Friday, 24 January 2014

Surat perjanjian penceraian Nurul Izzah Binti Anwar dan suami tersebar

Posted By: TTO Admin - 24.1.14
Sumber : Link Faceboook 
Di sebalik penafian tuntutan fasakh oleh Nurul Izzah di laman twitter, kini tersebar pula surat perjanjian (gambar atas) yang diupload seorang pengguna Facebook ke dalam profilenya. Perjanjian itu antara beliau dengan suami mengenai persetujuan penyelesaian isu penceraian, tuntutan selepas cerai dan hadhanah anak mereka tanpa perbicaraan di mahkamah.

Penafian tuntutan fasakh semalam
Walaupun ini merupakan isu peribadi, ramai pengamal media sosial terutama pro kerajaan dilihat menghentam Nurul Izzah kerana menipu dalam hal ini dan menyalahkan gangguan seperti dalam kenyataan medianya semalam:




KENYATAAN MEDIA
23 Januari 2014


Kami amat sedih dengan cubaan gangguan yang menyentuh perkara peribadi kami apabila kami gigih berusaha untuk memastikan kelangsungan perkahwinan ini.

Keluarga kami menjadi keutamaan.

Kami ucapkan terima kasih kepada semua yang melahirkan keprihatinan, dan kami memohon semua pihak agar diberikan ruang peribadi pada waktu-waktu ini.

Raja Ahmad Shahrir Raja Salim dan Nurul Izzah Anwar



Apapun, kita doakan Nurul Izzah dan suami menyelesaikan perkara ini secara baik dan seterusnya memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat tanpa mengabaikan tanggungjawab rumahtangga masing-masing.

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab