Tuesday, 1 October 2013

Jangan terpedaya individu mengaku Izzue Islam tipu pembeli jual telefon bimbit

Posted By: TTO Admin - 1.10.13

CYBERJAYA 1 Okt. - Pelakon popular, Izzue Islam menasihati orang ramai khususnya peminat agar tidak terpedaya dengan mana-mana pihak yang menyalahgunakan namanya.

Jelas pelakon berusia 24 tahun itu, sejak bulan Ogos lalu, pihaknya mendapat tahu ada individu tidak bertanggungjawab menipu orang ramai melalui perniagaan menjual telefon bimbit.

Mangsa penipuan individu yang mengaku sebagai Izzue Islam

"Saya tahu ada beberapa wanita yang telah jadi mangsa penipuan individu tersebut di laman sosial instagram.

"Oleh sebab itu, saya berharap orang ramai agar berhati-hati agar tidak menjadi mangsa penipuan individu terbabit," katanya.

Izzue berkata demikian sewaktu sidang akhbar filem Hantu Tok Mudim terbitan syarikat produksi Showbiz Sdn. Bhd. di sini hari ini. - UTUSAN

#Takkan lah artis tengah top jual telefon bimbit

8 Gambar Black dan isteri berbulan madu di Korea Selatan

Posted By: TTO Admin - 1.10.13
Black yang baru sahaja melansungkan perkahwinan dengan isteri, Naquia Yasirah pada 13 September 2013 telah merancang percutian bulan madu di Korea Selatan di samping menjalankan pengembaraan program romantika. Dibawah merupakan beberapa gambar mereka yang dikongsikan kepada peminat.
Black dan Isteri berada di Seoul Tower



Credit Gambar - Beautifulnara.com


Gempar! 2 Gambar Ancaman BOM di Bangunan Yayasan, Kuala Terengganu

Posted By: TTO Admin - 1.10.13




Satu panggilan ancaman BOM telah diterima oleh Pihak Polis Kuala Terengganu  pada jam 1.55 Petang tadi yang bertempat di Bangunan Yayasan, Kuala Terengganu, bersebelahan dengan IPK Kuala Terengganu. Pihak polis telah menghantar anggota dan jentera ke tempat berkenaan dan menggunakan robot pengesan BOM seperti dalam gambar. Ancaman BOM tersebut adalah pertama kali berlaku di Negeri Terengganu. -TTO

Stok 80 ekor ayam dipercayai sudah busuk punca keracunan makanan

Posted By: TTO Admin - 1.10.13

ALOR SETAR: Jabatan Kesihatan Kedah sudah menghantar sampel najis mangsa keracunan makanan ke Makmal Kesihatan Awam Sungai Buloh untuk kajian virus.

Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam), Dr Hayati Mohd Radzi juga berkata, stok ayam kedua sebanyak 80 ekor dipercayai sudah busuk dan menjadi punca kejadian keracunan makanan. -Hmetro


Penerbit mahu Fida mohon maaf jika tidak mahu disaman dan disekat baki gaji

Posted By: TTO Admin - 1.10.13


PETALING JAYA: Konflik di antara produser drama Kampungku dan Aidiladha iaitu Hazmimi Johar dengan Fida Ibrahim masih belum reda apabila penerbit itu menuntut pelakon berkenaan memohon maaf jika ingin masalah yang berlaku dapat diselesaikan.

Hazmimi yang juga Presiden Persatuan Pertubuhan Kebajikan Artis-Artis Pelapis (PERKAP) berkata, sekiranya pelakon itu tidak berbuat demikian, pihaknya akan mengambil tindakan mahkamah selain akan menyekat baki 50 peratus bayaran lakonannya.

"Pihak kami memberikan tempoh kepada Fida untuk membuat permohonan maaf. Tidak kisahlah dengan cara apa sekali pun, bertulis mahupun dalam bentuk lisan.

"Jika tiada respons atau dia enggan berbuat demikian, kami akan mengambil tindakan undang-undang dan menahan baki wang gajinya," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Isnin.

mStar Online pada Khamis lalu melaporkan penerbit drama berkenaan kesal dengan sikap pelakon itu yang telah menimbulkan masalah termasuklah meninggalkan set penggambaran di Baling, Kedah pada 22 September lalu.

Pelakon Kampungku dan Aidiladha dari kiri; Syafiq Kyle, Zalif Sidek, Shuhaimi Lua (pengarah), Ameera Rusly, Razak Ahmad dan Aidil Aziz.

Pelakon itu berbuat demikian gara-gara tidak berpuas hati dengan adegan akhir telefilem berkenaan apabila terdapat skrip yang dikatakan cuba menyindirnya selain kegagalan pihak produksi memastikan aspek keselamatan ketika penggambaran di hutan.

