Melalui Utusan Online, Nursyuhada Johari, 20, seorang Mahasiswi UiTM Pulau Pinang yang maut dikelar di dalam kereta Proton Perdana dipercayai berpunca daripada masalah hubungan cinta dengan suspek yang juga dipercayai teman lelakinya.
Dalam kejadian lebihkurang pukul 12 tengah hari di Lebuh Raya PLUS dekat Bukit Gantang, saksi melihat seorang wanita keluar dari tempat duduk pemandu dan terjatuh ke atas lebuh raya. Seorang penumpang lelaki(Suspek) kemudian keluar dan cuba menarik gadis terbabit ke kiri jalan.
Sementara itu menurut saksi kejadian lain yang merupakan ejen insurans, dia mendengar suspek berkata ‘tak mampus lagi ke?’ selepas ternampak seorang perempuan keluar dari tempat pemandu kereta Proton Perdana di lorong kiri lebuh raya,
Katanya, selepas itu dia melihat seorang lelaki keluar dari kereta dan menarik mangsa ke tepi besi penghadang lalu melarikan diri ke dalam hutan berhampiran.
Lelaki itu kemudiannya kembali ke tempat kejadian dan mengambil telefon bimbit di dalam kereta. Suspek menelefon seseorang sambil meminta maaf dengan berkata dia telah buat silap. Dia kemudian melihat mangsa sambil berkata: “Dia belum mampus ke?,” katanya. Suspek dipercayai menghubungi ahli keluarganya dan memberitahu perbuatannya itu. Menurut saksi itu lagi, lelaki tersebut kemudian cuba melarikan diri ke dalam hutan semula tetapi berjaya diberkas oleh orang ramai.Sebelum kejadian tersebut, seorang ahli keluarga yang enggan dikenali mengatakan suspek menaiki kereta ke kawasan kampus dan menghunus pisau kepada mangsa dan memaksa Nursyuhada mengikutinya, kira-kira jam 11 pagi semalam.
"Beberapa rakan yang melihat kejadian itu melarang mangsa mengikut lelaki itu. Begitupun, mungkin ketika kejaidan dia berfikir boleh menenteramkan suspek.Polis tidak menolak punca sebenar kejadian adalah masalah percintaan. Walaubagaimanapun, ahli keluarga Nursyuhada menafikan perkara itu walaupun mengetahui Nursyuhada mengenali suspek berkenaan.
"Sebelum ini Nursyuhada memang mengenali suspek, mungkin kerana itu dia mengikuti walaupun diugut dengan pisau. Katanya (Sumber: Berita Harian. m/s12 3/2/2015)
Suspek kini ditahan dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
KONGSI
& Komentar
Tweet