Kepada pemandu yang suka membuat membuat pusingan U dimana-mana sahaja, jadikanlah kejadian di atas sebagai satu pengajaran. Janganlah sampai ada lagi menjadi korban akibat sikap pentingkan diri ketika memandu di jalan raya.
Saturday, 28 February 2015
Wednesday, 25 February 2015
Gadis dikurung 6 tahun kerana cinta tak direstui keluarga (4 Gambar)
Posted By: TTO Admin - 25.2.15CHINA – Enam tahun... ia merupakan satu jangka waktu yang panjang yang terpaksa dihadapi oleh seorang wanita selepas dikurung oleh ibu bapanya hanya kerana dia bercinta dengan lelaki yang tidak mereka sukai.
Zhang Qi, 24, dilayan seperti binatang dan dikurung di dalam sebuah bangunan usang di Jingang selepas mereka memaksanya memutuskan hubungan dengan kekasihnya pada 2009.
Dia cuba melarikan diri daripada kurungan berkenaan namun gagal dan ibu bapanya pula memberitahu penduduk kampong bahawa anak mereka dikurung di situ kerana mengalami masalah mental.
Disebabkan bapa Zhang Qi merupakan seorang individu yang berkuasa di kampung tersebut, maka penduduk kampung tidak dapat berbuat apa-apa setelah diminta tidak masuk campur.
Bagaimanapun salah seorang penduduk kampung berkenaan, Chow Jen, 50, berjaya merakamkan gambar menyedihkan itu dan kemudian dia memuatnaik dalam media sosial.
“Semua orang tahu bahawa Zhang Qi ditempatkan di bangunan using berkenaan. Saya amat sedih apabila mengetahui mengenainya. Memandangkan saya hanya pulang ke kampung itu sekali sekali sahaja, maka saya memuat naik gambar Zhang Qi dalam media sosial kerana pihak berkuasa tempatan enggan mengambil sebarang tindakan.
“Meskipun jika betul Zhang Qi mengalami masalah mental, dia tidak sepatutnya dikurung begitu dan seharusnya diberikan rawatan,’’ katanya.
Menurut Chow Jen, setiap kali balik kampung pada Tahun Baru Cina, dia akan melawat Zhang Qi secara senyap-senyap.
Jelasnya, apabila melihat keadaan gadis itu yang menyedihkan, dia merasakan sesuatu perlu dilakukan. -Mynewshub.cc
Kisah benar kehidupan Engineer gaji besar tapi hati tak tenang
Posted By: TTO Admin - 25.2.15Baca pengalaman Tuan Fadzil Khairi mengenai kehidupan sebagai seorang jurutera. Walaupun mempunyai gaji yang besar namun hati pula tidak tenang:
Sy baru masuk kerja di tempat baru sebulan yg lalu bersama seorang lagi rakan setugas. Kami lapor diri pada tarikh yg sama. Cuma beza sy dengan dia adalah, dia jurutera elektrik merangkap executive dan sy pula seorang technician merangkap non executive. Gaji kami juga of course ler berbeza, dia RM 4k dan sy RM 4k dibahagi dgn 4.
Kami memang banyak perbezaan seperti bezanya buaya dengan cicak. Selama sebulan kami berada di tempat baru, sy banyak memerhati perubahan pada dirinya. Kalau awal-awal dahulu dia banyak tersenyum, bersemangat dan begitu exited memulakan kerja di tempat baru, kini dia banyak bermurung dan menyendiri di depan laptop. Waktu rehat pn masih di depan laptop menyiapkan report-reportnya yg semakin beranak pinak seolah-olah baru lepas makan pil kesuburan.
Baru-baru ini dia datang memanggil sy untuk mengopi. Kami berbual panjang. Dia bertanya sy, camana kerja. Sy menjawab, Alhamdulillah baik-baik shj. Sy mengopi paste soalan yg sama buat dia, dia menjawab ," ntah la Dil, aku ni presure sebenarnya. Keja kat sini tough gila. Patutlaa depa bayar gaji tinggi. Aku da dekat sebulan balik rumah jam 8-9mlm. Paling awal jam 7 ptg. Client kat sini kejam2 belaka macam Joker filem Batman. Patutlaa enginer sebelum ni berenti. Eh ko kalau ada dengar tempat lain ada kosong, bagitau laa aku... aku lama2 kat cni blh kena tekanan mental" Aku menjawab, "insyaallah nnt sy rikki".
Ya inilah kehidupan kebanyakan engineer, executive dan orang-orang yg bergaji besar. Jawatan ini dibayar gaji mahal bagi menanggung beban-beban ini. Jawatan ini memerlukan mental dan spritual yang kental seperti gunang Tahan yang 'tahan' dimaki, dicaci dan dikeji kalau buat silap. Waktu belajar dl pun pening kepala dan bila dah kerja pun kepala boleh jd migrain.
Dulu pn sy seorang engineer. Sy mempunyai 4 org sahabat baik sewaktu belajar. Kesemua blh dikatakan cemerlang semasa dalam pengajian kejuruteraan ini. Sekarang hanya seorang shj yg masih bertahan sebagai seorang engineer iaitu Hamidi Mohd Zin , engineer kilang besi di johor. Dia kata kepalanya sekarang sudah seperti besi dan sedang mengushar lubang2 rezeki di tempat lain. Rakan2 sy yg lain hanya bertahan buat beberapa ketika menjadi engineer, kemudian masing2 telah mengubah profesyen dan ada yg menjadi cikgu tuisyen, peniaga online dan technician kilang cetak. Kesemua mereka ini sudah tidak mampu bertahan di dalam profesyen 'anjingneer'.
Sy pula sempat bertahan utk beberapa tahun sebagai engineer bangunan. Ya, hati sy hati tisu, namun x lah seteruk hati sharnaaz dlm filem 'suamiku en sotong'. Hati sy sempat bertahan seperti hati Hamidi si enginer kilang besi disebabkan beberapa faktor seperti sokongan isteri, anak2, hobi dan binatang peliharaan sy.
Binatang peliharaan? Ya. Ia mujarab menurunkan paras abnormal seorang jurutera. Dahulu untuk me'relis'kan tension yg ada di tempat kerja, sy membela beberapa ekor binatang seperti arnab jenis anggora, kura-kura, udang jenis lobster, hamster dan ikan. Rumah sy tidak ubah seperti mini zoo dan selalu shj berperang dgn istri sy ketika mencuci kediaman binatang2 ini. Sy menghabiskan duit mencecah 1 ribu ringgit utk setup, maintanence dan membeli makanan binatang-binatang ini semata-mata utk menurunkan paras tekanan engineer di tempat kerja.
Setiap hari sy menghabiskan masa sekurang2nya 10 minit menatap binatang-binatang ini sebelum menyarung uniform engineer. 10 minit ini berupaya memberi ketahanan selama 9 jam +++ di pejabat. Balik rumah, sy memerlukan hampir sejam masa utk dihabiskan bersama binatang2 ini. Hobi ini sy 'share'kan bersama anak2 sy. Ya kanak2 sgt suka dgn binatang peliharaan. Kini anak bongsu sy, Ummu Athiyyah, 10 bulan sangat obses dgn ikan peliharaan sy. Sy ajarnya memegang ulat roti dan memberi ikan makan. Sy biarkan dia mengambil kesempatan bermain air aquarium sehingga bajunya basah lenjun. Seronok melihat anak kita enjoy dgn rutin hariannya yg lain sedikit dr kanak2 lain. Bila anak kita hepi, kita juga akan turut hepi dan paras abnormal seorang jurutera juga akan ikut menurun.
Benar naluri manusia inginkan ketenangan. Sapa yg sukakan tekanan? Cuma ramai yg memilih utk hidup tertekan semata2 utk memiliki gaji lebih di akhir bulan. Sebab tu Allah telah tulis formula mendapat hati yg tenang di dlm quran. Firman Allah yg maksudnya " ... Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang" ( surah Ar-Ra'd ; 28 )
Adakah kita tenang dgn kehidupan kita hari ini? Pekerjaan kita? Rumah tangga kita? Ibadah kita? Sy masih belum tenang sepenuhnya. Alangkah bahagianya org2 yg jiwanya sentiasa tenang.
Teringat kata2 almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, "bahagia bkn datang dr harta yg banyak, tetapi pada jiwa yg tenang. Tenang ini bukan boleh dibeli di market, tetapi ia datang dr Allah".
Tulisan: FB Fadzil Khairi
Luahan hati pelanggan Celcom rasa tertipu dengan Celcom Centre di Klang
Posted By: TTO Admin - 25.2.15Sekadar luahan perkongsian bersama agar xde org lain yg akn trima nasib spt saya...Huhu
Rasa trtipu dan traniaya dgn satu centre celcom di klang..sy telah buat byran RM300 pd jan lps..staf kaunter 8 bertudung dan seislam menerima byran sy..ketika pmbyaran dibuat, sy sibuk melyn 2org ank sy yg berlari2 dlm centre tu..dek kerana situasi itu staf tu ambil ksempatan dgn tdk mberi sy resit ats kelekaan sy mmerhati ank2..sedar ketiadaan resit stlh urusan selesai (BUKANKAH MNJADI KEWAJIPAN STAF INI UTK MMBERI RESIT PMBAYARAN TANPA PERLU DIMINTA KAN?) dan disbbkan brsangka baik dlm hati brharap phk celcom mmpunyai staf amanah dlm keje...namun, sangkaan baik sy telh mnguji saya...pmbayran tdk ditolak...sy bt semakan lg di centre trsebut...1org staf lelaki dgn tgn mggeletar kata "mgkin payment tdk update puan...sila tgglkan detail..sy brjanji akan call utk mklumkan esk "
Namun,janji hanya tggl jnji...dh la sy bkerja di johor...trpksa la balik lg mggu depannya utk uruskan lg hal remeh temeh ni...kali ini deal dgn staf pmpuan...sy minta utk lihat cctv..katanya mgkin kena repot polis..sy ok..sy pegi buat..pastu dia kata..to manager sy bercuti...pulak dah...alasan lg..sy mklumkan..sy ni jauh dr johor..susah sy nk setelkan kalu asyik diberi alasan saje..kebetulan staf pmpuan yg amik bayaran sy tu ada..sy mohon utk jmpa dgn dia..katanya "customer kena tnjuk resit baru kami blh bt semakan"....sy jwb mcm mana nak tnjuk kalau awak tak bg sy resit tu...dia diam..."mcm ni la puan..sy akn bncg dgn manager sy utk tgk cctv..puan tggalkan detail sy akan bncg dgn mnger..perkra mcm ni kena ambil ms 1mggu..sy jnji akan call puan"....JANJI DEMI JANJI...rasa mcm diperbodohkan...
Panggilan yg dihrpkan dari staf2 celcom centre tu hanya tggl jnji...sekali lg dr johor sy ke centre tu baru2 ni...kali ini hati sy trsangat sakit...rasa sgt teraniaya...kali ini suami menemani sy..berharap akan selesai..
Kali ini lbh bjak...suami suh sy tnya receptionist manager ada atau tdk..alhamdulillah..katanya ada...ambil nombor dan tgu...kali ini deal dgn kaunter 7..slth brcerita katanya cctv sdg diupgrated..sy mnta nk jmpa dgn manager dia kata manager kluar..pertama kali dlm sejarah sy marah di hdpn org2 disitu...kesabaran mula hilang setelah 4kali dtg..tiada pnyelesaian..aduhai...bila situasi dh mcm tu barulah si supervisor dia nak kluar... sy mnta dia call manager yg kjap ada kejap kluar tu..dia kata nnt dia akn kol..customer xblh view cctv katanya..phak dia je blh...kul 4 sy dtg lg cntre tu..lama gile tgu smpai dh ttup centre tu..sy xkira nk selesaikan gak b4 blk johor smula..dia brkeras x bg sy tgk cctv wpun repot polis tlh dibuat...sy pening dgn centre ni..ckp pusing2...disbbkan malas nk btekak..sy tgu result cctv dr dia...mula2 dia kata ada teknikal prob...pastu x jmpa la puan...akhirnya dia kuar dgn staf yg amik duit sy tu kata...."mmg puan xde buat byaran hr tu".....Ya Allah...dah x trkata sy...nmpk sgt nak cover staf dia...repot polis pun x laku nmpknya...sedihnya la...rasa nk repot tribunal tp jauh sgt nk uruskan...
Sy x halalkan...sesungguhnya Allah maha adil...pengajaran buat sy...jgn trlalu positif dgn org..kelak makan hati....adoi...berhati2 la kita bila brurusan dgn manusia...hukhuk
Tuesday, 24 February 2015
4 Gambar sayu Pakcik ini akan membuatkan anda kenal erti Syukur
Posted By: TTO Admin - 24.2.15Gambar-gambar yang bakal anda lihat dibawah ini tidak disertakan dengan cerita atau kisah sedih yang panjang untuk dibaca. Gambar ini berbicara sendiri melalui raut wajah sayu pakcik ini ketika mencari rezeki. Pakcik ini peniaga ubi kayu atau dikenali sebagai Singkong Goreng. Beliau dikatakan ditemui di jalanan di sekitar kota raya Bandung, Indonesia.
Namun pada hari ketika gambar ini diambil, beliau menitiskan air mata kerana dari pagi hingga ke petang dia menolak jualannya, tiada siapa yang singgah membeli ubi kayunya.
Ramai yang sedih melihat nasib pakcik ini dan mendoakan agar pakcik ini dimurahkan rezeki.
Gambar-gambar ini seharusnya memberikan pengajaran kepada kita kerana sesusah mana pun hidup kita pasti ada yang lebih susah.
Bagi umat Islam, ucaplah Ahamdulillah, syukuri lah nikmat yang diberikan oleh yang maha Esa. Berusahalah dengan diiringi doa agar usaha kita diberkati oleh Allah. Aminnn
Pesawat MH370 sengaja diterbangkan ke Antartika – Dokumentari TV
Posted By: TTO Admin - 24.2.15Ketika ulang tahun pertama kehilangan misteri pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 bakal menjelang, program dokumentari National Geographic berkata pesawat itu sengaja diterbangkan ke arah Antartika.
Akhbar harian United Kingdom The Mirror melaporkan, pakar penerbangan yang disebut dalam dokumentari televisyen itu berkata penerbangan MH370 mengambil masa tiga pusingan sebelum ia hilang hubungan dengan pengawal trafik udara.
Pusingan pertama adalah ke kiri dan dua lagi membawa MH370 ke arah barat, kemudian ke arah selatan Antartika, menurut dokumentari yang disiarkan di UK pada 8 Mac, ulang tahun pertama kehilangan pesawat malang itu di Laut China Selatan.
Penerbangan MH370 hilang pada 8 Mac 2014, tidak lama selepas berlepas dari Kuala Lumpur dengan 239 orang di atas kapal untuk ke Beijing.
Hampir setahun kemudian, tidak satu pun bukti kehilangan Boeing 777 itu ditemui.
Malcolm Brenner, seorang pakar dalam hal berkaitan punca bencana penerbangan, dipetik sebagai berkata pusingan itu “dipercayai” dilakukan seseorang dalam kokpit dengan sengaja yang membawa MH370 keluar dari haluan asal.
“Kemalangan ini menarik perhatian dunia yang saya sendiri tidak pernah lihat sepanjang penglibatan 40 tahun dalam kerjaya penerbangan,” Brenner dipetik sebagai berkata oleh akhbar UK itu.
Pada 29 Januari, Malaysia mengisytiharkan MH370 hilang dalam kemalangan dan mengorbankan semua 239 penumpang dan anak kapal.
Operasi mencari dan menyelamat awal meliputi Laut China Selatan, Selat Melaka, Laut Andaman dan selatan Lautan Hindi, yang melibatkan 65 pesawat dan 95 kapal dan pakar dari 25 buah negara.
Fasa mencari dan menyelamat beralih kepada carian dalam air yang diketuai oleh Pusat dan Agensi Penyelarasan Bersama Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB).
Pencarian terkini pesawat MAS itu ditetapkan berakhir pada Mei dan Pesuruhjaya ATSB Martin Dolan berkata beliau berharap pasukan akan menemui bangkai itu suatu hari nanti.- The Malaysian Insider
Monday, 23 February 2015
Hidangan ini seperti ayam goreng, tapi tunggu sampai anda lihat 18 Gambar
Posted By: TTO Admin - 23.2.15Gambar di atas kelihatan seperti ayam goreng. Namun ia adalah hidangan istimewa yang banyak di dapati di negara asia seperti Thailand, Vietnam dan China. Hidangan di atas sebenarnya adalah Ular Tedung Selar Siam Goreng.
Bagi peminat makanan eksotik, hidangan seperti ini mampu memberikan kesihatan yang baik kepada tubuh badan mereka. Organ-organ dalaman seperti hati dan darah haiwan dikatakan dapat memberikan manfaat kepada tenaga s*ks.
6 Taktik pujuk rayu sertai MLM didedahkan beserta bukti Screenshot
Posted By: TTO Admin - 23.2.15
Perniagaan berasaskan Multi Level Marketing (MLM) bukanlah suatu yang asing di Malaysia. Ramai yang menceburi perniagaan MLM daripada pelbagai latar belakang dan peringkat umur. Ramai yang berjaya memperolehi keuntungan berlipat kali ganda dan ramai juga tersungkur ditengah jalan.
Baca Screenshot dibawah artikel
Jom ikuti pendedahan Blogger Mazidul mengenai kaedah yang kerap digunakan oleh peserta MLM:
Lazimnya peserta perniagaan MLM memerlukan downline untuk mereka bergerak dan meraih keuntungan berbentuk bonus. Justeru setiap peserta disarankan untuk mencari seramai mungkin rakan, sudi menjadi downline atau business partner mereka. Tanpa downline, perniagaan terbabit tidak menghasilkan keuntungan berganda.
Jika diperhatikan beberapa teknik klise digunakan oleh majoriti pihak pengurusan syarikat MLM untuk memancing perhatian prospek mereka.
Antara kaedah itu ...
1. Mempamerkan kenderaan mewah.
Bagi saya tidak salah untuk berkongsi bukti kejayaan tetapi biarlah berpada. Usah bertindak keterlaluan sehingga sampai ke tahap seperti menunjuk-nunjuk. Perhatikan, sudah menjadi kelaziman, deretan kereta mewah berharga jutaan ringgit dipamerkan di hadapan pejabat MLM atau berhampiran lokasi ceramah dianjurkan agar dapat dilihat oleh prospek, majoriti orang muda.
Adakah kaedah menampilkan kejayaan dan kekayaan sebegitu 100% berkesan untuk menarik perhatian dan minat prospek menyertai mereka?
Adakah peragaan kenderaan mewah itu boleh dijalin dengan kejujuran dan keikhlasan? Atau peniaga MLM terbabit sebenarnya mengharapkan pujian dan sanjungan daripada mereka melihat?
Barangkali peniaga MLM sudi berkongsi fakta keberkesanan teknik itu bersama kita semua.
2. Penampilan bergaya.
Mata saya berasa sejuk melihat ramai anak muda berpenampilan bergaya sewaktu mendengar ceramah berhubung produk MLM. Mereka berkemeja, bertali leher dan memakai kasut berkilat. Tentunya mereka berhasrat menjadi kaya-raya sedaya-upaya mempersiapkan diri untuk memenuhi tuntutan status sebagai jutawan biarpun bukan semua akan mengecapi status itu.
Pengalaman peribadi bertemu dengan seorang speaker ternama syarikat MLM di Kuala Lumpur memahatkan seribu persoalan di minda saya.
Sebelum jam 9 malam, saya sempat duduk bersembang bersama beberapa pegawai dan bekas pegawai polis di ruang legar di bawah dewan ceramah. Tetamu VIP itu hadir untuk mendengar ceramah bakal disampaikan oleh top speaker syarikat terbabit. Manakala saya pula datang untuk mendengar dan menilai cara penyampaian speaker ulung syarikat sama. Sebaik speaker itu tiba, dia kemudian bersalaman dengan speaker lain dan tetamu VIP mereka duduk berhampiran saya.
Tidak pula dimaklumkan kepada saya, untuk berada di situ, setiap peserta dimestikan berkemeja. Sedangkan saya hanya memakai t-shirt hitam dan berseluar jeans. Tidak hairan, sewaktu bersalaman,top speaker itu tidak langsung melihat wajah saya.
Saya menyambut tangannya sambil tersenyum. Tersenyum memerhatikan tatacara tahap beradaban individu bergelar jutawan dengan pendapatan harian didakwa mencecah RM300,000.
Kita semua tahu, lebih molek sewaktu bersalaman, kita melihat wajah individu berjabat tangan dengan kita. Tidak terjejas maruah mahupun martabat andai perlakuan itu dipraktikkan. Usaha sesekali menilai tetamu hanya berlandaskan kepada penampilan luaran mereka.
3. Menampilkan asas perbandingan tidak sesuai.
"Tiga tahun dahulu, saya bekerja sebagai pencuci kereta. Setiap hari saya membanting tulang empat kerat mencuci purata 15 buah kereta. Selain baju dan seluar dipakai jarang kering, kerja itu amat memenatkan dan lebih malang lagi, hanya dipandang sebelah mata oleh orang ramai. Sesekali saya berasa amat terhina kerana bergaji ciput, hanya sekadar cukup untuk melangsaikan bil bulanan dan membeli sedikit barang makanan untuk ahli keluarga. Di pertenghan bulan, wang gaji habis dan saya melopong. Namun lihat keadaan saya sekarang, setelah menyertai MLM, tahukah berapa harga tali pinggang saya pakai sekarang ini? Tahu? Harganya RM3,000. Itu baru tali pinggang, belum lagi saya kongsikan harga rumah banglo saya. Sekarang saya tidak lagi perlu mencuci kereta orang kerana orang lain melakukakan kerja mencuci kereta saya bernilai lebih sejuta ringgit ..."
Pada hemat saya, speaker syarikat MLM, tidak perlu menghamburkan kenyataan perbandingan sebegitu riak. Justeru saya kongsikan kenyataan lebih sedap diperdengarkan ...