Kontroversi yang berlaku itu menyebabkan Fida membuat laporan kepada Biro Pengaduan, Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) bagi menjelaskan perkara sebenar.

Dalam pada itu Hazmimi berkata, pihak Seniman sudah berjumpa dengannya pada Ahad lalu yang turut disertai oleh pengarah Shuhaimi Lua Abdullah untuk mendapatkan gambaran mengenai kes berkenaan.

Katanya, persatuan tersebut mahu pihaknya dan Fida menyelesaikan masalah berkenaan dengan baik tanpa melibatkan saman-menyaman.

"Saya telah berjumpa dengan pihak Seniman dan mereka mahu kami menyelesaikan masalah dengan cara baik. Sebab itu kami beri tempoh masa pada Fida untuk memohon maaf kepada kami.

"Lebih-lebih lagi banyak fakta yang tidak benar dia nyatakan kepada pihak media dan ia tidak adil buat kami. Saya telah pun menunjukkan bukti-bukti kepada Seniman sebagai rujukan mengenai sikap Fida," tuturnya.

Telefilem Kampungku dan Aidiladha diterbitkan oleh Langkah Karya Sdn Bhd untuk siaran sempena Hari Raya Aidiladha di TV3.

Selain Fida, drama tersebut turut dilakonkan oleh Zalif Sidek, Razak Ahmad, Syafiq Kyle, Ameera Rusly dan Aidil Aziz. -Mstar

3 Maut keracunan makanan selepas makan ayam masak merah di kenduri kahwin

Posted By: TTO Admin - 1.10.13
Mangsa keracunan makan sedang mendapatkan rawatan di Hospital Yan.

ALOR SETAR, 30 Sept (Bernama) -- Tiga orang dipercayai keracunan makanan selepas menghadiri satu majlis kenduri kahwin di Tanjung Dawai, Merbok, Sabtu lepas meninggal dunia hari ini.

Mereka ialah pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Gombak, Nurshazana Mohd Rashid, 24, dari Kampung Tempoyak, Bedong, meninggal dunia kira-kira pukul 12.45 tengah hari; Mohammad Norraahmad Yusof, 11, dari Kampung Singkir Laut, Yan meninggal dunia 15 minit selepas itu.

Seorang lagi dikenali sebagai Ibrahim Mohamad, 62, berasal dari Alor Jejawi, Kuala Besut, Terengganu, meninggal dunia di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani kira-kira pukul 6.30 petang ini.

Nurshazana yang baru tamat latihan amali disahkan meninggal dunia di HSAH manakala Mohammad Norraahmad di Hospital Yan.

Mangsa, Rozita Sharif, sedang menerima rawatan di Hospital Yan. Gambar-Sinarharian
Isteri Ibrahim, Kamariah Abu Bakar, 56, (kanan) sedang menunggu jenazah suaminya di HSAH. -FOTO SINAR HARIAN Oleh SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA

Pihak Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar memberitahu wartawan yang menunggu di hospital itu, jenazah Nurshazana dan Mohammad Norraahmad dihantar ke HSB petang ini untuk bedah siasat.

Menurut Hairul Azahar Harun, 33, Nurshazana yang merupakan sepupunya mengadu sakit perut selepas pulang makan kenduri di rumah sepupu mereka di Tanjung Dawai tiga hari lepas.

Beliau yang ditemui di HSB berkata ibu tiri Nurshazana serta dua adiknya, lelaki berumur 8 tahun dan perempuan berumur 10 tahun juga keracunan tetapi tidak serius.

"Nurshazana ditemui anggota keluarganya tertiarap dalam bilik tidurnya pagi ini lalu terus dibawa ke HSAH untuk mendapatkan rawatan. Bagaimanapun dia disahkan meninggal dunia di hospital itu," katanya.

Hairul Azahar berkata Nurshazana anak ketiga dari tujuh beradik berada dua hari lebih awal di rumah sepupu mereka sebelum kenduri berlangsung. Jenazahnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tempoyak malam ini.

Ibu Mohammad Norrahmad, Norma Khalid, 45, yang ditemui di HSB berkata anak bongsu dari lima beradik itu mengikuti suaminya, Yusof Arifin, 50 ke majlis kenduri tersebut Sabtu lepas.

"Mereka makan ayam masak merah di rumah kenduri. Malamnya mereka mengadu sakit perut. Apabila keadaan anak saya semakin teruk hari ini, kami bawa dia ke Hospital Yan. Dia tidak sedarkan diri sebaik tiba dan disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 1 tengah," kata Norma.

Beliau berkata jenazah anaknya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Singkir, esok.

Sementara itu Bernama difahamkan keluarga Allahyarham Ibrahim membawa balik jenazahnya ke Besut petang ini untuk dikebumikan.- BERNAMA

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab