Showing posts with label MH370. Show all posts
Showing posts with label MH370. Show all posts

Tuesday, 24 February 2015

Pesawat MH370 sengaja diterbangkan ke Antartika – Dokumentari TV

Posted By: TTO Admin - 24.2.15

Ketika ulang tahun pertama kehilangan misteri pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 bakal menjelang, program dokumentari National Geographic berkata pesawat itu sengaja diterbangkan ke arah Antartika.

Akhbar harian United Kingdom The Mirror melaporkan, pakar penerbangan yang disebut dalam dokumentari televisyen itu berkata penerbangan MH370 mengambil masa tiga pusingan sebelum ia hilang hubungan dengan pengawal trafik udara.

Pusingan pertama adalah ke kiri dan dua lagi membawa MH370 ke arah barat, kemudian ke arah selatan Antartika, menurut dokumentari yang disiarkan di UK pada 8 Mac, ulang tahun pertama kehilangan pesawat malang itu di Laut China Selatan.

Penerbangan MH370 hilang pada 8 Mac 2014, tidak lama selepas berlepas dari Kuala Lumpur dengan 239 orang di atas kapal untuk ke Beijing.

Hampir setahun kemudian, tidak satu pun bukti kehilangan Boeing 777 itu ditemui.

Malcolm Brenner, seorang pakar dalam hal berkaitan punca bencana penerbangan, dipetik sebagai berkata pusingan itu “dipercayai” dilakukan seseorang dalam kokpit dengan sengaja yang membawa MH370 keluar dari haluan asal.

“Kemalangan ini menarik perhatian dunia yang saya sendiri tidak pernah lihat sepanjang penglibatan 40 tahun dalam kerjaya penerbangan,” Brenner dipetik sebagai berkata oleh akhbar UK itu.

Pada 29 Januari, Malaysia mengisytiharkan MH370 hilang dalam kemalangan dan mengorbankan semua 239 penumpang dan anak kapal.

Operasi mencari dan menyelamat awal meliputi Laut China Selatan, Selat Melaka, Laut Andaman dan selatan Lautan Hindi, yang melibatkan 65 pesawat dan 95 kapal dan pakar dari 25 buah negara.

Fasa mencari dan menyelamat beralih kepada carian dalam air yang diketuai oleh Pusat dan Agensi Penyelarasan Bersama Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB).

Pencarian terkini pesawat MAS itu ditetapkan berakhir pada Mei dan Pesuruhjaya ATSB Martin Dolan berkata beliau berharap pasukan akan menemui bangkai itu suatu hari nanti.- The Malaysian Insider

Monday, 8 September 2014

Maira mimpi ayah 3 kali berturut, pulang dalam keadaan kurus kering!

Posted By: TTO Admin - 8.9.14

KUALA LUMPUR: Setengah tahun berlalu sejak kehilangan misteri pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dengan 239 penumpang di dalamnya.

Seramai 239 orang tersebut merupakan ayah, ibu, abang, kakak, suami, isteri, kawan dan kepada seseorang dan hanya menyebut nama mereka sahaja boleh membawa memori yang indah kepada mereka.

Walau bagaimanapun, enam bulan sejak kehilangan MH370, hanya air mata yang berlinangan dan kekecewaan yang dirasai oleh keluarga penumpang yang ingin mempercayai bahawa orang kesayangan mereka akan pulang satu hari nanti.

“Beberapa hari lepas, saya berdoa kepada Tuhan sekiranya ayah saya masih hidup, berilah petunjuk kepada saya melalui mimpi, dan tiga hari berturut-turut, saya bermimpi tentang ayah saya.”

Inilah kata-kata sayu yang disuarakan Maira Elizabeth Nari, anak kepada Ketua Pramugara MH370, Andrew Nari, yang memberi gambaran bahawa walaupun sudah setengah tahun ayahnya tidak pulang, harapan bahawa ayahnya akan kembali tidak pernah pudar.

Menurut Maira, mimpi itu meningkatkan lagi harapannya bahawa ayahnya akan kembali dan ia adalah satu petunjuk baginya.

“Mimpi pertama adalah satu `kolaj gambar’ di mana terdapat satu gambar hutan, satu gambar ayah saya sedang melihat saya dan satu gambar ayah saya sedang terbaring.

“Mimpi kedua adalah ayah saya pulang untuk meraikan satu parti barbeku di rumah makcik saya. Parti seperti ini memang satu kebiasaan dalam keluarga kami. Tetapi dalam mimpi ini, ayah saya mempunyai rambut panjang.

“Mimpi ketiga adalah sama seperti mimpi kedua, tetapi ayah saya nampak kurus kering dan tiada rambut,” jelas Maira.

Seperti Maira, ramai lagi keluarga mangsa tragedi MH370 masih mengharapkan kepulangan orang yang tersayang.

MH370, dengan 239 penumpang yang kebanyakannya warganegara China, hilang pada 8 Mac kira-kira sejam selepas berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Lebih 26 negara terlibat dalam usaha mencari pesawat Boeing 777 itu melalui udara, laut dan dasar laut. Namun selepas enam bulan, tiada sebarang petunjuk dapat dikesan.

Selepas 17 hari menunggu dengan penuh debaran, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mengumumkan bahawa MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.

Najib membuat pengumuman itu berdasarkan hasil analisis oleh Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom (AAIB) dan Inmarsat, syarikat UK yang menyediakan data satelit yang menunjukkan koridor utara dan selatan.

Walaupun terdapat banyak teori konspirasi tentang kejadian itu antaranya rampasan dan sabotaj, baru-baru ini, pihak Biro Keselamatan Pengangkutan Australia merumuskan bahawa kemungkinan besar penumpang pesawat itu meninggal dunia akibat sesak nafas selepas pesawat itu terbang ke arah Lautan Hindi di selatan secara autopilot. - Astro Awani

Wednesday, 20 August 2014

2 Gambar Pegawai Bank & Suami suspek curi wang mangsa MH370 didedahkan

Posted By: TTO Admin - 20.8.14

FOTO Khairull Azry Bidin.

Kuala Lumpur: Seorang pegawai bank dan suaminya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur sebentar tadi, atas pelbagai tuduhan termasuk mencuri, memindah dan mengeluarkan wang serta menggunakan dokumen palsu membabitkan wang berjumlah RM110,643 milik empat mangsa nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370.

Tertuduh Nur Shila Kanan, 33, dan suaminya Basheer Ahmad Maula Sahul Hameed, 33, bagaimanapun mengaku tidak bersalah apabila pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mat Ghani Abdullah.

Nur Shila didakwa dengan 12 pertuduhan manakala Basheer yang bekerja sebagai mekanik, pula menghadapi tiga pertuduhan.

Mat Ghani kemudian membenarkan kedua-dua tertuduh masing-masing dijamin RM12,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan pasport milik mereka diserahkan kepada mahkamah.


Pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Fadhli Mahmud dan Muhd Ilmami Ahmad manakala tertuduh diwakili peguam Abdul Hakeem Aiman Mohd.

Mahkamah menetapkan pada 25 Ogos ini bagi sebutan kes. -Harian Metro

Friday, 23 May 2014

Pencarian MH370: H20 konsisten, elak bermain emosi, elak percaya rumors!

Posted By: TTO Admin - 23.5.14

Saya mendapati laporan The Malaysian Insider ini amat meragukan malah tidak dapat diterima bulat-bulat kerana dapatannya hanya mengambil kesempatan daripada emosi segelintir keluarga penumpang MH70. Harus diingat, masih ramai keluarga penumpang yang masih berharap agar kerajaan Malaysia tidak berputus asa sebaliknya konsisten meneruskan pencarian tersebut.

Di dalam hal-hal keselamatan rakyat dan negara, kita tidak boleh bersandarkan emosi dan andaian untuk membuat keputusan yang tepat.

Jika terdapat 3 konsultan kardiologi (cardiologis) berjuang untuk menyelamatkan nyawa seorang patient. Ketiga-tiga cardiologis tersebut sudah pasti memiliki pengalaman dan knowledge yang berbeza-beza, management yang tidak sama, tetapi mereka mempunyai harapan yang sama iaitu menyelamatkan nyawa patient tersebut.

Begitu juga, pasukan tentera (ATM), DCA dan agensi-agensi keselamatan negara sudah pasti memiliki pemikiran dan pendekatan yang berbeza, namun sudah pasti mereka mempunyai satu tujuan yang sama, iaitu menyelamatkan secepat mungkin penumpang pesawat MH370.

Kita harus ingat, tragedi ini adalah pengalaman pertama negara kita Malaysia, tetapi kita beruntung kerana mendapat sokongan seluruh dunia dalam usaha pencarian pesawat MH370. Ia suatu rekod dan pencapaian yang menakjubkan, dan ianya bukan mudah untuk meyakinkan negara lain membantu negara kita. Dalam hal ini, DS Hishammuddin telah berjaya dan ianya turut diakui oleh pemimpin-pemimpin pembangkang dalam negara kita.

JANJI DS HISHAMMUDDIN

Janji DS Hishammuddin sebagai Menteri yang bertangggungjawab ialah akan meneruskan pencarian ke atas pesawat MH370 sehingga berjaya, walaupun mengambil masa yang lebih lama berbanding kes Air France yang mengambil masa dua tahun itu.

Perdana Menteri turut memberi jaminan bahawa pencarian akan diteruskan sehingga pesawat MH370 tersebut ditemui. Jaminan oleh kerajaan ini hendaklah diterima dengan rasa syukur dan kerajaan tidak meminta apa-apa balasan, melainkan bagi saya marilah kita pula memberi sokongan yang sewajarnya.

Kita juga harus ingat, DS Hishammuddin sebagai Menteri Pertahanan dan Pemangku Menteri Pengangkutan telah berusaha siang dan malam, dalam negara dan luar negara, 30 hari pertama beliau tidak pernah memperdulikan rehat dan kesihatan, malah tidak balik ke rumah semata-mata untuk memastikan setiap maklumat terkini dapat diguna dan disalurkan, supaya nasib penumpang dan krew MH370 dapat diusahakan.

Jika kerajaan atau pun DS Hishammuddin berniat untuk menyembunyikan maklumat-maklumat penting kepada keluarga penumpang, saya percaya DS Hishammuddin tidak perlu membuat pengumuman bahawa pesawat tersebut membuat 'turning back'. Bukankah pada ketika maklumat tersebut diumumkan oleh pihak tentera, ramai orang tidak mahu mempercayainya sehinggalah satelit Immarsat dan data-data dari satelit antarabangsa membuktikan kebenarannya.

Pesawat pejuang tentera, di mana-mana negara pun adalah mustahil untuk mengambil keputusan menembak jatuh mana-mana pesawat awam yang dipenuhi oleh penumpang awam. Dalam sejarah moden, pesawat tentera kuasa-kuasa besar seperti Amerika, China, Britain, Perancis dan Russia tidak akan menembak pesawat awam sewenang-wenangnya apatah lagi ianya pesawat sendiri malah bukannya pesawat tentera musuh.

Di titik pesawat MH370 dikesan hilang dari radar, dan tatkala dikesan oleh radar tentera membuat turning back, kapten MH370 tidak membuat sepatahpun komunikasi dengan mana-mana menara kawalan dengan mana-mana negara yang dilaluinya, atau dengan mana-mana pesawat yang lalu lalang di sekitarnya.

Sekiranya pesawat tentera Amerika atau China berada di kawasan tersebut, dan mengesan kondisi pesawat tersebut, apakah anda memikirkan pesawat itu (MH370) perlu ditembak? Apakah keluarga penumpang pesawat MH370 mengharapkan supaya mana-mana pesawat tentera menembak pesawat MH370 yang tidak diketahui apa kejadiannya ketika itu?

Hishamuddin simpati dengan mangsa pesawat MH370


ELAK PRASANGKA BURUK, NEGARA JIRAN TERSINGGUNG LAPORAN RUMORS MEDIA

Kita tidak harus wujud prasangka buruk kononnya ianya suatu 'pelan' untuk menghilangkan pesawat MH370 itu. Jika teori itu ada logiknya, mengapa pula pasukan tentera di negara-negara yang pesawat MH370 itu lalui turut tidak dapat dikesan oleh radar mereka? Apakah anda juga bermaksud negara Vietnam, Laos, Kemboja, Thailand, Indonesia, Singapura dan Australia turut bersekongkol dengan Malaysia untuk menghilangkan pesawat MH370 itu?