"Tiga tahun dahulu, saya bekerja sebagai pencuci kereta. Setiap hari saya membanting tulang empat kerat mencuci purata 15 buah kereta sehari. Biarpun baju dan seluar dipakai jarang kering tetapi saya berasa amat berpuas hati kerana melakukan tugasan itu secara ikhlas sekaligus meraih rezeki halal. Apapun saya bersyukur kerana berpeluang menempuh cabaran sebegitu dan mampu membayar bil bulanan serta menyara keluarga. Namun Allah membukakan pintu rezeki lain kepada saya sekeluarga. Menyertai perniagaan MLM ini memberikan saya peluang untuk meraih LEBIH pendapatan dalam keadaan LEBIH lebih selesa dan halal. Alhamdulillah. Apapun, walau rezeki bertambah, kekadang baju saya pakai masih lagi dibasahi peluh tetapi peluh dingin sewaktu bercakap di pentas awam kepada prospek ..."
4. Tayang wang
Gambar wang berkepuk seperti di bawah ini juga dianggap sinonim untuk menarik perhatian masyarakat. Mungkin kerana itu apabila gambar sama di tag di laman Facebook ramai berasa meluat melihat.
Ramai antara kita ingin memiliki wang berjuta tetapi kaedah hard sell diaplikasikan dalam busines MLM itu kelihatan keterlaluan.
Konsep itu saya lihat lebih kurang sama dengan peragaan kereta mewah.
5. Laungan 'hebat!' dan 'luar biasa!'
Lazimnya manusia hebat tidak melaungkan kehebatan mereka. Biarlah orang lain melabelkan kita begitu, bukan bertindak bak masuk ke dalam bakul dan mengangkat sendiri. Kehebatan dan keluarbiasaan perlu dibuktikan, itu pandangan saya.
6. Menjerit bak orang terkena sawan
Saya akur, bukan semua speaker MLM mengamalkan kaedah komunikasi sebegitu. Sebilangan lebih tenang sewaktu berkongsi pengalaman diraih dalam perniagaan MLM bersama prospek mereka. Malangnya ramai berteriak dan menjerit bak terkena sawan di pentas pengucapan awam kononnya untuk menaikkan semangat penonton.
Barangkali speaker seperti itu kurang arif membezakan di antara nada jeritan dan intonasi untuk menaikkan semangat prospek duduk termanggu di hadapan mereka. Hemat saya, pemilihan perkataan tepat disokong nadi dan bahasa tubuh antara elemen utama mampu membangkitkan semangat penonton. -Sumber

Pernahkah anda mengalami seperti pujuk rayu dalam screenshot dibawah:
Sunday, 22 February 2015
Musim Panas Ekstrem landa Malaysia, boleh bawa maut!
Posted By: TTO Admin - 22.2.15KUALA LUMPUR 21 Feb. – Musim panas ekstrem yang dijangka melanda negara minggu depan boleh memberi tekanan fizikal kepada tubuh badan dan kesihatan manusia termasuk menyebabkan kematian seperti strok haba.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, orang ramai harus mengambil langkah berjaga-jaga kerana cuaca kering dan berpanjangan bukan sahaja memberi kesan kepada ekosistem dan kawasan pertanian, tetapi membahayakan kesihatan.
“Perubahan iklim ini akan menjejaskan sumber bekalan air yang selamat lalu meningkatkan kes-kes bawaan air dan makanan serta cirit-birit. Penyakit berkaitan sistem pernafasan dan kardiovaskular juga meningkat.
“Kes penyakit denggi pula akan meningkat kerana masyarakat menyimpan air di dalam bekas simpanan yang tidak ditutup malah cuaca panas juga merangsang pembiakan nyamuk dan replikasi virus dalam nyamuk,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas laporan tentang negara ini dijangka bakal berdepan cuaca panas melampau bermula minggu depan sehingga awal April ini berikutan fenomena Ekuinoks yang menyebabkan matahari berada tepat di atas garisan khatulistiwa.
Tambah Dr. Noor Hisham, semua orang berisiko menjadi mangsa cuaca panas tetapi terdapat kumpulan yang lebih cenderung terkesan akibat perubahan iklim tersebut.
“Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, polis dan lain-lain lebih berisiko kerana mereka terdedah kepada cuaca panas.
“Orang dewasa berusia 40 tahun ke atas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding mereka yang lebih muda. Kanak-kanak berusia lima tahun, penghidap penyakit sistem pernafasan, darah tinggi, jantung, kencing manis dan kelenjar tiroid juga antara kumpulan yang berisiko tinggi,” katanya.
Sementara itu, pakar kesihatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Prof. Dr. Jegan Thanabalan berkata, cuaca panas melampau juga boleh menyebabkan strok haba yang boleh membawa maut khususnya kepada kanak-kanak dan orang tua.
“Masalah kekurangan air dalam badan adalah yang paling bahaya semasa cuaca kering dan panas kerana perubahan kandungan garam galian dalam badan boleh menyebabkan strok haba berlaku.
“Minum banyak air suam, air isotonik dan hadkan aktiviti luar yang terdedah kepada cuaca panas terik,” katanya.
http://www.utusan.com.my/sains-teknologi/alam-sekitar/panas-ekstrem-melanda-negara-boleh-bawa-maut-1.62093
Saturday, 21 February 2015
Indonesia berdemo ingatkan Malaysia jangan claim Popiah (5 Gambar)
Posted By: TTO Admin - 21.2.15KUALA LUMPUR: Satu lagi demonstrasi telah dilangsungkan di hadapan pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta hari ini, dan kali ini untuk mengingatkan kerajaan Malaysia agar tidak menyenaraikan popiah sebagai masakan warisan Malaysia, lapor media republik tersebut.
Kumpulan aktivis budaya yang dikenali sebagai Forum Masyarakat Peduli Budaya Indonesia (Formasbudi), mendakwa popiah atau lumpia merupakan makanan khusus dari Semarang.
“Formasbudi mengambil langkah ini supaya nanti popiah Semarang tidak didakwa sebagai milik negara Malaysia.
"Pada 17 Oktober 2014, Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan telah menetapkan Lumpia Semarang sebagai warisan budaya nasional bukan benda,” ujar Penyelaras Formasbudi, Rahmulyo Adiwibowo.
Tambahnya, Pejabat Kebudayaan dan Pariwisata Provinsi Jawa Tengah juga akan mengusulkan ke UNESCO agar Lumpia Semarang diiktiraf sebagai warisan budaya dunia yang berasal dari Indonesia.
Dalam demonstrasi tersebut, lumpia dikatakan telah diasaskan oleh Tjoa Thay Joe, seorang lelaki keturunan Cina yang menetap di Semarang, yang kemudian menikah dengan wanita pribumi bernama Mbok Wasi pada tahun 1870 lalu.
Sementara itu, Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim melalui Twitternya telah maklum tentang perkara tersebut.
Popiah sebenarnya popular sebagai makanan tradisi di seluruh Asia Tenggara dengan persamaan yang jelas antara beberapa negara jiran seperti Filipina dan Vietnam. Ia juga sudah sebati dalam masyarakat Korea, Taiwan dan Hong Kong.
Popiah di Malaysia mempunyai sejarah tersendiri. Pengaruh kulinari ini hadir bersama kedatangan para pedagang Cina bermula pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka hinggalah kemasukan bersistematik komuniti tersebut sewaktu pendudukan British di Pulau Pinang dan Singapura pada abad ke-18.
Di China, popiah merupakan hidangan tradisional yang dipercayai wujud sejak zaman Dinasti Jin Timur sekitar tahun 265 hingga 420 Masihi.
Beberapa kumpulan pendesak di Indonesia selama ini sering kali memperbesarkan beberapa hal berkaitan hal-hal budaya etnik dan gastronomi yang didakwa milik mereka seperti tarian dan seni kraf.
Namun, kumpulan-kumpulan itu sering saja membelakangkan hakikat sejarah penghijrahan etnik dan sosiobudaya di rantau ini.
Friday, 20 February 2015
Kisah sayu sahabat sejati selamanya Satish dan Amin
Posted By: TTO Admin - 20.2.15
Luahan hati Satish terhadap sahabat sejatinya, Arwah Muhammad Amin membuatkan ramai tersentuh dan menangis setelah membacanya. Walau berbeza warna kulit, kaum & agama, Inikah yang dinamakan erti persahabatan sebenar? Baca lagi:
Semalam masa sya scroll ig (Instagram) terjumpa satu pic ni tapi tertarik nak stalk sampai laa saya jumpa ig Satishganesh ni sahabat baik arwah muhammad amin yang telah meningal dunia 2 minggu lepas. Terbaca caption yang sangat menyentuh hati. Sedihnyaaa walaupun berlainan bangsa tetapi ikatan persahabatan mereka kukuh . Kadang terfikir di dalam ribuan kawan siapa yang betul2 menjadi sahabat kita ? Semoga tenang disana. Al - fatihah (NorWalilah)
Muhammad Amin B. Sharudin
Tido dengan nyenyak ekh sayang, aku sangat merindui dirimu, rindu nak degar suaramu! Seorang kawan yang sejati seperti dirimu amat sukar ditemui, ameen, aku tak sangka kaw pergi dulu meen, tapi aku ingat lagi bila ada org tanye kat kaw, kenapa xpilih kaum sendiri untuk berniaga, dan kaw jawab, "bang, dy ni yang terbaik bang, hidup mati saya dengan dy" dan bila kita merancang sesuatu, mesti kaw akan libatkan aku, dan kaw nak aku ada dalam semua group Whatsapp yang kaw ada. Apa2 kita buat mesti sama2 kan meen, nak beli kasut sama, baju sama, makan pon makan benda yang sama, indahnya meen hari2 yang kita bersama, dan aku ingat lagi, kaw cakap dengan aku jaw harap tahun jadi tahun yg terbaik untuk kita, tapi kaw pergi dulu kan, tapi takpa meen, aku tahu disebalik semua ni ada hikmah, tuhan nak tunjuk something kat kita meen, walau kaw xda kat sisi, tapi kaw sentiasa dihati meen, apa2 yang ak buat, aku akan pk kaw, baik buruk, dan semua nasihat kaw jangan kaw bagi aku selama ni, akan terpahat dalam hati ni meen, rindunya meen dengan senyuman kaw! Meen, aku janji meen, aku akan cuba sedaya upaya untuk jaga semua org yang kaw sayang, keluarga dan kawan2, walaupon aku xboleh ganti tempat kaw aku buat yang terbaik untuk mereka meen, kaw tengok2 lah aku meen ekh, apa yang kita mulakan jangan risau meen, akan ku teruskan perjuangan, itu perjuangan kita yang kate nak bjaya, aku yakin aku boleh meen! Loveyou meen!
#ameensharudin #satishganesh #wonderboibrothers #wonderboi47 #superboi #superboibrothers #friendship
Sahabat Ameen, kaw lebih dari seorang sahabat! Aku masih lagi perfikir apa yg tuhan cuba tunjukkan kan kat kita meen, walau jasad kaw xda di sisi kami di dunia, tapi aku yakin meen, kaw berada bersama kami, kini aku boleh terima hakikat yang kat sudah tiada bersama kami, tetapi sayang, aku belum cukup kuat lagi untk lalui rintangan2 yg sedang aku lalui, berat bila aku lalui seorang diri. Aku sedang cuba yg terbaik untuk menjaga org yang kaw sayang meen, sebab itu tanggungjawab aku sebagai sahabat kaw, dan keluarga kaw menjadi keutamaan aku, aku akan pastikan mereka tidak susah meen, dan aku akan membantu mereka dalam semua pekara, kerana ini tanggungjawab aku sebagai seorang sahabat, persahabatan ini bukan sahaja diantara kita, malah keluarga, bila kita berkawan dengan seseorang itu secara x langsung keluarga kawan kita menjadi keluarga kita, dan kini, aku telah mengangap keluarga kaw mcm keluarga aku sendiri, aku ingin berubah, berubah menjadi seorang insan yang baik, dan jikalau giliran aku pula menghembuskan nafas terakhir, aku ingin disayangi oleh ramai seperti beliau. Ameen, janji aku, selagi aku bernyawa, selagi aku bernafas persahabatan kita masih erat! Persahabatan ini hanya akan berakhir bila nadi jantungku berhenti buat selama2 nya. Semoga kaw tenang disana, dan semoga kaw ditempatkan dikalangan mereka yang beriman. Iloveyou meen!
#alfatihah #ameensharudin #satishganesh #wonderboi47 #superboi47 #persahabatan
Wednesday, 18 February 2015
Punca sebenar Proton Exora terbakar didakwa suhu panas & tangki minyak penuh
Posted By: TTO Admin - 18.2.15Screenshot status bergambar daripada seorang pengguna Facebook menceritakan kejadian kereta Proton Exora terbakar akibat mengisi minyak penuh dan kerana suhu yang panas tersebar luas di media sosial dan whatsapp.
Sys Lieya memuatnaik gambar Proton Exora milik bapa saudaranya yang terbakar di Lebuhraya dan menulis status peringatan seperti dibawah:
Namun, ramai yang sangsi atas punca kebakaran itu kerana sebelum ini belum pernah kedengaran kes seperti itu berlaku di Malaysia. Selain itu, banyak lagi sebab-sebab teknikal yang lain seperti masalah wayar short circuit yang boleh menyebabkan kebakaran pada kereta.
Akhirnya, Sys Lieya tampil menceritakan punca sebenar kejadian Proton Exora terbakar:
Subscribe to:
Posts (Atom)