Ramai cuba mengambil sikap berhati-hati memilih penerbangan Syarikat Airasia sejak kejadian nahas Pesawat Airasia Indonesia QZ8501. Terbaru, seorang penumpang yang menaiki pesawat Airasia daripada Kuala Lumpur menuju ke Ho Chi Minh, Vietnam mengambil gambar seakan rekahan pada bahagian enjin pesawat melalui tingkap tempat duduknya dan menghantar gambar itu kepada sebuah laman web online MyKmu.net:
Seorang penumpang pesawat Air Asia ke Ho Chi Minh, Vietnam (AK 520) pagi tadi mempersoalkan mengenai keselamatan pesawat terbabit apabila beliau ternampak rekahan / keretakan di bahagian enjin sayap sebelah kiri pesawat.Lihat Gambar:
Penumpang terbabit yang menghubungi Mykmu.net menyatakan ia dirakamkan sebelum turun dari kapal terbang semasa tiba di Ho Chi Minh.
Beliau berharap Air Asia memberi penjelasan lanjut sama ada keretakan seperti di bawah sesuatu yang normal atau berbahaya kepada penumpang. -MyKmu.Net
KONGSI
& Komentar
Tweet