Satu perkara yang saya sangat yakin DS Hishammuddin tidak akan lakukan, iaitu mengarahkan pihak tentera menembak pesawat MH370 sedangkan pada masa itu kita yakin ianya bukan pesawat musuh.

Pada ketika itu, kita yakin ianya adalah pesawat komersial yang sedang terbang dengan operasi biasa, pihak tentera sudah pasti mempunyai alasan kukuh untuk tidak mengganggu operasi terbang pesawat itu. Sekiranya setiap kali pesawat komersial membuat turning back, adakah setiap kali itu pesawat tentera kena mengekori pesawat komersial tersebut?

Jika anda mempunyai fikiran kerajaan Malaysia menyembunyikan maklumat tentang pesawat MH370, adakah anda juga menuduh negara-negara sekeliling seperti Thailand, Filiphina, Indonesia, Amerika Syarikat dan China turut menyembunyikan maklumat kepada keluarga penumpang?

Sudahkah anda membaca artikel terbaharu Tun Dr. Mahathir Mohamad, beliau mahukan anda tujukan soalan kepada CIA dan Boeing. Ternyata tidak ada jawapan kerana CIA dan Boeing pun turut tidak ada jawapannya! Misteri kehilangan pesawat MH370 ini adalah yang pertama kali berlaku di dalam dunia ini, di mana pakar-pakar penerbangan, pakar-pakar keselamatan turut kebingunan. Namun mereka tidak pernah 'fed up' berusaha, malah mereka juga tidak termakan dengan teori-teori yang bersifat spekulatif dan andaian semata-mata.

Pemimpin kerajaan Indonesia sendiri melahirkan rasa marah apabila terdapat media yang tidak bertanggungjawab melaporkan bahawa "radar tentera Indonesia patut dapat mengesan dan mengetahui pesawat itu terbang di ruang udara mereka", walaupun jika dengan mata kepala logik anda radar tentera Indonesia patut dapat mengesannya kerana perjalanan pesawat itu ke Lautan Hindi melalui ruang udara berdekatan negara Indonesia.

Kerajaan Singapura turut tidak melayan rumors media kononnya "Singapura patut dapat mengesan laluan pesawat tersebut semasa membuat turning back". Kerajaan Thailand dan Vietnam sendiri tidak mempunyai jawapan walaupun titik hilang dan titik turning back pesawat tersebut berada di dalam lingkungan ruang udara mereka.

Sebagaimana yang ditunjukkan oleh DS Hishammuddin, jika beliau mempunyai maklumat terkini, walau dengan hanya sehelai kertas, beliau akan memaklumkannya dengan segera. Malangnya, seperti kata pakar-pakar penerbangan dan pakar-pakar keselamatan dalam negara dan dunia luar, para penumpang mahukan sesuatu maklumat yang tidaka ada. Mereka mahukan maklumat yang advanced sedangkan kerajaan Malaysia tidak mungkin akan menyalurkan maklumat yang samar-samar, maklumat "google search" dan "hear say".

Semasa ditanya dalam program Four Corners, wartawan tersebut bertanya dalam konteks tentera dan DS Hishammuddin menjawabnya dalam konteks ketenteraan itu, yakni tentera tidak menghantar jet pejuang untuk menembak pesawat yang diketahui pesawat komersial.

Pada 8 Mac 2014, sekitar jam 1:21 pagi itu, apabila transponder berhenti memancar signal semasa penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, anda harus tahu DCA dan agensi keselamatan negara kita bukannya tidur, tetapi mereka menghubungi semua menara kawalan dan pesawat-pesawat yang berada di laluan MH370 jikalau mereka ada membuat komunikasi.

Saya bersetuju dengan pandangan DS Hishammudin bahawa, jika DS Hishammudin mengambil keputusan mengeluarkan arahan menembak pesawat komersial MH370 itu, dan semuanya pasti akan mati terbunuh, sudah tentu tidak ada harapan lagi untuk mencari. Dan kesilapan ini akan lebih membunuh masa hadapan negara kita.

Mari kita bertanya diri sendiri, apakah anda bersetuju pesawat pejuang kita menembak pesawat MH370 yang ketika itu membuat turning back dan tidak diketahui pergerakannya hendak ke mana dan tidak diketahui apa yang sedang berlegar dalam minda kaptennya! Bagi saya, DS Hishammuddin memberi jawapan yang sesuai sebagai seorang Menteri Pertahanan.

Sudah pastilah dalam keadaan gawat, dalam kondisi keselamatan penumpang MH370 diutamakan, pelbagai idea dan langkah dicadangkan dan dilaksanakan secepat yang mungkin.

Sudah pastilah DCA turut meminta bantuan pihak tentera selepas segala mekanisme dan prosedur asal keselamatan awam dan antarabangsa telah digunakan. Bukan sahaja kepada pihak tentera, kita turut meminta bantuan para nelayan, pemancing ikan dan orang-orang kampung sekiranya mereka ada melihat kejadian pelik pada subuh 8 Mac itu.

KESIMPULAN

Kepada keluarga penumpang MH370, yakinlah bahawa kerajaan Malaysia tidak pernah berhenti walau sesaat pun dalam usaha mencari pesawat MH370 dan penumpangnya. Kerajaan Malaysia tidak pernah memikirkan soal kewangan kerana keutamaan kerajaan sekarang ialah mencari pesawat MH370 tersebut sehingga ditemui.

Rumors yang meragukan boleh membunuh harapan anda. Ketua pembangkang Malaysia pernah membuat rumors dan tuduhan kononnya kerajaan memadamkan data kargo pesawat MH370, apabila kerajaan mendedahkan data-data kargo pesawat MH370 itu baru-baru ini, beliau sudah tidak boleh bercakap lagi.

Begitu juga tinjauan oleh Merdeka Centre tidaklah boleh dipakai 100% kerana mereka adalah entiti yang tidak bebas sebaliknya sejarah menunjukkan mereka sering memberi laporan yang berat sebelah dan tidak adil. Terdapat banyak laporan negatif mengenai Merdeka Centre, maka kebolehpercayaannya adalah dipertikaikan.

Memainkan sentimen dan emosi keluarga pesawat MH370 yang hilang memang mudah membakarnya, namun sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, melayan rumors dan spekulasi yang tidak bersandarkan fakta lebih buruk kesannya kepada keluarga penumpang MH370 dan masa hadapan negara kita.

Bagi saya, DS Hishammuddin telah berusaha sebaik yang terdaya, sebagai seorang manusia biasa beliau memahami emosi dan harapan keluarga penumpang pesawat MH370, sebagai seorang Menteri beliau membawa nama baik negara dan rakyat Malaysia. Jika baru dalam tempoh tiga bulan kita belum berjaya menemui MH370, adalah tidak bertanggungjawab jika sebuah portal menyalahgunakan emosi keluarga penumpang untuk memberi gambaran awal kononnya usaha tersebut sudah gagal sedangkan kerajaan tidak pernah berhenti.

Sepatutnya, sebagai sebuah warganegara yang bertatanegara, patriotik dan dan mempunyai semangat 'a sense of ownership', kita hendaklah bersatu hati memberi sokongan kepada usaha pencarian pesawat yang paling sukar dalam sejarah dunia ini sehingga berjaya.

Nasehat saya, janganlah mendahului ketentuan Tuhan. Kita bukan Tuhan untuk mengetahui dengan detail apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Tangggungjawab kita ialah meneruskan pencarian sehingga berjaya menemui penumpang dan pesawat MH370.

Oleh: JENTAYU ABAKA

Tuesday, 20 May 2014

Isteri Pramugara MH370, Intan Maizura selamat lahir anak lelaki

Posted By: TTO Admin - 20.5.14


PUTRAJAYA: Intan Maizura Othman, isteri seorang daripada anak kapal MH370, selamat melahirkan anak keduanya di Hospital Putrajaya di sini hari ini.

Intan Maizura, 34, melahirkan Muhammad Mohd Hazrin kira-kira 4 petang tadi. Suaminya Mohd Hazrin Hasnan merupakan pramugara yang bertugas dalam penerbangan MH370 yang hilang pada awal pagi 8 Mac lepas. 

Gambar sebelum bersalin

Terdahulu, Intan Maizura memuat naik gambar tangannya yang memakai tag hospital dalam Instagram ketika menunggu untuk melahirkan anak keduanya itu.

Sehingga kini usaha mengesan pesawat itu di perairan barat Australia di selatan Lautan Hindi masih belum membuahkan sebarang hasil positif. - Bernama

Monday, 19 May 2014

Tan Sri Syed Mokhtar cadang ambil alih Malaysia Airlines (MAS)

Posted By: TTO Admin - 19.5.14


Tokoh konglomerat, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dipercayai individu yang mahu mengambil alih dan memulihkan semula Malaysia Airline System Berhad (MAS).

Syed Mokhtar dipercayai sudah lama berhajat untuk menguasai MAS tetapi gagal.

Meskipun usaha untuk memperoleh MAS sebelum ini tidak berjaya, namun kali ini tokoh korporat Melayu serius untuk membantu MAS selepas beberapa siri kerugian dan pelbagai masalah dihadapi oleh syarikat berkenaan.

Spekulasi penjualan MAS kepada Syed Mokhtar bertiup kencang sejak tahun lalu namun senyap begitu sahaja.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala dikaitkan dengan penjualan MAS kepada Syed Mohktar apabila beliau didakwa memberi cadangan itu.

Difahamkan 'orang kuat' Syed Mokhtar sudah pun bersedia untuk membawa hasrat tokoh konglomerat itu kepada kerajaan dan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah).

Syed Mokhtar dikatakan bercadang untuk mengambil alih kepentingan MAS daripada Khazanah Nasional Berhad sekitar 64 peratus tetapi kerajaan masih boleh memegang 'golden share' dalam syarikat penerbangan itu.

MAS kembali menjadi fokus selepas syarikat itu mengumumkan kerugian bersih pada suku pertama tahun ini sebanyak RM473 juta, selain menyaksikan penurunan faktor muatan terutama bagi penumpang antarabangsa pada kadar yang tinggi iaitu 60 peratus.

Insiden kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac lalu yang masih gagal dikesan sehingga hari ini dijangka mengakibatkan impak kepada reputasi MAS.

Kebanyakan penganalisis pasaran meramalkan MAS akan terus mengalami kerugian pada suku kedua dan ketiga tahun ini.

Keadaan MAS yang semakin kritikal itu dipercayai menyebabkan semakin banyak bakat-bakat terlatihnya termasuk krew, juruterbang dan juruteranya 'lari' ke syarikat lain kerana syarikat penerbangan itu gagal memberi faedah dan gaji yang diharapkan.

Bimbang dengan situasi semasa Kesatuan Pekerja-Pekerja MAS (MASEU) mahu pengurusan MAS yang diterajui oleh Ahmad Jauhari Yahya melepaskan jawatan berkenaan dan memohon kerajaan supaya MAS diterajui oleh 'orang dalam' yang tahu selok-belok industri penerbangan. - MalaysiaGazette

Sumber dakwa pesawat MH370 ditembak dalam latihan tentera!

Posted By: TTO Admin - 19.5.14

SYDNEY - AUSTRALIA. Buku pertama yang diterbitkan tentang kehilangan pesawat MH370 mendakwa ia mungkin telah ditembak dalam latihan ketenteraan dan kejadian itu ditutupi, lapor portal The Sydney Morning Herald.

Kandungan buku Flight MH370: The Mystery tulisan Nigel Cawthorne yang juga seorang wartawan itu tidak mempunyai jawapan namun terdapat beberapa perkara yang menyokong teori kehilangan MH370 itu.

“...pesawat itu mungkin ditembak secara tidak sengaja ketika latihan ketenteraan antara Thailand dengan Amerika Syarikat (AS) di Laut China Selatan.

“Misi pencarian pula berkemungkinan diarah ke arah yang salah untuk menutup kesilapan itu,” lapor portal itu.

Sementara itu, portal berita Daily Mirror yang juga memetik buku tersebut melaporkan pesawat Boeing 777 milik Malaysia Airlines (MAS) itu akan ditemui sekiranya MAS membelanjakan RM32.62 untuk menaik taraf perisian.

“Pesawat itu hanya menggunakan pakej data murah yang hanya menghantar maklumat asas pesawat.

“Pesawat itu akan ditemui sekarang kalau MAS membelanjakan RM32.62 dalam menaik taraf perisian pesawat,” dakwa buku tersebut lagi.

Kehilangan MH370 sudah masuk hari ke-72, hari ini. -Sinar Harian

Sunday, 18 May 2014

Insiden MH370: Ada pihak sedang sembunyikan sesuatu - Tun Mahathir

Posted By: TTO Admin - 18.5.14

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed yakin syarikat Boeing dan agensi-agensi tertentu mempunyai keupayaan untuk mengambil alih "kawalan tanpa gangguan" daripada kapal terbang komersial.

Katanya pesawat Boeing 777 milik Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 merupakan salah satu daripada kapal terbang yang diambil alih.

"Sangat jelas Boeing dan agensi tertentu mempunyai keupayaan untuk mengambil alih "kawalan tanpa gangguan" penerbangan komersil yang mana MH370 salah satu darinya.

"Boleh atau tidak juruterbang MH370 hilang kawalan setelah seseorang secara langsung atau dari jarak jauh mengaktifkan alat untuk merampas kawalan pesawat itu," katanya dalam tulisan terbaru di blognya.

Katanya, dengan alasan tertentu, media tidak akan melaporkan apa-apa melibatkan Boeing atau Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika.

Dr Mahathir juga mendesak Boeing menjelaskan berkaitan apa yang dinamakan sebagai sistem 'pendaratan automatik anti keganasan'.

"Tidak dapat saya bayangkan juruterbang melakukan pendaratan di lautan yang bergelora dan secara senyap tenggelam bersama pesawat itu," katanya.

Perdana Menteri paling lama berkhidmat itu juga yakin ada "seseorang sedang menyembunyikan sesuatu" dalam misteri kehilangan MH370 ini.

"Adalah tidak adil kalau MAS dan Malaysia dipersalahkan," katanya lagi.

Dalam tulisan yang bertajuk 'Boeing Technology - What Goes Up Must Come Down', Dr Mahathir berkata apa yang naik pasti akan turun.

"Mereka boleh mendarat dengan selamat atau terhempas. Tetapi kapal terbang tidak boleh hilang begitu saja," tambah beliau.

Dr Mahathir juga berpendapat adalah membuang masa dan wang untuk mencari serpihan, tumpahan minyak atau mengesan bunyi dari kotak hitam.

"Ini bukan kemalangan luar biasa selepas kehabisan minyak.

"Pesawat ini berada di satu tempat, mungkin tanpa logo MAS,"katanya.

Tulisan Dr Mahanthir ini memberikan teori konspirasi baru terhadap misteri kehilangan penerbangan MH370 yang telah masuk hari ke 72 hari ini.

Thursday, 15 May 2014

4 Gambar Perodua Viva rempuh pesawat MAS di KLIA

Posted By: TTO Admin - 15.5.14

Sebuah pesawat milik Malaysia Airlines (MAS) MH740/741 yang dijadualkan berlepas ke Yangon pada 10.05 pagi terpaksa ditangguhkan berikutan badan pesawat tersebut dilanggar oleh sebuah kereta VIVA di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Difahamkan, kenderaan kepunyaan Firm City ditugaskan untuk membuat pemantauan proses pemunggahan barang-barang ke dalam pesawat. Terdapat kesan calar di bahagian bumbung kereta dan di bahagian bawah pesawat.

Kereta terbabit telah dibawa keluar dengan mengeluarkan angin tayar sebelah hadapan.


Kereta jenis Viva terlanggar badan pesawat B737-800 MAS

Pengarah Operasi MAS, Kapten Izham Ismail turut mengesahkan jurutera mereka telah menilai tahap kerosakan.

“Penilaian awal menunjukkan tiada kemalangan terhadap pesawat itu tapi tetap mesti melalui proses pemeriksaan menyeluruh ke atas keseluruhan pesawat,” katanya.

Pesawat lain jenis 9M-MSH digunakan untuk menggantikan penerbangan MH740 dandijadualkan berlepas semula ke Yangon jam 12.30 tengah hari. Malaysia Airlines dalam satu kenyataan memohon maaf kepada semua penumpang MH740/741 atas gangguan kelewatan yang dialami.


Sunday, 11 May 2014

Kekasih penumpang pesawat MH370, Philip Wood diugut bunuh!

Posted By: TTO Admin - 11.5.14

Kehilangan pesawat MAS MH370 sejak 8 Mac lalu bukan sahaja membawa pergi orang yang disayangi tetapi selepas insiden itu banyak kejadian malang menimpa Sarah Bajc.

Teman wanita kepada salah seorang penumpang pesawat tersebut iaitu Philip Wood,50, mendedahkan dia bukan sahaja bergelut dengan kesedihan kehilangan kekasih malah dirompak, diugut bunuh dan menerima panggilan telefon menakutkan.

Bajc memberitahu NBC News, kira-kira dua minggu selepas pesawat dilaporkan hilang dia menerima mesej segera berbunyi “I am going to come and kill you next” (saya akan datang dan bunuh kamu pula selepas ini).

Dia turut mendapat panggilan daripada nombor telefon tidak dikenali dari China tetapi gangguan terhenti selepas dia melaporkan perkara ini kepada agen FBI dan keluarganya.

Beberapa gambar lucah dan panggilan telefon turut diterima daripada nombor sama.

Bajc yang tinggal di Beijing berkata, gangguan tersebut bermula selepas pangsapurinya dipecah masuk buat kali pertama selepas dua minggu pesawat MH370 dilaporkan hilang.

Walaupun barang dalam rumahnya tidak diselerakkan, Bajc dapat mengesan perkara itu apabila mendapati kata laluan pada peti besi keselamatan rumahnya telah diset semula.

Jiran-jiran turut memberitahu mereka ada melihat dua orang tidak dikenali meninggalkan rumahnya beberapa minggu kemudian.

Sebelum insiden MH370 berlaku, Bajc sebenarnya dalam proses untuk berpindah dari Beijing ke Malaysia untuk tinggal bersama Wood yang merupakan kakitangan IBM.

Dakwaan Bajc ini sedang disiasat oleh FBI. - News.com.au/mynewshub

Friday, 2 May 2014

(9 Gambar) Ahli Arkeologi Marin Britain dakwa temui lokasi serpihan pesawat MH370!

Posted By: TTO Admin - 2.5.14

Seorang ahli arkeologi marin Britain mendakwa telah menemui serpihan pesawat MH370 yang hilang di lokasi sejauh 4,800 KM dari lokasi asal pencarian pihak berkuasa di lautan Hindi.

Tim Aker, 56  telah mengkaji perairan Australia di luar pantai bandar raya ini selama bertahun-tahun untuk mencari bangkai sebuah kapal perang negara itu, HMAS Sydney yang hilang semasa Perang Dunia Kedua.

Pencarian lokasi kapal HMAS Sydney karam itu dilakukan di perairan sama pesawat Boeing 777-200ER milik MAS itu dipercayai hilang di selatan Lautan Hindi, luar pantai Australia Barat.

Sebelum ini, operasi besar-besaran melibatkan sejumlah satelit, pesawat dan peralatan bawah laut canggih yang berupaya meninjau dasar laut dalam gagal mengesan sebarang serpihan MH370 yang hilang pada 8 Mac lalu.

Namun, Akers yang berasal dari Yorkshire Utara percaya, dia telah menemui lokasi di mana pesawat yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal itu terlepas selepas ia hilang semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing.

Dia mendakwa mengenal pasti ekor pesawat hilang di perairan di luar Vietnam di sebuah lokasi yang terletak hanya sekitar 1,600 kilometer dari tempat pesawat itu berlepas.

Penemuannya menyokong beberapa laporan pada minggu ini termasuk daripada seorang bekas juruterbang Amerika Syarikat, Michael Hoebel yang percaya dia telah menemui bangkai pesawat Boeing 777-200 itu di perairan Thailand.

Akers memberitahu bahawa dia kini mengenal pasti beberapa bahagian pesawat di sebuah lokasi berdekatan dengan laporan yang diterima oleh pihak berkuasa Vietnam bahawa beberapa pekerja cari gali minyak melihat sebuah pesawat terbakar jatuh dari udara.

Imej itu ditemui berdasarkan imbasan gambar dari satelit yang menunjukkan serpihan seperti ekor dan sayap pesawat. - Agensi

Sumber asal info/gambar: DailyMail.co.uk/Kosmo

En. Akers menunjukkan serpihan pada skrin komputer

Lokasi penemuan En Akers dan kawasan pencarian pihak berkuasa

Imej satelit yang menunjukkan serpihan yang berada bersebelahan pelantar minyak dimana Encik Akers percaya datangnya dari pesawat MH370

Serpihan yang didakwa berada dibelakang bot yang menuju ke arah pelantar minyak.

 Gambar didakwa menunjukkan dua tingkap pesawat MH370, menurut Akers

Lagi serpihan didakwa daripada MH370

Lagi Gambar Mr. Akers dan Lokasi penemuan beliau:



Thursday, 1 May 2014

Kenyataan Menteri mengenai pendedahan terkini maklumat MH370

Posted By: TTO Admin - 1.5.14

KUALA LUMPUR - Berikut kenyataan Menteri Pertahanan dan Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tentang kehilangan MH370 di sini, hari ini.

1. Pengeluaran maklumat berkaitan MH370

"Minggu lepas, Perdana Menteri telah melantik satu pasukan dalaman terdiri daripada pakar untuk meneliti semua maklumat yang diperolehi Kerajaan Malaysia berkaitan MH370, bertujuan untuk mengeluarkan sebanyak maklumat yang mungkin kepada orang awam.

Perdana Menteri telah menetapkan, sebagai prinsip garis panduan, peraturannya bahawa selagi pengeluaran sebarang maklumat tertentu tidak menjejaskan penyiasatan atau operasi pencarian, demi kepentingan keterbukaan dan ketelusan, maklumat patut diumumkan.

Pasukan dalaman telah merumuskan penelitiannya. Hasilnya, berikut dikeluarkan maklumat berkaitan MH370: (Klik point dibawah untuk membaca)


2. Pengesanan pihak tentera berkaitan MH370

Seperti dinyatakan sebelum ini, radar tentera Malaysia ada mengesan sebuah pesawat yang berpatah balik, dari arah barat, merentasi Semenanjung Malaysia pada pagi 8 Mac.

Pesawat itu dikategorikan sebagai tidak membahayakan oleh operator radar dan dengan itu tiada tindakan diambil pada ketika itu.

Rakaman data radar itu disemak semula pada kira-kira jam 08:30 8 Mac. Maklumat itu telah dihantar ke bilik operasi Tentera Udara pada kira-kira jam 09:00.

Susulan perbincangan lanjut setelah dirujuk kepada pegawai tertinggi, pihak tentera memaklumkannya kepada Pemangku Menteri Pengangkutan dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada kira-kira jam 10:30 tentang kemungkinan pesawat itu berpatah balik.

Menteri kemudian memaklumkannya kepada Perdana Menteri, yang segera mengarahkan supaya operasi mencari dan menyelamat dijalankan di Selat Melaka, berserta operasi di Laut China Selatan yang bermula lebih awal pada hari sama.

Pada masa sama, KD Mahameru, kapal pemusnah periuk api dan KD Laksamana Muhamad Amin, Kapal Corvette Tentera Laut Diraja Malaysia sudahpun berada di Selat Melaka bagi menjalankan tugas rondaan.

Kedua-dua kapal segera ditugaskan untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat. Sebuah pesawat tentera kemudian dihantar untuk menyertai kedua-dua kapal di Selat Melaka pada jam 10:54 untuk mencari MH370. - Bernama

3 Gambar Lakaran Peta laluan penerbangan MH370 di Lautan Hindi

Posted By: TTO Admin - 1.5.14
Laporan Awal pasukan penyiasat Insiden Kehilangan Pesawat MH370. Berikut pula adalah Lakaran Peta yang menunjukkan laluan penerbangan MH370 di Lautan Hindi.

Lakaran keseluruhan

Lakaran diperbesarkan 1

Lakaran diperbesarkan 2


LAGI LAPORAN AWAL:
- Rakaman perbualan antara Kokpit MH370 dan Menara Kawalan didedahkan (VIDEO)


Rakaman perbualan antara Kokpit MH370 dan Menara Kawalan didedahkan (VIDEO)

Posted By: TTO Admin - 1.5.14

Rakaman audio perbualan antara kokpit MH370 dan menara kawalan udara Kuala Lumpur didedahkan kerajaan sebentar tadi kepada orang ramai. Berikut adalah rakaman tersebut:



Berikut pula adalah tindakan yang diambil ketika perbualan terputus antara MH370 dan Menara Kawalan.



LAGI LAPORAN AWAL:
- 3 Gambar Lakaran Peta laluan penerbangan MH370 di Lautan Hindi


Monday, 28 April 2014

Syarikat Eksplorasi dakwa temui bangkai pesawat MH370! (Gambar)

Posted By: TTO Admin - 28.4.14

Sebuah syarikat penerokaan berpangkalan di Adelaide percaya mereka telah menemui bangkai pesawat Malaysia Airlines MH370, 5000KM jauh dari jarak pencarian pihak berkuasa.

Syarikat GeoResonance berkata kajian mereka mengenalpasti elemen-elemen di dasar laut yang konsisten dengan bahan dari sebuah kapal terbang.

Setelah enam minggu berlalu semenjak MH370 hilang, operasi pencarian di Lautan Hindi masih menemui jalan buntu.

Menurut Perdana Menteri Australia, Tony Abbot mengatakan penemuan serpihan pesawat di permukaan laut adalah amat tipis.

Tambah beliau lagi, kini usaha ditumpukan ke atas pencarian di dasar lautan.

Namun, GeoResonance percaya kawasan pencarian yang difokuskan oleh pihak berkuasa adalah salah. Syarikat itu juga mengatakan mereka sendiri telah memulakan operasi pencarian pada 10 Mac yang lalu.

"Teknologi yang kita gunakan pada asalnya direka untuk mencari kepala peledak nuklear , kapal selam ... pasukan kami di Ukraine memutuskan kami perlu mencuba dan membantu ," kata David Pope dari GeoResonance .

Syarikat itu telah meninjau 2,000,000 KM persegi zon kemungkinan pesawat terhempas berdasarkan imej yang diperolehi dari satelit dan data pesawat.

Ahli-ahli sains kami menumpukan usaha mereka di utara lokasi terakhir penerbangan yang diketahui , dengan menggunakan lebih 20 teknologi untuk menganalisis data yang termasuk reaktor nuklear.

Mereka seakan tidak percaya apa yang mereka telah temui di Teluk Bengal.

Lokasi Penemuan Bangkai Pesawat - Bengal Bay


"Pasukan kami sangat teruja apabila mendapati ia adalah adalah bangkai sebuah pesawat komersil," kata Encik Paus.

Pavel Kursa dari GeoResonance memberitahu 7News : "Kami mengenal pasti unsur-unsur kimia dan bahan-bahan yang boleh didapati pada sebuah Boeing 777 ... ini adalah aluminium , titanium , tembaga , aloi keluli dan bahan-bahan lain . "

Satu laporan awal telah dihantar kepada pihak berkuasa manakala kotak hitam masih mempunyai dua minggu punca kuasa bateri.

Imej-imej yang menunjukkan unsur-unsur kimia dikesan dimana syarikat itu percaya ia adalab kawasan terletaknya pesawat MH370.

Penemuan pasukan itu kemudian disahkan dengan menganalisis imej dari kawasan yang sama pada 5 Mac, tiga hari sebelum pesawat itu hilang.

"Bangkai itu tiada sebelum kehilangan MH370 ," kata Encik Paus.

Laporan penuh telah dihantar pada 15 April.

“Kami cuba untuk tidak mengatakan bahawa ia adalah kepastian pesawat MH370 , bagaimanapun ia adalah satu petunjuk yang kami rasakan perlu disusuli," Encik Paus memberitahu 7News .

7News cuba menghubungi penyelaras syarikat pencarian itu, Angus Houston hari ini tetapi gagal mendapatkan maklum balas. - Sumber: 7News , Terjemahan TengokTVonline

Friday, 25 April 2014

Gara-gara lelaki mabuk, juruterbang pesawat Virgin Air ingat berlaku rampasan

Posted By: TTO Admin - 25.4.14


Berita mengenai rampasan pesawat Virgin Air 737-800 dari Brisbane ke Bali adalah tidak benar. Menurut berita terbaru dari Reuters, punca pendaratan pesawat itu di Densapar, Bali adalah disebabkan oleh seorang lelaki yang sedang mabuk.

Identiti lelaki yang masih tidak diketahui itu dikatakan cuba merempuh masuk ruang kokpit sehinggakan pilot pesawat itu menjangkakan pesawat telah dirampas dan membuat panggilan "stress".

Polis mengesahkan lelaki berkenaan telah ditahan. Semua penumpang dan anak kapal tidak mengalami sebarang kecederaan.

Wednesday, 23 April 2014

Luahan hati isteri pramugara dakwa kerajaan penipu, rancang plot MH370

Posted By: TTO Admin - 23.4.14

Selepas lebih 40 hari kehilangan pesawat MH370, isteri kepada pramugara Hazrin Mohamed Hasnan atau lebih dikenali dengan nama Rain, Maizura Othaman hari ini sekali lagi meluahkan perasaannya secara terbuka melalui rangkaian media sosial, Instagram.

Bagaimanapun, kali ini apa yang ditulisnya lebih bermotifkan mencari kebenaran yang didakwa disembunyikan oleh pihak tertentu kepada waris keluarga penumpang pesawat penerbangan MH370 yang hilang pada 8 Mac lepas.

Luahan Intan Maizura:
Screen Shot Facebook Intan Maizura

“Hati saya kuat mengatakan suami saya dan yang lain-lain diculik… oleh sebuah kuasa besar,” tulisnya.

Intan sebelum ini pernah meluah perasaan menerima kehilangan Rain yang beliau sifatkan “masih ada” dan menyimpan harapan bahawa suatu hari nanti suaminya akan pulang.

Pada 27 Mac lalu, iaitu 2 hari selepas Intan meluah perasaannya di dalam media sosial, Astro Awani melaporkan keperitan Intan untuk menerangkan keadaan kepada anaknya yang bertanya bilakah bapanya akan pulang.

Dalam pada itu, Astro Awani turut dihubungi oleh seorang waris penumpang MH370 yang dipanggil untuk satu pertemuan bersama Kementerian Luar dan pihak berkuasa pada Ahad, 20 April lepas.

Dia yang enggan dikenali menyatakan, keluarga waris seakan-akan tidak boleh mengawal perasaan dan menjerit-jerit sepanjang Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin menjelaskan situasi dan langkah susulan yang akan diambil berhubung insiden MH370 ini.

“Waktu mesyuarat dengan Hamzah itu memang teruk, gaduh jerit-jerit di dalam dewan itu,” ujar waris berkenaan.

Katanya, waris juga tidak bersetuju mengenai isu bantuan kewangan dan sijil kematian yang dikemukakan kementerian.

“Keluarga mahu bukti fizikal, walau jumpa satu `body’ pun jadilah.

“Pada masa itu Intan bangun dan kata, bagaimana hendak percaya, tidak ada satu bukti langsung. Intan tanya apakah benar pesawat itu jatuh ke dalam laut dan semua pihak berkenaan senyap seribu bahasa,” jelasnya.

Waris itu turut berada dalam pertemuan tertutup selama lebih dua jam di sebuah hotel di Kuala Lumpur itu bersama 40 waris. Sesi penerangan itu juga dihadiri oleh Ketua Pengarah Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya.

“Saya tak tahan dengar dan terus balik,” katanya.

Pada sidang media selepas pertemuan itu, Hamzah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Waris Penumpang Malaysia Airlines (MAS) MH370 berkata, pihaknya akan mengemukakan cadangan kepada Jawatankuasa Waris Penumpang berhubung bantuan kewangan yang diperlukan dalam masa terdekat.

Hamzah berkata, perkara itu adalah antara isu utama yang dibangkitkan dalam pertemuannya dengan waris yang dilakukan pada sebelah pagi.

Beliau juga mengumumkan kerajaan sedang mempertimbangkan satu tarikh untuk mengumumkan pengesahan beberapa isu melibatkan penumpang dan anak kapal pesawat itu. - ASTRO AWANI

Hishamuddin buat sidang media - Mungkinkah sesuatu telah ditemui?

Posted By: TTO Admin - 23.4.14

KUALA LUMPUR: Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan mengadakan sidang media mengenai perkembangan terkini kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370, pada Rabu.

Hishammuddin menerusi akaun Twitter H20Comms memaklumkan, sidang media itu akan diadakan pada 6 petang di sebuah hotel di sini.

Kehilangan MH370 bersama-sama 239 penumpang dan anak kapal kini masuk hari ke-47.

Pesawat tersebut hilang daripada pengesanan radar ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan pada 8 Mac setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama. -mStar

Monday, 21 April 2014

8 Gambar MH192 mendarat cemas tayar meletup ketika berlepas

Posted By: TTO Admin - 21.4.14



KUALA LUMPUR: Pesawat MH192 yang dalam penerbangan ke Bangalore, India malam tadi terpaksa berpatah balik ke KLIA kerana satu daripada tayar pada gear pendaratan utama sebelah kanan meletup ketika berlepas, menurut kenyataan Malaysian Airlines (MAS).

Pesawat dengan 159 penumpang dan 7 anak kapal itu yang berlepas dari KLIA pada jam 10.09 malam tadi, selamat mendarat pada jam 1.56 pagi tadi.

"Kapten segera dimaklumkan Pusat Kawalan Udara Kuala Lumpur bahawa serpihan tayar ditemui di landasan dan segera menghubungi Pusat Kawalan Operasi Malaysia Airlines pada jam 10:25 malam.

"Oleh kerana keselamatan adalah keutamaan Malaysia Airlines, pesawat berkenaan dikehendaki berpatah balik ke KLIA," menurut kenyataan itu.

Penerbangan MH192 dijadual semula pada 3.30 petang ini dan akan tiba di Bangalore pada jam 5.00 petang nanti.


H20 bersama Krew dan Kapten Pesawat MH192

H20 berjumpa dengan penumpang MH192

Saturday, 12 April 2014

MH370: Sumber dedah Fariq cuba hubungi seseorang ketika pesawat terbang rendah!

Posted By: TTO Admin - 12.4.14

KUALA LUMPUR: Satu panggilan telefon telah dibuat oleh salah seorang anak kapal pesawat MH370 sewaktu pesawat itu terbang serendah 5000 kaki di ruang udara Pulau Pinang pada hari kehilangannya.

Menurut laporan eksklusif akhbar New Straits Times, sumber panggilan tersebut datangnya dari telefon bimbit milik pembantu juruterbang. (Akhbar tersebut telah menamakan pembantu juruterbang tersebut sebagai Fariq Abdul Rahman, sedangkan nama sebenarnya ialah Fariq Abdul Hamid)

Setakat jam 9.21 pagi tiada sebarang pembetulan dibuat menerusi portal akhbar tersebut.

Sumber maklumat dari penyiasat kes itu memberitahu NST, setiap maklumat sedang dikumpulkan bagi merungkai apa yang sebenarnya berlaku kepada pesawat tersebut.

Difahamkan pesawat penerbangan dengan 239 penumpang itu terbang pada ketinggian yang cukup rendah bagi membolehkan isyarat telefon bimbit itu dikesan oleh pemancar telekomunikasi di daratan.

Panggilan tersebut walau bagaimanapun terputus sebelum sambungan berjaya dilakukan.

Tambah laporan NST itu lagi, siapa yang dihubungi oleh Fariq tidak berjaya diperolehi kerana enggan didedahkan oleh sumber tersebut.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihak polis telah merekodkan lebih 205 keterangan daripada pelbagai pihak termasuk anggota keluarga penumpang dan anak kapal Malaysia Airlines MH370 bagi membantu siasatan berhubung kehilangan pesawat berkenaan.

Khalid berkata lebih banyak lagi yang akan dipanggil untuk membantu siasatan dan polis tidak akan mendedahkan hasil keterangan yang diambil bagi mengelakkan gangguan siasatan. -Sumber

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab