Satu surat saman bertarikh 27/1/2015 yang diterima oleh seorang lelaki tersebar di media sosial hari ini. Menariknya surat saman itu adalah atas kesalahan merokok ketika dia sedang memandu.
Ramai memberikan komen kesalahan itu tidak masuk akal untuk diberikan saman kerana mengambil contoh fungsi pencucuh rokok yang yang ada pada kebanyakan kereta.
Walaubagaimanapun, pada Mei tahun lalu penguatkuasaan larangan merokok dalam pengangkutan awam telah dijalankan di seluruh negara. Namun, tidak jelas jenis kenderaan apakah yang dipandu Nazri Dollah di dalam surat saman ini.
Penjelasan daripada pihak berkuasa perlu dilakukan kerana sejak akhir-akhir ini kredibiliti agensi penguatkuasaan jalan semakin diragui apabila ramai mempertikaikan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka.
KONGSI
& Komentar
Tweet