Friday, 20 February 2015

Kisah sayu sahabat sejati selamanya Satish dan Amin

Posted By: TTO Admin - 20.2.15

Luahan hati Satish terhadap sahabat sejatinya, Arwah Muhammad Amin membuatkan ramai tersentuh dan menangis setelah membacanya. Walau berbeza warna kulit, kaum & agama, Inikah yang dinamakan erti persahabatan sebenar? Baca lagi:
Semalam masa sya scroll ig (Instagram) terjumpa satu pic ni tapi tertarik nak stalk sampai laa saya jumpa ig Satishganesh ni sahabat baik arwah muhammad amin yang telah meningal dunia 2 minggu lepas. Terbaca caption yang sangat menyentuh hati. Sedihnyaaa walaupun berlainan bangsa tetapi ikatan persahabatan mereka kukuh . Kadang terfikir di dalam ribuan kawan siapa yang betul2 menjadi sahabat kita ? Semoga tenang disana. Al - fatihah (NorWalilah)



Muhammad Amin B. Sharudin
Tido dengan nyenyak ekh sayang, aku sangat merindui dirimu, rindu nak degar suaramu! Seorang kawan yang sejati seperti dirimu amat sukar ditemui, ameen, aku tak sangka kaw pergi dulu meen, tapi aku ingat lagi bila ada org tanye kat kaw, kenapa xpilih kaum sendiri untuk berniaga, dan kaw jawab, "bang, dy ni yang terbaik bang, hidup mati saya dengan dy" dan bila kita merancang sesuatu, mesti kaw akan libatkan aku, dan kaw nak aku ada dalam semua group Whatsapp yang kaw ada. Apa2 kita buat mesti sama2 kan meen, nak beli kasut sama, baju sama, makan pon makan benda yang sama, indahnya meen hari2 yang kita bersama, dan aku ingat lagi, kaw cakap dengan aku jaw harap tahun jadi tahun yg terbaik untuk kita, tapi kaw pergi dulu kan, tapi takpa meen, aku tahu disebalik semua ni ada hikmah, tuhan nak tunjuk something kat kita meen, walau kaw xda kat sisi, tapi kaw sentiasa dihati meen, apa2 yang ak buat, aku akan pk kaw, baik buruk, dan semua nasihat kaw jangan kaw bagi aku selama ni, akan terpahat dalam hati ni meen, rindunya meen dengan senyuman kaw! Meen, aku janji meen, aku akan cuba sedaya upaya untuk jaga semua org yang kaw sayang, keluarga dan kawan2, walaupon aku xboleh ganti tempat kaw aku buat yang terbaik untuk mereka meen, kaw tengok2 lah aku meen ekh, apa yang kita mulakan jangan risau meen, akan ku teruskan perjuangan, itu perjuangan kita yang kate nak bjaya, aku yakin aku boleh meen! Loveyou meen!
#‎ameensharudin #‎satishganesh #‎wonderboibrothers #‎wonderboi47 #‎superboi #‎superboibrothers #‎friendship

Sahabat Ameen, kaw lebih dari seorang sahabat! Aku masih lagi perfikir apa yg tuhan cuba tunjukkan kan kat kita meen, walau jasad kaw xda di sisi kami di dunia, tapi aku yakin meen, kaw berada bersama kami, kini aku boleh terima hakikat yang kat sudah tiada bersama kami, tetapi sayang, aku belum cukup kuat lagi untk lalui rintangan2 yg sedang aku lalui, berat bila aku lalui seorang diri. Aku sedang cuba yg terbaik untuk menjaga org yang kaw sayang meen, sebab itu tanggungjawab aku sebagai sahabat kaw, dan keluarga kaw menjadi keutamaan aku, aku akan pastikan mereka tidak susah meen, dan aku akan membantu mereka dalam semua pekara, kerana ini tanggungjawab aku sebagai seorang sahabat, persahabatan ini bukan sahaja diantara kita, malah keluarga, bila kita berkawan dengan seseorang itu secara x langsung keluarga kawan kita menjadi keluarga kita, dan kini, aku telah mengangap keluarga kaw mcm keluarga aku sendiri, aku ingin berubah, berubah menjadi seorang insan yang baik, dan jikalau giliran aku pula menghembuskan nafas terakhir, aku ingin disayangi oleh ramai seperti beliau. Ameen, janji aku, selagi aku bernyawa, selagi aku bernafas persahabatan kita masih erat! Persahabatan ini hanya akan berakhir bila nadi jantungku berhenti buat selama2 nya. Semoga kaw tenang disana, dan semoga kaw ditempatkan dikalangan mereka yang beriman. Iloveyou meen!
#‎alfatihah #ameensharudin #satishganesh #wonderboi47 #‎superboi47 #‎persahabatan




KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab