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah Selatan di Bukit Gantang.

Saksi, Md Ikhbal Ahmad berkata, dalam kejadian jam 11.55 pagi itu, dia yang dalam perjalanan dari Pokok Assam ke Ipoh telah melihat sebuah kereta jenis Proton Perdana warna hitam diletakkan di bahu jalan lebuh raya.

Menurutnya, seorang perempuan dilihat keluar dari kereta terbabit melalui pintu pemandu dan kemudian jatuh di atas jalan.

“Dalam masa yang sama, kelihatan seorang lelaki turut keluar dari kereta berkenaan dan menarik mangsa ke bahagian tepi besi penghadang jalan.

“Namun selepas itu, lelaki berkenaan bertindak melarikan diri dan masuk ke hutan,” katanya dalam kenyataan kepada pasukan penyiasat hari ini.

Saksi bersama beberapa orang awam yang berhenti melihat kejadian tersebut mendapati ada kesan kelar pada leher mangsa dan tidak lama selepas itu kelihatan lelaki berkenaan muncul semula dan terus membuka pintu kereta dan mengambil sebuah telefon bimbit.

“Kedengaran lelaki berkenaan telah menelefon seseorang dan berkata, “minta maaf dan dia telah buat silap”,” katanya.

Mengulas lanjut, saksi berkenaan berkata, dia juga agak terkejut selepas mendengar lelaki berkenaan mengeluarkan kata-kata ‘’Dia tak mampus lagi ke?”



“Orang ramai yang berada di tempat kejadian juga mula curiga dengan lelaki berkenaan dan bertindak memukulnya lalu menyerahkannya kepada polis peronda yang sampai di tempat kejadian,” katanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping, Superintendan Ismail Che Isa mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit.

“Siasatan awal mendapati suspek berusia 25 tahun itu disyaki mempunyai masalah mental dan telah berkawan dengan mangsa.

“Dalam masa yang sama, polis turut menjumpai sebilah pisau lipat yang dibuang mangsa di bawah bukit tepi lebuh raya.

“Suspek telahpun ditangkap dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Suspek dilaporkan berusia 25 tahun dan bekerja di Melaka. - MalaysiaGazette

Punca lelaki berlari dalam keadaan separuh bogeI didedahkan (Gambar)

Posted By: TTO Admin - 2.2.15
Segamat: Orang ramai yang berurusan di sekitar Jalan Ros, di sini, semalam gempar apabila melihat seorang lelaki berlari dalam keadaan separuh bogeI sebelum masuk ke dalam sebuah teksi sedang parkir dan menguncinya.
Saksi kejadian yang juga pemandu teksi dikenali sebagai Tan, 50-an berkata, dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, dia bersama beberapa rakan pemandu lain berada di hentian teksi berhampiran sebuah pusat beli-belah sambil menunggu pelanggan.

Menurutnya, kemudiannya dia ternampak seorang lelaki yang hanya memakai seluar daIam tanpa baju berlari sambil dikejar sekumpulan lelaki.

Suami kejar lelaki ditemui bersama isterinya di sebuah hotel

Katanya, apabila tiba di hentian teksi itu lelaki berkenaan bertindak masuk ke tempat duduk belakang kenderaan rakannya dan mengunci pintu.

Kemudiannya dia didatangi seorang lelaki berusia 30-an yang turut membawa sebatang besi paip dan mendakwa lelaki dikejar itu membuat onar dengan isterinya di sebuah bilik hotel berhampiran. -Hmetro

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab